Sunday, 19 February 2017

RESEPI:IKAN BAWAL MASAK SWEET SOUR

Assalamualaikum,
Harini nak bagi resepi ikan bawal masak sweet sour, malas sembang banyak banyak bukan orang baca sebab selalunya orang nak resepi jewpp.

UNTUK IKAN BAWAL DUA EKOR

Ikan kena goreng dulu.
Bahan goreng : kunyit+garam (salut) then goreng sampai garing.

BAHAN2 MASAK:
1)Bawang besar sebiji (kisar.cara kisar;masukkan air sedikit)
2)Bawang merah 2 biji
3)Bawang putih 3 ulas
4)Kulit kayu manis 1 batang
5)bunga lawang 2 kuntum
6)Cili kisar 2 senduk besar
7)Sos satu senduk
8)Cuka 1 sudu
9)Gula satu sudu besar
10)Garam satu sudu kecil
11)Ajinamoto renjis renjis jer
12)Daun limau purut 4/5 helai
13)Buah nenas ikut suka banyak mana (potong dadu)
14)Bawang besar holand ikut suka banyak mana(potong dadu)
15)Timun ikut suka banyak mana(potong dadu)

CARA CARA:
1)Tumis bawang merah,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
2)Masukkan cili kisar,cuka,sos,dan bawang besar (yang sudah dikisar).Kacau hingga naik minyak.
3)Masukkan gula,garam,dan ajinamoto.Juga hingga naik minyak.
4)Masukkan daun limau purut.
5)Masukkan buah nenas,bawang besar holand,dan timun yang sudah dipotong dadu.
6)Dah masak,masukkan ikan.

SIAP!=)

Resepi kredit from my mom.

Salam sayang,syadiya xx

4 comments:

  1. nampak menarik je warna merahnya... biasanya nak tau sedap ke tak tengok warnanya baru rasanya... hehe... boleh cuba resepi ni nanti...

    ReplyDelete
  2. Macam menarik je resipi ni. tengok gambar pun mcm dah sedap hehe.

    ReplyDelete
  3. ikan bawal masak apapun sedap �� ikan bawal is my favorite ��

    ReplyDelete