Monday, 20 July 2015

Pilot

Assalamualaikum.
Masa aku darjah 4,5,6 gitu. Aku selalu bercita cita untuk menjadi seorang yang ganas. No i mean; polis, pilot apeke yang ganas ganas la pokoknya. Lol. Hahahaha. Pastu dalam hati terdetik 'pilot ni semua lelaki kan . ada ke perempuan?' Bila menginjak usia ke alam tingkatan 1,2,3 berani la jugak nak tanya mak aku.
"Mak ada tak pilot perempuan?"
mak : "Ada ja."
"Adik nak jadi pilot" 

Mak pun bagitau aku, nak jadi pilot kena ambil fizik. Tapi masalahnya problem aku ni aku tak boleh ngam dengan sains. Otak aku otak math (sebab aku taksuka menghafal. sangat pemalas menghafal ye teman teman) . Tapi banyak gak cobaan cobaan dan kutukan kutukan yang aku hadap bila aku teringin nak jadi pilot. Contohnya kakak aku yang tersayang lagi tercinta mengatakan : "adik hang pandaika baca koordinat koordinat ni ?" langsung ku terdiam seribu bahasa. sedih naks. hahaha. Tapi aku tak pernah nak menagis memoyo la kalau orang kata kan.

Masa ambik result pt3 ,( i batch pertama tau adik adik sekalian) aku dapat cipuut je. Tapi masih adala A nya tu. Boleh kata result aku bercacat cela tapi takda failed. Sebab ko ingat senang ke pt3?! Bila nama kena panggil dengan guru kelas, duduk . dan cikgu tunjuk result. Rasa bersyukur walaupun tak gempak. Tapi sains aku memang out nauzubillah inalillahhiwainnalillahirojiun la nak habaq.
"Bagus takda failed, boleh masuk kelas sains tulen" aku macam nak teriak masa masa tu jugak. Dah kenapa sains result kelaut tapi masuk kelas sains ?! then baru tau, sorang je dapat A sains pt3 sekolah aku T^T MashaAllah. Hahahaha. Aku cakap dekat cikgu, takmau. tak reti. (Sebenarnya aku dah target nak ambik akaun ) kuikui. Bila bincang bincang dengan mak abah, depa cakap bawak dulu sains . Aku akur.

Tapi tak mengapa. Sebab aku masih mengharapkan cahaya cahaya peluang menerobos dari mana mana sudut. ciwah ayat guwa. Ya, memang peluang aku nak jadi pilot TAKKAN ADA DAH. Tapi bila fikir balik, tak guna aku ambik fizik kimia bio kalau nanti result SPM aku semua bakal jenazah (E) . LOL. At least aku boleh gak jadi akauntan nanti. Disebabkan form4 aku tak bersekolah di sekolah yang sama, peluang aku amat tinggi untuk aku memilih kelas kelas yang dicadangkan cikgu sekolah baru. Dan,apa yang aku tulis sebelum ayat ni betul betul berlaku ok! Gembira sangatsss.
Masa bagitau cikgu tu , aku dapat kelas aliran sains dekat sekolah lama. dia pun macam terkejut beruks jebons ke apa aku taktaula sebab memang result sains aku tu tak patut pun aku ambik sains. dia macam ni la "hidung tak mancung pipi terserong serong" (ntah betul ntah tak) hahahaha.

Cikgu tu macam feliks gila kut. Sebab sekolah baru aku ni budak budak dia memang gempak result terbaik. Dia cadangkan aku masuk kelas teknik sebab kemahiran hidup aku okay. Tapi aku tak berteknik. Nak lukis pun macam kayu je. Orang lidi mampula. HAHAHA. Sebenarnya dalam otak nak tunggu cikgu tu cadang kelas Akaun. Tak lama tu, dia cadang kelas Akaun. Aku gembira gila gila gila. Terus setuju. Walaupun peluang nak jadi pilot ni lenyap ditiup angin sepoi sepoi bahasa tapi sekurang kurangnya aku tak mencacatkan future aku nanti.
Kakak aku seorang pelajar yang mengambil aliran sains tulen. Sebab dia minat sains. Lain orang lain citarasa. Jadi apa salah aku ambil akaun kan?Walaupun takda siapa aku boleh tanya pasal akaun , tapi selagi ada usaha InshaaAllah aku berjaya .

 Dah dua exam tahun ni, alhamdulillah result aku cantik bersinar sinar . Glowing gitew. Hihi. Semoga result spm nanti lagi cantik . Aku pun taktahu aku bakal jadi apa. Mungkin akauntan yang bermain dengan duit. Atau ikut jejak langkah mak abah. Jadi cikgu. Or , pilot ? Hallo miracle everywhere tau. Man jadda wajada. Semoga semuanya baik baik belaka.


 

Kapten hafizah i wish ill be like you .
Salam sayang,
syadiya.
 

4 comments:

  1. insyaAllah, Kak Ieka doakan awak jadi pilot :) dan cita-2 akak nak kahwin dengan pilot hahaha .. Akak singgah melawat tapak #187

    ReplyDelete
  2. semoga tercapai segala cita-cita
    #188

    ReplyDelete
  3. Semoga terus maju jaya.
    In Sha Allah

    ReplyDelete
  4. Insyallah, cita-cita mu untuk jadi pilot dimakbulkan. Tingkatkan usaha. ;)

    ReplyDelete