Thursday 14 February 2019

Danok,Thailand PART I ( Makan pulut ayam, masuk kedai sana situ, dan floating market)

Assalamualaikum,
yay aku amatlah gembira apabila aku buat entri ni sebab aku rasa janji aku terhadap belog aku ni tertunai. Lol. Sebenarnya sekarang aku tengah cuti sem and masuk u balik hujung hujung bulan 2 ni. Aku pergi Danok bulan 12 masa aku tengah study week. Hahaha! Aku ada tebiat buruk iaitu setiap kali study week mesti family aku ajak pergi mana mana. Aku on teruk weh kalau berjalan. Tak kisahlah study week apa pon aku pulun jugak berjalan. Sebab aku rasa macam..

"sapa suruh u bagi cuti study week"

Ini kali ke 3 aku pergi Thailand. First time masa kecik,pastu second masa aku darjah 6 zaman tak reti apdet blog and third time yang ini. Kalini pergi Thailand ikut trip ayah aku punya pejabat. Naik bas pukul 4 pagi aku ngantok gila sebab aku bukan morning person T^T . Aku tak ingat pulak sampai pukul berapa. Tapi cop pasport pun takdalah lama mana.


 Toksah try hard baca bahasa thailand tu okay dia ada bagi dah elok elok kat bawah tu apa. Hoho

You know it's Thailand bila wayar dia berselirat dah macam rambut gatal dan kasar dah keriuk keriuknya aku tengok

Depa bagi masa around sejam jalan jalan depan border Thailand ni.

Pulut ayam ni satu kewajiban bila datang Thailand. Sedap lazat yakmat weh!

 Makcikni punya pulut ayam paling sedap dan win di hati aku

 Adik aku yang lelaki ni memang seorang food hunter yang berjaya

Ayah aku pulak try pulut ayam dekat sini pastu kami memasing comparekan rasa dia dengan pulut ayam adik aku beli. Ternyata pulut ayam adik aku beli lebih sedap. Adik aku 1- abah 0 secara adilnya

Lepastu kami teruskan pulak pergi macam macam kedai. Weh aku jenis lupa sebab banyak sangat kedai yang kami singgah dan salah satunya yang famous adalah Nora Plaza. Tapi for sure lah barang dekat Nora Plaza ni memahal sikit.

 Ni bukan Nora Plaza. Ni kedai mana entah. Wah bagusnya jalan penceritaan di blog aku ni asyik tak ingat nama kedai je weh. Tapi yang penting kat sini dari makanan biasa kudap kudapan sampai ke pelik pelik punya kudapan depa jual.

 Buah dalam bekas pun ada

 Ni baru dekat Nora Plaza. Motif sangat aku tangkap gambar dekat kedai siap pakai dslr. AHAHA

Pastu kakak aku suruh snap benda alah ni sebab agak melampau patung dia duk buat apa taktiaw hahahaha 

Aku sejenis tangkap gambar pakai dslr. Separuh je aku pakai phone. Yang atas atas tu pakai phone. Pastu bila aku dah start guna dslr aku jadi malas nak guna phone kamera. And aku rasa dslr amatlah melampau untuk digunakan tangkap gambar dalam kedai. Tah hapa hape tah aku ni.

Banyak jugak kedai kami pergi. Habis masa pergi kedai kedai je. Aku kedekut macam biasa. Aku tak beli apa weh. Aku ada masuk satu kedai tu,pastu aku berkenan gila sling bag dia! Tapi otak aku kata takpayah padahal hati aku melonjak lonjak nak. Thus, aku tak belilah ceritnya sebab otak aku lebih menguasai aku. 

Then terus pergi Floating Market. Dah petang tak silap aku. So depa bagi masa sejam ja. Boleh solat dekat floating market ni. Not badlah surau dekat situ tapi kena bersesak sesak sikit

Aku memang jenis redo kalau tak dapat tangkap gambar dekat main thing dekat sesuatu tempat. So aku snap jela gambar entah sesapa ni asalkan ada bukti sebut "Floating Market" berkenaan.

 Muka lepas solah haruslah bercahaya. Iyuwww.

 Ramai gila orang mungkin sebab musim cuti. Bersesak sesak ketibas (rujuk: ketiak basah ) habis.

 Air dalam cawan tanah liat (kalau tak silap) 20 Baht or around RM3 lebih. Aku ambil cup doremon and ultraman. Sampai sekarang ada lagi dekat rumah buat hiasan. Aku ambil air teh ais & kelapa. Sedap! And yang macam popia tu roti telur kot. Adik aku yang bongsu beli. Sedap jugak!

And aku mengamuk gila weh masani dahla depa bagi masa sejam ja, kakak aku boleh pulak sanggup tunggu kerabu maggi around 30-40 minutes T^T aku baru berangan nak jalan jalan sepuas hati. 

Aku beli juga pancake or sebenarnya telur burung puyuh maybe biasalah nama makanan mahu glamor jugak. Tapi malangnya aku takda gambar pulak and sedaplaa okayla rasa dia.
Lepastu,kami jalan dekat market dalam pulak. Ada makanan hanya untuk non muslim so memang kena hati hati. Adik aku yang lelaki dia gila  pulut ayam . So dia cari lagi benda alah tu dekat Floating Market ni.

 Pulut ayam again.

Mak aku sebenarnya baru datang Thailand itu hari. Trip sekolah dia. Dia bawa adik aku yang lelaki je. Adik aku cakap floating market yang dekat bawah ni bukak sikit pulak kalini. Itu pon ramai jugak orang menyumbat nyumbat nak beli.

 Ni dekat atas titi. Sebelah sana pun still ada orang berjual jugak tapi tu ah kakak aku puncanya kami tak sempat nak pergi belah sana.

 Bagi nampak bendera Thailand so nampak lah Thailand vibe gituh.

Kakak with her 30-40 minutes of- waiting-kerabu maggi. Nampak tak macam bersardin tin dah aku tengok orang beli dekat bawah tu.


By the way aku beli makanan je dekat Floating Market. Sesapa yang memang food hunter tu boleh datang dan try macam macam benda pelik ada. Aku target nak cari baju ke apa ke dekat Floating Market ni tapi tulah,takda rezeki. InshaaAllah boleh datang lain kali. Overall seronok je Floating Market ni siap depa pasang lagu Thailand lagi.Nah amek ko dia bagi Thailand vibes teteroks dekat orang melayu. Nak kata seronok tu aku tak enjoy sangat pun dekat Floating Market ni sebab sekejap je masa diorang bagi. Tambah pulak berduyun manusia nak beli makanan dekat orang yang jual dalam sampan. Lagilah haru weh.

Aku harap hampa ampunkanlah entri bosan aku ni.Aku post untuk mengabadikan kan memori indah ni tapi tulah,gambar sana hilang, sinun hilang. Huwa jem otak aku.Mana roti sila bagi?Mihmih kelakar ka woi! Btw,lepas Floating Market ni, kami singgah makan kedai tomyam and terus check in VJ Villa & Container Stay yang syok teruk! Nanti inshaallah aku buat next entri.

Thanks for reading entri aku yang bosan ni. Salam sayang,syadiya xoxo

p/s: Lagi 10 hari nak balik u malasnyaa. Malamni pulak 12.30 result exam keluar ya tuhan takut sebab bodo amat diri aku :'D

3 comments:

DO LIKE