Assalamualaikum,
Sebenarnya pergi Pahang ni dah lama tapi ahhhhh lantaklah aku nak cerita jugak sebab baca blog sendiri adalah sangat awesome dan attractive apabila tengah baring di atas katil nak tidur. HAHAHA annoying gila
Aku ada cerita pasal pergi Pahang dekat sini. First day pergi tengok gajah,second day pergi Taman Negara Pahang and family aku buat dalam 4 aktiviti. Sebenarnya banyak gila aktiviti and banyak gila duit hang nak kena pakai. Tapi ada je yang free.Contohnya macam Jungle Trekking ni memang free. Tapi Canopy Walk RM1 kot tak ingat ke RM2 camtu camtu je harganya.
So lepas balik dari naik bot ke Santuari Ikan Kelah(aku ada cerita dekat entri lepas boleh klik dekat perkataan "sini" kat atas itu ya semua orang), kami pergi pulak Jungle Trekking nak ke Canopy Walk.
Ada dua cara nak ke Canopy Walk. Satu,jalan guna kaki sendiri lalu kat hutan which is Jungle Trekking lah of course.Yang kedua,naik bot lalu sungai. Tapi naik bot ni kena bayar which is quite expensive lah sebab 2km je.Tapi kalau yang bawak family ada anak kecil bolehla naik bot. Tak silap aku rm20 kot ke mahal lagi emmmtah.
Okay,so startlah perjalanan ke Jungle Trekking dalam 2km. Sebenarnya aku mempunyai stamina yang tak mantap. Aku jenis renyah gila jalan jauh sebab selalu sakit kaki. PADAHAL MASATU AKU BARU 19 TAHUN WEH.
Lepas naik bot,kami suruh diorang hantar terus dekat sini. Kena panjat sikit nak berjungle trekking ni.
Inilah yang aku maksudkan weh ='D Lepas naik tangga ni,akan ada resort atas ni.Hujung sikit ada anak panah tunjukkan jalan jungle trekking.Jangan risau.FREE sahaja.
Weh aku taktau aku terdelete atau apa tapi gambar trek jungle trekking takda langsung padahal aku yakin aku dah snap. Tapi trek dia sangat selesa.
Aku pinjam ehsan google jela gambar ni.Inilah trek yang selesa yang aku sebutkan dekat atas tu =D
Jungle trekking ni 2 km so agak agakla berapa minit tapi penatla.Aku banyak kali suruh family aku berenti sebab tak larat.Hahaha tapi jangan risau, taman negara banyak sediakan kerusi tau untuk laluan jungle trekking ni.
Masih berfikir kenapa aku snap gambar ni dalam dslr....
Aku tak snap banyak la masa jungle trekking.(Tapi sumpah,aku rasa banyak gila aku snap).Entah la mungkin nama gambar sama,so gambar tu jadi hilang.Ah,apa aku bebel ni.
Lepastu,dah penat penat jungle trekking,hasilnya sangatlah berbaloi iaitu dapat hadiahnya ke CANOPY WALK! Tetiber dah sampai canopy walk tau.
Apa itu canopy walk? Okay,canopy walk ni dipanggil jugak as canopy walkways,treetop walks or treetop walkways. Or senang cakap canopy walk ni pejalan kaki hutan lah.
Untuk orang yang takut tinggi/gayat,hampa toksah naik ah satgi nangeh weh. Mak aku kan takut tinggi,so memang mak aku taknak naik.Tinggalah kami berlima without our beloved mom naik canopy walk ni.
Sebelum sampai atas ni,nak pesan awal awal lah yang hang kena panjat sikit nak sampai atas ni.Tahap dia macam naik tingkat 5. Tak tipu tak tipu T^T (tetiba nak nangis teringat semput tu sangatlah wow). Waktu ni musim cuti sekolah,so memang ramai orang. Jangan lupa beli tiket! And nanti pekerja situ akan panggil nama.Sebab canopy walk ni tak boleh ramai ramai jalan.Patah riuk papan tu satgi.
Boleh tengok masa canopy walk ni tutup & buka.
Nanti kalau ramai yang dah lepas canopy walk ni, pekerja situ akan panggil nama family hampa. Macam aku "Keluarga Khairul Anuar" <-- ye ye je aku ni dia panggil camni. HAHAHA. Yangni masa dah naik atas.Kena naik tangga pulak untuk jalan dekat canopy walk ni.
Tolonglah sapa seram patah je balik sebab canopy walk ni bukan satu ni je . Sebab ada dalam 10-11 canopy walk and dia punya ketinggian tu tinggi sangat yang pasti tak setinggi iman hampa yang makin menipis tu. Okay tak contoh aku ni.
Abah jalan dulu. Aku membebel pasal siapa yang takut gayat jangan teruskan tu sebab dah jadi dekat aku.Makcik belakang aku baru jalan separuh dah patah balik.Tepuk dahi guwe.
Dari hadapan: wiwin,kakak,and syafi
A serabai me: snap by kakak. Masani aku emo sebab gambar aku semua buruk termasuklah yangni tapi aku nak letak jugak muka buruk aku kat entri so ada buktila aku jalan dekat canopy walk yang gayat ni! Kah!
Pernah ka wiwin tak annoying kat belakang tu?
Pesanan: kalau pakai selipar untuk jungle trekking & canopy walk ni pun okay.Masih sesuai jangan risau.
Comei sokmo weh anak mat saleh ni.Diorang jalan belakang kami tau.Pastu adik aku yang bongsu ni suka gila budak budak.So masa kami dekat dengan budak saleh ni,adik aku pergi pegang pipi dia weh.ASFDGDHAKLHS. Pastu budak saleh ni macam.. "hish" HAHAHA
You will love the nature more if you come here.I swear.
Jadi,untuk jungle trekking and canopy walk ni pun aku highly recommended untuk yang suka nature. Basically,tempat yang aku pergi dengan family aku semua nature punya tempat.Sebab mak aku suka nature and kami suka pun suka nature walaupun aku lembik sikit ah kaki malas berjalan (^^v)
Lupa nak habaq sebenarnya aku pergi Pahang ni awal tahun 2018.Sekarang dah 2019 weh.Tapi tulah,kegagahan aku menjadi kunci utama dalam menyiapkan entri ni sebab macam aku cakap di awal entri,blog sendiri paling menarik untuk dibuat baca ketika mahu tidur.
Thanks for reading,tamatlah entri Pahang 2018 aku.
Salam sayang,syadiya xoxo
P/s: sekarang aku tengah seronok layan running man sebab dah start cuti sem.Aku ada satu tahun lebih lagi nak habiskan diploma inshaaAllah.
teringin nak pergi sini. tapi tak pergi2. perginya tempat lain ja.. hehe
ReplyDeletekalau teringin kena pergi awak sebab seronok! :D
Deletemenarik tempat ni :)
ReplyDeletebetul tu hehe
DeleteBestnya...kita n encik suami pun suka nature..bole masukkan dalam wishlist ni..
ReplyDeletesila sila masukkan dalam wishlist! :D
Deletewow best. In shaa allah one day nak jejak ke situ
ReplyDeleteboleh try jejak sekali ^^
Delete