Tuesday 14 August 2018

Pahang : Taman Negara Pahang (Naik bot & Santuari Ikan Kelah)

Assalamualaikum,
aku rasa aku berbaik hati nak cerita sambungan pergi pahang itu BULAN. Aku pergi bulan 2 ke 3 tah aku lupa tapi sebelum semester dua dan sekarang aku dah habis semester dua dah pun.Berapa lama ntah aku peram T^T

After pergi national elephant conservation centre (NECC),kami terus pergi Taman Negara Pahang.Jalan nak ke taman negara ni serius cakap kiri kanan kelapa sawit pastu jauh dari pam minyak.So,isi lah penuh penuh sebelum nak ke taman negara ni ya kalian kalian.

Family aku sampai taman negara waktu petang.Kami duduk Han Rainforest Resort.Serius cantik gila tapi malangnya aku tak snap pulak kawasan situ sebab masatu tak berniat langsung nak update untuk cerita dekat blog.Lol gila kan perangai? Jap,aku search kat pakcik google bagi menambahkan impak seronoknyaa Han Rainforest Resort ni.

Ni contoh bilik yang aku mintak ihsan dari pakcik google.Aku tak berpuas hati bab kebersihan.Sebab musim aku datang ni musim cuti sekolah,pastu dapat la bilik yang dekat ceruk ceruk and badly bilik tu kotor sikit.Ada taik cicak atas katil(ok,bukan kotor sikit,tu kotor banyak so eiuuuu),DAN boleh pulak decorating bilik tu ada gambar biawak besar gila! APE APE JELARR.

Aku tak ingatla harga duduk sini sebab masih muda untuk membayar kerana wajiblah bapak aku yang bayarkan.

Malamtu kami semua pergi Restoran Terapung.

Sebenarnya restoran terapung ni banyak.So kena pandai pandai pilih lah.


Makanan kat sini semuanya agak mahal.sebabnyaa tahla aku pun taktahu.Maybe sebab ramai gila mat saleh and minah saleh so depa naikkan harga. MAYBE LAA.

 Mak dan adik angkat (sebab muka dia lain).Masa kecik adik aku suka nangis nangis sebab aku,kakak aku suka cakap dia anak angkat.AHAHAHAHA


 Kakak aku suruh kecikkan mata jadi mata sepet.

        Aku kan pengguna snapchat tegar so busy sikit larrr main main fon.


 Aku bersimpati dengan mat saleh pakai baju oren tu.Dia order lama gila tak sampai sampai.Pastu kami punya sampai dulu.Last last dia blah.

Kami order aiskrim ni.Tahla aku tak ingat rasa dia tapi not bad lah.Boleh lah ditelan.Harga dia mahal jugak.

Aku tak snap pulak makan apa dekat sini.Tapi kami order sikit je sebab saja nak try kan.

Btw,nak datang restoran terapung ni agak junam sikit.Kena pandai pandai lah and jalan dia for kereta pun agak sempit.Lepas habis makan,jalan jalan situ and balik hotel sebab esok pagi dah nak start menerokai indahnya taman negara (glap glap glap apploss aplosss)

Sebenarnya,banyak aktiviti boleh buat dekat Taman Negara and also banyak jugak duit yang hang kena sedia dan laburkan untuk aktiviti berkenaan.
Macam family aku,kami just naik bot,pergi santuari ikan kelah,jungle trekking and canopy walk.TAPI sebenarnya banyak je lagi.Contohnya macam perkampungan orang asli.

So,aktiviti first kami pergi adalah naik bot and aku tak ingatla apa tempat tu tapi air dia cantik.Masa ni aku tak enjoy sangat sebab aku datang bulan & senggugut pastu aku rasa serabut gila dengan air.Nak buat aktiviti ni aku cadangkan dekat sesiapa yang nak pergi tu,pakai ja selipar.Takyah gedik sneakers ew ew pa semua na.

 Ni abah aku tangkapkan gambar. Dia confident nak guna dslr padahal tak pernah pakai so jadi camni lah hasilnya. Tempat nak naik bot ni sama tempat dengan restoran terapung.And kami naik pengangkutan yang memang Han Resort ni sediakan.


My kakak.

 Mak & Abah dengar laki ni bebel mungkin.

 Dah naik bot yay! Aku tak ingatla harga naik bot ni maaf guys.Tapi mahal jugaklah and nak ke tempat tu ambil masa dalam 2 jam.Masa mula mula naik bot ni aku cuak gila weh.Seat dalam boat ni banyak,muat ah dalam 6 orang.But depa suruh ambik 2 boat sebab berat mungkin nak naik 6 orang sekaligus.

 So aku disuruh duduk diantara mak dan abahku.Mungkinkah aku anak emas? Ops.

 Gigih tau aku nak tangkap gambar pusing belakang sebab kotlaa masa aku pusing belakang ni kang terbalik pulak boat ni.Over bukan paranoid aku?Bukan biasa biasa!

 Gedikla matahari ni nak cium cium aku.Eh.

 Abah aku kerja jadi mangsa aku ja sebab aku asyik cakap "abah pusing belakang,senyum"

Bayangkan hebat tak aku membaling dslr kepada mak aku secara haram di atas bot dikala bot ni melambung lambung.


Aku rasa salah satu sebab depa tak bagi naik ramai ramai dalam satu bot sebab ni lah.Banyak batu batu.Susah bot mahu majuuu.

 Dah sampai !Kakak,wiwin and syafi.Depa naik bot lain.


Kena jalan jauh sikit nak ke tempat air cantik ni.Sebab tu pakai selipar je.Nanti ko nak touch touch air payah.


Tengoklah betapa jernihnya air <3

Aku tak ingat la nama tempat ni so aku panggil je ah kawasan air jernih. lol hahahaha

Rasanya takda pulak ikan.Yang lelaki belakang tu adik aku. Dia taknak pakai baju sama kami.Tahla kenapa.Dia pepelik sikit.


 Apa lagi? marilah meng-acah

 Kakak aku nak try duduk atas dahan pokok ni.Acah macam buaian la kan.Pastu aku marah lah tak bagi satgi patah.Pastu balik hotel kakak aku buka instagram,dia cari hashtag this place and ada ja minah saleh duduk atas dahan.Dimarah marahnya aku :'D hahaha

Nak ke destinasi kedua pulak.

 Ni tempat kedua,SANTUARI IKAN KELAH.

 Malasla nak bagi cerah gambar.Tapi tu ada signboard tulis nama tempat ni ye anak anak.

Me and kakak. Pakai je selipar jangan cakap tak cantik ka apa satgi hang nak terjun ayaq kot?apasal aku nak emo? keke

 Lepas naik tangga,kena turun balik.Macam ada jalan la untuk turun bawah.Masa dekat jeti tadi awal awal depa dah bagi makanan ikan.Tapi kena bayar lerr.

 Hang tengok muka aku.Masani aku memang emotional la sebab aku period pastu memang takla nak bemesra bersama air ni.

Hang nampak dak abah aku boleh jumpak kawan dia dekat pahang padahal aku duduk perak utara :')

Me with abah guwe yang kacak

Nampak tak aku tak ikhlas nak berendam?

Aku duduk atas kayu besar tu ja.Family aku yang lain semua berenang jauh jauh bagi makan ikan.Ikan sini tak friendly langsOOOOnggg.Blurp makanan pastu terus blah at least salam la aku yang dah feed ko ni ?

Nature is the art of the God -Dante alighieri

Untuk naik bot & Santuari Ikan Kelah ni aku highly recommended untuk orang yang memang suka nature.Kalau taksuka jangan pegi la eh.Nanti ko menyesal pastu ko memaki hamun aku di komen bawah pulak.Eh tibehh.

Next entri aku cerita pasal jungle trekking dengan canopy walk pulak inshaaAllah kalau sempat sebab nak buat entri ni pun makan masa seminggu T^T

Thanks for reading! salam sayang,syadiya xx



10 comments:

  1. seronoknya berjalan jalan.. lagi2 bila dapat spent time dgn family..

    ReplyDelete
  2. kat taman negara pahang ke? cantik lah tempat dia.. boleh ajak family juga ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. Bestnye tempat ni.. Tak pernah sampai lagi meskipun dok kat pahang.. haha.. nice review... :)

    ReplyDelete
  4. Seronoknya tempat ni. Nak bawak anak mungkin belum sesuai lagi kot. Takpe tunggu dah besar sikit boleh plan lain. Kinah memang suka aktiviti macam ni

    ReplyDelete
  5. cantik tempat ni :)

    follow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    ReplyDelete
  6. singgah sini..and follow!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com

    ReplyDelete

DO LIKE