Wednesday, 29 March 2017

BRACES II (17 DAYS)

Assalamualaikum,
"This week is not my lucky week "kata hati kecilku.Tak pun kata hati besarku.The pain is destroying me until now!Sebelum aku pakai braces,aku banyak refer blog kak Paten Liyana yang doktor tu.Dia kata pakai braces akan 'tumbuh' ulser dalam 2-3 ketoi.Pastu when i start wearing braces,ulser tak mai mai pun.Macam riak astagfirullah masani menunggu ka hapa aku ni? Hahaha!Pastu besi start panjang,besi dah mula kikih bibir sikit demi sikit dan ulser pun muncul.Nilah proses ulser muncul secara caca marbanya.

Sekarang kat mulut aku dengan jayanya dia(ulser) membiak sebanyak 4.Satu dalam proses pemulihan akhlak.Yang lagi tiga tu dua dua belah kiri.Jadi aku dengan penuh gigih kunyah makanan belah kanan mulut dan makanan sering tersekat di skala 6(wadde?).Kadang rasa malas gila nak makan sebab kena kumur sampai makanan yang tersekat sekat tu boleh berambus dan dengan jayanya keluaq dan lagi satu malas sebab omomomo cute ulser dalam mulut buat konsert.(Amat perlu aku letak omomo tu sebab kesakitan dia ditahap sakit gak ah).

Pagi semalam aku bangkit,ulser sakit.Pastu aku punya muka berkerut pehal pipi aku pun sakit?Bila tekan ja dia sakit.Bila picit sikit pun macam nak keluaq aiq mata tapi kena tahan sebab perempuan harus kuat(pebenda la?!)
Pastu taktahan sangat sebab simpan seribu satu persoalan dalam otak aku,aku tanya mak aku "kenapa pipi adik ni bila tekan ja sakit?" dan baru ku tahu bila ada ulser,sekali pipi sakit.Rating kesakitan 8/10 sebab masih boleh berjalan,makan dengan banyak (sebab lapar tahu?) , masih boleh bercakap dan gelak walopon sakit.

TIPS aku:
1)Kumur air garam banyak kali.Kalau rasa mampu buat 10 kali sehari silakan.Jika takdak sapa nak halang,teruskan 20 kali sehari .Hahahaha.
2)Bila nak berus gigi kannn,confirm sakit dia rating 10/10 sebab sakit nau nauu=') .Cara aku,beli ubat ulser yang untuk bagi kebas tu.Kebas pun tak lama .Cis.Lain kali bagi kebas sejam dua boleh takkk?! So bila dah letak ubat kebas,senang la nak gosok gigi sebab tak rasa sangat.
3)Letak wax.Kalau taktau camna nak letak wax dekat braces.Search youtube :HOW TO APPLY WAX ON BRACES.Omputih ada tunjuk.Ommelayu takdak lagi.

Masa first week pakai i feel like "rasa nak bukak skarang jugak wadahek so sakit!" tapi sekarang dah jadi boek =)

Salam sayang,syadiya xx

6 comments:

  1. Replies
    1. pakai tak sakit sis.nak makan mula mula sakit,pastu ulser hahaha

      Delete
  2. semoga tabah bertahan...

    berapa lama nak pakai

    ReplyDelete