Tuesday, 22 December 2020

PG Mall, the best online shopping website!

Assalamualaikum,

Hi guys! Have you guys heard about PG Mall? If you guys didn’t know what it is, let me introduce you guys with it 😊


So, PG Mall is Malaysia No.1 E-commerce platform, that was established since 2017. It’s quite new but it’s impressive to see that PG Mall is ranked as top 3 e-commerce site at Iprice insight report!


Besides, as for me, the best part about PG Mall is that they do accept all e-wallets and payment gateaway which can be easier for customers to paid what they want to buy from there. There's a lot of option that you guys can choose on what method that you want to use for payment.


As you can see, there is a lot of payment method that they provided like credit card, my cash, and even touch 'n go! Wow it's so interesting!
That is the first thing that make PG Mall interesting and actually there are many more interesting thing on PG Mall which is PG Mall Year End Sales! It is now december and of course they do have year end sales which the year end sales is now on going start from 1 until 31 December. What are you guys waiting for? Go shopping there!


And what make customers happy is that PG Mall also give coupon code.
Coupon Code: KBBM20 RM20 OFF, Min Spend RM50
Coupon Code: KBBM30 RM30 OFF: Min Spend RM100

Don't forget to use it when you want to pay okay?
For the coupons that PG Mall gave, you guys can shop for essentials like home product, groceries, Kids and Baby, Health & Beauty, Automotive & Sports, Eletronics Appliances, Fashion, and many more that you guys have in mind to buy, surely PG Mall sell it there :) . Don't forget to support local with #BarangBaikBarangKita okay.

For customers to support local products, here are 5 local stores that I would love to share with you guys and surely you would love the products  and click 'add to cart' button for what they offered :)

1. Oriental Ceramics


Oriental Ceramics is a local product which is from Malaysia that sell various beautiful tableware such as teko, glass, plates that come in variety colours and designs. You don't have to worry because it's from a safe materials and it's halal for sure :)

2. Forever Dewi


As  Malay, we always want spicy food right? And one of it that is compulsory is always sambal. If you don't have any idea where to buy sambal spicy, you must buy it from Forever Dewi as it offers HALAL sambal ikan bilis. It looks so yummy and mouth watering :)

3. D Baby Care


For parents with baby, you must love this local store because they have a lots of baby's stuff. But, you can also buy the products from D Baby Care as a gift for someone's baby ;)

4. Tans of Happiness


This store absolutely will bring tans of happiness not only for kids but for adult. If you guys are searching for games like congkak, jenga and many more, Tans of Happiness is the best option.

5. Teng Mobile


In  case you're too lazy to buy phone or even earphone at store face to face, I suggest you to buy from Teng Mobile. They  are the best as they sells probably all eletronic devices and eletronics accessories with affordable price.

Oh ya, besides the coupons that PG Mall gave to customers, they also have exclusive deals Free Shipping. What a bless right?


The term is simple is that you only need to spend minimum RM30 and yeah you got free shipping voucher :) But hurry up! Because it is only applicable from 1 until 31 December!

So what are you guys waiting for? Lets shop now! If you want to sign up, just click here and you're done and ready to shopping :)


About PGMall:
Website: https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=783

Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia

Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/

Telegram: https://t.me/pgmallofficial001

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #yes #yearendsale2020 #freeshipping 


Tuesday, 3 November 2020

#6 QUOTE

 PEOPLE ARE NOT HOMES

Child,
why did no one 
ever teach you
that you cannot
turn people
into homes?

People are rivers,
ever changing,
ever flowing.
They will disappear with
everything you put 
inside them.

Still,
your home does
have a heartbeat.
But it isn't one
locked in
anyone else's
chest.

Just
look inside
your own.

Nikita Gill.

Sunday, 4 October 2020

Buat spec mata baru RM67 only (bukan entri berbayar ok!)

 Assalamualaikum,
aku suka share benda yang baik dan memberi manfaat. Yang tak baik memang taklahhh nak share buat apa kan buat dosa agaknya T^T hahahah. Masa aku habis SPM which is umur aku 18 tahun, aku telah pergi ke hospital untuk buat medical checkup sebelum masuk U. Typical lah kan sebelum masuk U, hang kena buat medical checkup. Pastu typical jugaklah kalau buat kat gov hospital memang makan masa lama sikit tapi biasalah adatlah tu. So waktu buat checkup kat hospital untuk test mata yang baca perkataan dari jauh tu lah aku baru tau aku rabun =') Dahla nurse lelaki tu marah aku dia cakap "awak taktau ka awak rabun" HAMBOIH. Kalau saya tau saya pi buat spek dulu😭

Pastu esok tu cepat cepat aku buat spek which is 3 tahun lalu. Waktu tu power aku 150 kanan and 100 kiri. Aku buat RM250 kot tak silap aku. Mari aku sertakan gambar aku memakai spek lama aku berkenaan.

Nilah spec aku yang pertama dalam hidup aku. Aku memilih untuk tak ambil spec besar kerana tidak mahu menjadi seperti other girls (konon...) Tapi masani aku still takda kesedaran untuk pakai spec secara 'hari hari' which mean, aku hanya akan pakai kalau pergi ke kelas, atau kalau mata aku kena ketumbit seperti di dalam gambar. Ya, gambar ini ditangkap ketika aku terkena ketumbit. Lol. Hahhaha

Lepastu, dalam tahun ni jugak sebelum PKP start, kawan aku pergi kedai spec mata, so aku pun sajalah check power mata aku. Tengok tengok power mata aku naik secara menggila ye. Sebelah kanan dah 250, kiri dah 200. Like i never realise that =') Nak nak pulak, spek aku power dah lari banyak. Punca power mata aku naik mungkin sebab banyak tengok laptop (online class and kdrama and all movies 😔👏🏻) 

Lama kelamaan aku jadi macam tak bolehlahhh tak pakai spek.Rasa nak ngamuk tau sebab tak nampak. So aku startla rasa nak buat spek baru. Pastu kawan aku nama dia Anis(Aku panggil dia Manis) dia ada buat IG story yang dia beli new spec online and cantik ok spec dia. So aku pun tertarik, aku tanya dia beli mana apa semua.

Anis cakap dekat aku boleh check kedaini punya facebook nanti boleh whatsapp depa kalau nak beli spec online. Factory eye wear ni kedai dia banyak gilo around KL. Tapi tulah, aku duduk Perak. So kita beli ja online. Apakan daya. Hahaha. Spec dekat kedai ni banyak jenis and harga .Hampa kena pandai godek godek FB dia. Nanti number whatsapp pun diorang ada letak. 

Nanti lepas dah whatsapp and bagitau design, sesiapa yang nak letak power boleh pergi kedai spec berdekatan rumah hampa and checklah mata macam biasa. Check mata free ye. Kalau kedai spec tu suruh bayar, hang cari kedai lain! Heh. Hahaha


Ni contoh aku whatsapp kedai factory eye wear tu and bagi power aku. Hampa jangan keronyok awal awal kertas check mata tu. Snap dulu bagi kat kedai ni okay! hahaha

Please jangan expect order harini esok sampai tau. Sebab it takes dalam seminggu untuk sampai. Postage depa ke semenanjung RM8 aje. Spec aku RM67 termasuk postage. Harga spec aku RM59. Kalau hampa nak beli spec taknak letak power pun takpa. Harga still sama aje. 

Memang harga RM59 ke?
Jawapan: kalau power hampa atas 500 baru harga lain. So macam aku power 200+, still harga RM59.

Dia sampai dalam bentuk parcel, and bila aku buka ada kotak macamni. I LOVEEE THIS TYPE OF KOTAK sangatlah rasa a gift to myself 😂

And bila buka kotak ada lagi spectacles case and siap bagi spec cleanser lagi. So bagi aku sangatlah berbaloi.

Bila buka spec case ni ada dia bagi kain, kain ni normal okay, kalau takdak please mintak! Hahaha im joking. Love the kain sebab design lawa.

AND FINALLY, here it is :) my new spec🤓 i choose spec mengikut trend sekarang hahahaha now i realised i'm like the other girls 😜

Lastly, my new look with a new spec.  I feel sooo good with a new spec sebab power spec dah match dengan kerabunan aku. And of course aku puas hati beli kat kedai ni. Aku ada baca comment dekat facebook, kebanyakkan customer diorang semua puas hati dengan spec from their shop. Ada sapa sapa pernah beli kedai sama dengan aku tak? Mehla komen. Hehe🥰

Soalan: boleh percaya ke spec murah murahni? 
Jawapan saya: depend on you guys nak percaya or tak, for me aku pakai elok ja and sangat puas hati sebab murah, siap perfect bagi lens cleanser.

Thanks for reading!
salam sayang, syadiya xoxo.

Tuesday, 29 September 2020

Result semester 3 degree

 Assalamualaikum,
Aku dah habis diploma dalam tahun ni jugak masa bulan 1 haritu. Pastu aku masuk U balik bulan 2 sambung degree akaun. Bagi yang taktahu, siapa masuk diploma di uitm boleh sambung penerapan degree. Mean: dia cut sem.Macam aku, aku sambung degree akaun terus semester 3. So semester 1 & 2 degree aku cut. Takyah ambik. Begituuulah ceritanya. Sumpah jimat masa. Hahaha

Aku dapat sambung degree akaun dekat uitm palam (read: puncak alam) tapi aku tukar ke kampus uitm merbok kedah sebab.. (adalah sebab sebabnya hehe😝). Unfortunately, masa aku week 4 tetiba dah "corona time" so gegas gegaslah dak dak student ni balik kampung and terus kena online learning je.

Overall online distance learning (odl) ni memenatkan mental. Serius cakap, penat sangat :( Kadang kadang aku kelas pagi masih tarik selimut. Ampunkan saya. Hahaha pastu hang kena juggling between studying & family. If you're a girl, you know you're the family treasure sebab hang kena buat housechores jugak dan bukan semata fokus belajar macam kita buat kalau duduk U. But it's okay, sebab kita kena ajar diri kita to see good things in everything ❤️



And Alhamdulillah i managed to get dean list :') Big thanks to my family, friends and everyone yang tolong aku <3 
Don't worry if your goals tak tercapai because you guys did great too! and kita bersangka baik dengan Allah because he's the real planner ❤️

Salam sayang, syadiya xoxo.

Tuesday, 8 September 2020

Picnic with my cousins (picnic failed)

 Assalamualaikum,

dah 5 bulan aku tak update blog sebab semak kepala dengan online class tapi sebenarnya dah sebulan aku habis final exam tapi tapi tapiii aku malas nak update apa apa rasa takda mood. Hehehe. Sampai dah berubah modenlah susun atur blog sekarang baru aku nak menaip. Terkial kial nak cari button dekat blog sebab dah lain😂Aku ingat nak update pasal braces tapi tak habis habislahh pasal gigi hakuu, baik aku cerita benda lain. Next timelah baru aku cerita pasal braces pulak. So, dalam 2 minggu lepas aku pergi picnic dengan cousins aku. Cadangannya nak acah acah picnic macam gambar orang picnic dekat twitter sebab best je tengok gambar orang picnic dekat twitter kan.

Kami decide nak picnic dekat penang, tapi sekarang kan penang ada kes so tak berapa beranilah nak pergi sana. So ubah plan pergi picnic taman tasik,taiping ja. Sapa orang taiping mesti tau picnic dekat taman tasik ni serius best dia punya scenery memang thumbs up lah.

Dalam pukul 3 kami bertolak naik dua kereta. Kereta cousins aku dengan kereta family aku. 

Aku berusaha convert every video kepada GIF so easy sikit nak masukkan dekat blog instead of video. Hehe. Just us, girls in normal habitat where we did some videos inside the car.🥰

My yellowish-brown outfit ft my cousin yellowish skirt

Car selfie from me to my blog. Ehekkk

Pastu bad day betullah, tetiba hujan :') you know it's taiping when everyday akan hujan. Memang dah expect pun tapi takpa kejap lagi dia berentilah kata kami semua. Hahaha. Tapi lama jugaklah hujan so we decided nak pergi aeon dulu makan makan sebab kami bawa dua orang cousin kekecik yang bebel cakap lapar. Erghh

Ramai ramai masuk aeon okay :') hahaha pity us sementara nak tunggu hujan berhenti

Duduk foodcourt makan dulu and selfie banyak banyak dulu.😘 Setengah jam lepastu kami decide nak cuba nasib pergi jugak taman tasik and hopefully dah tak hujan :') 

Dan alhamdulillah hujan dah stop and we can picnic lah of course! Btw kalau nampak pokok pokok besar ni you know lah it's Taman Tasik Taiping. The best scenery you will get is totally here. Tapi jangan risau masa kami sampai hujan dah berhenti. Ni masih nampak hujan sebab effect daripada cermin tingkap kereta. Sobs sobs 😌

Kami bawa cermin tau datang picnic. HAHAHA. Ikut trend lah katakan. I see a lot of photo on twitter yang bawa cermin masa picnic. So why don't we give it a try 🤪 TAPI kan semua cousins aku (termasuk aku) taknak bawa benda alah ni sebab malu lah weh nak jalan sambil bawa cermin. Hahaha tapi alhamdulillah sebab.. (tengok pic bawah ni) 

Cousin saya bernama Amira aka kakcik membawanya. Beautiful soul 🥺🕊🤍

Lepas dah jumpa port yang sesuai untuk picnic, kami start letak kain, air, makanan dan lain lain. TAPI ada sesuatu yang terjadi which is ada monyet besar tengah perhati kami punya makanan. Erghh geram gila weh sumpah geram. Lagi satu, you know it's Taman Tasik bila banyak gila monyet 😭 Lepastu monyet berkenaan macam cuba nak datang dekat kami tau, lepastu kami cepat cepat lari bawa semua benda yang dah setting sesiap. Haih geram gila penat kami setting hang tau dak monyet T^T

Okay ini port kedua. Dah siap setting tempat picnic tetiba semua lari buat kali kedua siap bunyi cawan kaca berlaga "ting ting" lagi sebab semua kalut lari monyet tu masih addicted dengan makanan kami and lari laju gila kat kami semua. HAHAHA it was a failed guys :') Sampai ada sorang daripada kami yang pijak muffin kami bawa sebab takut sangat pikir nak lari je masatu 😂

Last last semua makanan masuk balik dalam kereta and kami decided nak tangkap gambar ja :') it was a failed sangat! HAHAHA

Dah sesiap nak tangkap gambar. Cantikkan taiping punya scenery❤️

Cermin je tak bawa masuk balik dalam kereta HAHAHA

My yelllowish outfit for that day💛

From left: my cousin Wani, my kakak Syaza, my cousin Kakti, my cousin Kakcik and Me. We try so hard to do pastel theme for our outfit. I hope it's works for your eyes that see this photo 😂

My sisters!
From left: Kakak, Me, and Wiwin💖

Me with Wani and Kakti 💖

Halahh pecah pulaklah gif ni tapi apakan daya aku malas masukkan video. Hahaha 

Terimalah last gif daripada my cousins, sisters, and i yang picnicnya agak failed but we enjoyed it well. Don't worry =') ahahah

Pastu kami balik rumah and acah acah je letak kain and semua makanan yang tak dimakan dekat ruang tamu rumah. Pity us😂😂 Btw pizza tu cousin aku buat. Sumpah sedap gila!

Last photo of this entry is my face of course the owner =P 
Thanks for reading this pitiful story😂Been a long time since i wrote here sebab serius busy plus aku nak habiskan entri ni pun makan masa 3 hari sebab nak upload gambar pun dah lama =')

Salam sayang, syadiya xoxo.

P/s: tetiba teringat lagi 10 hari result exam keluar :(

Saturday, 16 May 2020

BRACES PART 11 : finally gigi dah rata :)

Assalamualaikum,
Hellu semua! Harini nak update pasal braces walaupun last pergi appointment braces masa bulan 2 haritu sebab sekarang takleh pergi, klinik stop kejap appointment braces patient diorang. Last entri braces part 10 (boleh klik kalau nak baca), aku ada cerita yang aku tarik gigi lapis. Aku ada satu gigi lapis, tahun ke 3 aku pakai braces baru doktor tarik gigi tu. Maksud tarik dekat sini, bukanlah doktor tu gigih tarik kedepan gigi aku😂 tapi dia letakkan wire braces so gigi lapis aku tu boleh maju kedepan.

Adakah tarik gigi sakit? 
Jawapan aku: sakit. Naknak kalau hang baru bangun tidur, rasa gigi tu meronta ronta sakit sebab nak maju kedepan. Hahaha.

So daripada bulan Februari sampai bulan May which is dah 3 bulan lebih, aku boleh nampak perubahan gigi aku which is cepat gila gigi aku gerak kedepan! 😍


Yang aku spark tu lah gigi lapis aku sebelumni nampak tak beliau dah semakin maju kehadapan untuk join  rakan rakan gigi yang lain😚

Ni gigi aku masa bulan februari haritu:

Ni masa bulan august 2019 masa aku pakai coil spring untuk bagi ruang kat gigi:


Tapi still lah aku nampak jongang. Setelah pakai braces 3 tahun, aku boleh buat assumption yang lepas gigi aku dah rata ni, mungkin kena pakai powerchain untuk tak bagi jongang. Pray for me, your fallen sister :')

Ha yang panjang warna biru ni lah powerchain, bagi aku powerchain ni untuk rapatkan gigi dan jugak untuk hilangkan ke-jongangan =) 
(Sumber gambar: google)

  Dekat page https://orthodonticassoc.com/braces/braces-power-chains/, ada bagitahu pasal powerchain which is:

Power chains on braces are highly efficient because they add more pressure and force in moving the teeth than the traditional brackets and ligatures do alone.

Marilah tunggu next next dan next entry aku dimana aku dah pakai powerchain pada waktu itu okay 😌 Hahaha

Thanks for reading! Doakan gigi aku rata dan cantik dengan cepat! Ehehe

Salam sayang, syadiya. xoxo




Read more about braces:





Friday, 15 May 2020

Kisah saya mencari oven pada bulan ramadan (Day 22)

Assalamualaikum,
Kesian blog aku, dah lama aku tak taip sebab aku busy kelas online =') Semalam kan, aku pergilah keluar dengan kakak aku sebab nak beli barang dapur plus mak aku suruh cari oven nak buat kuih sebab raya mode kan so mestilah raya starter pack kena ada oven untuk buat kuih.

Sebelum hampa cakap "kenapa tak beli online?" kisah dia aku dah tolong order oven untuk mak aku dekat shopee dari sebelum puasa lagi. Tapi ntah kenapa annoying gila penjual shopee tu, dia still tak hantar sampai sekarang =) so aku cancellah order oven berkenaan.

Mula mula, aku dengan kakak aku pergi this one kedai home appliances (kedai pertama), pastu pekerja kedai ni suruh aku dengan kakak aku check suhu dan pakai hand sanitizer WITHOUT ASKING "cik berdua nak beli apa" . Lepas dah check suhu badan & pakai hand sanitizer barulah dia tanya nak cari apa. Bila aku bagitau nak cari oven, dia kata 

"dah habis dik"

We waited for quite some-time untuk check suhu and pakai hand sanitizer plus dia suruh tunggu dulu sebab ada customer lain  and then cakap oven habis.. ?? MAN. My anger department collapse masatu jugak. Hahahah

Pastu kami gegas gegas pulak pergi Mydin cari oven dekat sana sekali beli barang dapur yang mak aku pesan.

Pergi Mydin (kedai kedua) pun oven habis. 

Pastu pergi pulak kedai ketiga which i thought akan ada oven, TAKDA JUGA DAH HABIS dia cakap petang sikit baru sampai. Masa aku dengan kakak aku pergi this kedai waktu tengahhari. We cannot wait sampai petang =')

Hahaha pastu pergi pulak kedai keempat, pekerja cakap habis jugak, dia kata SABTU BARU ADA. Masani aku dari luar kedai dah panggil "uncle! oven ada tak?!" hahaha sebab malas dah nak tunggu lama tapi benda yang kita nak beli takda pun.

Jangan risau, aku masih belum berputus asa, maka kami pergi pulak kedai kelima, TAKDA JUGA =")

And here's the last kedai, kedai keenam okay! Serius kedai keenam. Hahaha aku dah penat penat dah masatu. Aku sorang ja turun dulu sebab kakak aku nak cari parking. 
Masuk masuk kedai, aku terus start perbualan seperti di bawah ini:

Me: "ada oven tak?"

Pekerja: takda la tak sampai lagi. Tinggal satu ja stock

So masani aku macam dah happy la kan tinggal satu.

Me: ada orang punya ka?

Pekerja: ada (Sebab ada dua orang makcik tengah tengok tengok macam nak beli oven tu)

Me: oh takpalah *lalu keluar dari kedai dengan hati yang pilu dan kecewa yang tak berkesudahan

TIBA TIBA..

Dua orang makcik yang usha oven tadi : dik dik, makcik tak beli pun. Nak tengok ja dulu.


Aku pun apa lagi, terus beli oven berkenaan. So takda dah hati pilu and kecewa kecuwi :D Hahaha.  The last oven in my place for that day =)


Welcome to my hometown!

Salam sayang, syadiya xoxo.

Selamat berbuka semua! 


Thursday, 23 April 2020

Salam ramadan (Day 1)

Assalamualaikum,
hellu lama sudah aku menyepi wahahaha sebab aku dah start kelas online so aku takda masa nak buat kerja lain. Even kerja aku kat rumah as pelipat kain baju pun kerap tertangguh ye😔 For me kelas online ni serius guna extra effort. No one in your classroom see what you do, pastu smartphone kena dalam keadaan sihat (contohnya: kamera function, whatsapp boleh pakai, boleh masuk google classroom), lecturer tak nampak hang buat apa kalau hang baring pun depa taktau SO memang 100% on you :') . Mestilah students hate online class but what option do we have? None. But, online class. Aku ajar diri aku untuk see the good in things and take it easy for online class. InshaaAllah dipermudahkan.

Btw btw btwwwww, salam ramadan everyone! May we will be bless in this holy month💖 Semoga saya dan anda semua dapat khatamkan quran di bulan yang mulia ini💖💖


Terimalah sekeping/sehelai/seulas/sebuku gambar daripada saya. Semalam saja makeup lawa lawa sebab rindu nak keluaq 🤪

Salam sayang, syadiya xoxo.

Saturday, 28 March 2020

Jawab survey yougov boleh redeem RM70 dan benefits yang lain! (bukan entri berbayar)

Assalamualaikum,
Asyik asyik review movie ja dak syadiya ni :') hahaha takpalah mehla harini aku buat entri yang dapat memberi benefits to us. Straight to the point, kita mestilah suka kan buat benda yang dapat bagi manfaat dekat diri kita sendiri? Duduk atau baring tekan tekan smartphone pun boleh bagi manfaat dekat diri kita. Aku selalu jawab survey YouGov. YouGov ni survey berbayar. Sumpah nah aku cakap,  ini bukan entri berbayar. Ni feedback aku sendiri sebab aku dah lama buat survey YouGov and dah 2 kali redeem point and dapat duit RM70 (which mean RM140 sepanjang aku duk layan buat survey)

Buat survey ja pun weh, bukan hang kena p sental baju pun. Buat survey sambil baring pun dapat duit. Berapa minit ja dalam hidup hang digunakan untuk survey ni 😂 First thing first, siapa yang belum ada akaun YouGov, boleh daftar dekat SINI (klik perkataan SINI tu, aku akan terus bawa hampa daftar).




Setiap kali ada survey baru, that survey akan naik dekat email hampa, and hampa boleh jawab. Topik untuk jawab survey ni random. Macam tadi aku jawab pasal covid-19. So memang aku jawab secara bersemangat! Hahaha. Btw jangan risau, jawab survey ni takda betul dan takda salah. Senang kata, survey ni macam opinion hampa sendiri terhadap sesuatu benda.



Ini contoh kalau ada survey baru, dia akan naik dekat emel macam gambar atasni. Tak kisah hampa nak jawab pakai laptop atau phone. Aku selalu pakai phone ja. Boleh guna google or safari(if iphone) untuk jawab survey survey ni.

And the best thing is, YouGov ni ada apps dia dekat playstore/appstore. So kalau takmau guna google or safari, hampa boleh guna apps YouGov. Jangan risau ye,fungsi dia sama jugak which dia akan bagi notification kalau ada survey baru yang hampa boleh buat. 

Berapa point akan dapat kalau buat survey ni?
My answer: depend on berapa pihak YouGov nak bagi. Aku pernah buat survey around 30 minutes hahaha tapi lumayan point yang aku dapat is 500 point okay!

Sampai berapa point baru boleh redeem duit dan benefits yang lain?
My answer: Kena capai 5000 point baru boleh redeem. And tak mustahil pun nak capai 5000 point kalau hampa rajin jawab. Halahhh, sambil makan keropok super ring pun boleh jawab 😩😩
Contoh point yang aku dah dapat. And aku dah redeem RM70 from YouGov. Aku tak tipu tau. Tak baik menipu orang! Hahaha aku share benda yang manfaat so apa salahnya.

Selain redeem RM70, apa lagi yang boleh redeem pakai 5000 point?
My answer: ada lagi beberapa benefits yang hampa boleh pilih kalau taknak redeem RM70. Lemme attached you guys the photo for more better explanation.


So selain daripada redeem RM70, hampa boleh redeem:
1. RM60 topup
2. 2500 Air Asia BIG points (mean kalau hampa nak naik flight, air asia big points ni sangatlah berguna tapi aku tak pernah try sebab aku takda g mana mana plus tak reti dan akan belajar nanti. ok you can call me noob hahaha)
3. UNICEF Donation. Ni boleh bagi pahala dekat kita inshaaAllah =)

Buat survey ni kena rajin ja sebenarnya and overall survey YouGov ja yang aku berjaya dapat manfaat :') survey lain banyak cekadak. Hahaha. Tapi kalau hampa ada survey yang worth to do, boleh komen dekat bawah! Hehe

Lagi lagi in this pandemic time which is "corona virus time" apa salahnya kita goyang kaki makan keropok sambil buat survey. Takda sapa nak bagi RM70 dekat hang free free ok. Tapi survey YouGov hanya memerlukan effort goyangan dan pergerakan tangan ja untuk bagi benefits dekat diri hampa sendiri. Hoho.

Salam sayang, syadiya xoxo.

p/s: day 11 quarantine, hope we're still in a good mental condition :')


DO LIKE