Saturday 16 May 2020

BRACES PART 11 : finally gigi dah rata :)

Assalamualaikum,
Hellu semua! Harini nak update pasal braces walaupun last pergi appointment braces masa bulan 2 haritu sebab sekarang takleh pergi, klinik stop kejap appointment braces patient diorang. Last entri braces part 10 (boleh klik kalau nak baca), aku ada cerita yang aku tarik gigi lapis. Aku ada satu gigi lapis, tahun ke 3 aku pakai braces baru doktor tarik gigi tu. Maksud tarik dekat sini, bukanlah doktor tu gigih tarik kedepan gigi akuπŸ˜‚ tapi dia letakkan wire braces so gigi lapis aku tu boleh maju kedepan.

Adakah tarik gigi sakit? 
Jawapan aku: sakit. Naknak kalau hang baru bangun tidur, rasa gigi tu meronta ronta sakit sebab nak maju kedepan. Hahaha.

So daripada bulan Februari sampai bulan May which is dah 3 bulan lebih, aku boleh nampak perubahan gigi aku which is cepat gila gigi aku gerak kedepan! πŸ˜


Yang aku spark tu lah gigi lapis aku sebelumni nampak tak beliau dah semakin maju kehadapan untuk join  rakan rakan gigi yang lain😚

Ni gigi aku masa bulan februari haritu:

Ni masa bulan august 2019 masa aku pakai coil spring untuk bagi ruang kat gigi:


Tapi still lah aku nampak jongang. Setelah pakai braces 3 tahun, aku boleh buat assumption yang lepas gigi aku dah rata ni, mungkin kena pakai powerchain untuk tak bagi jongang. Pray for me, your fallen sister :')

Ha yang panjang warna biru ni lah powerchain, bagi aku powerchain ni untuk rapatkan gigi dan jugak untuk hilangkan ke-jongangan =) 
(Sumber gambar: google)

  Dekat page https://orthodonticassoc.com/braces/braces-power-chains/, ada bagitahu pasal powerchain which is:

Power chains on braces are highly efficient because they add more pressure and force in moving the teeth than the traditional brackets and ligatures do alone.

Marilah tunggu next next dan next entry aku dimana aku dah pakai powerchain pada waktu itu okay πŸ˜Œ Hahaha

Thanks for reading! Doakan gigi aku rata dan cantik dengan cepat! Ehehe

Salam sayang, syadiya. xoxo




Read more about braces:





6 comments:

  1. good luck! sye da bebas dari braces!

    ReplyDelete
  2. hee same! sya last appt pon bulan 2 pastu dr cancel sampai lah sekarang haha! patutnya sya dah boleh bukak braces sebelum raya lagi tapi sebab keadaan semasa skrg hm nampaknya lepas raya la kot huhu..sya dah pernah pakai powerchain..actually bagi sya bila pakai powerchain dia lagi pressure sebab ketat kan tapi nampak cantik lah hehe..anyway cantik dah gigi akak!! <3

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2020/04/i-made-my-own-instagram-face-filter.html

    ReplyDelete
  3. Tahniah berjaya mengharungi process pkai bracess ni, ada org x sanggupbnk teruskn, tambah2 bila sampai demam berhari2

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. wahhh..saya tak merasa lagi pakai braces. Memang terbaik sape yg dah melaluinya ni.hehehe

    ReplyDelete
  6. Best tu nanti dah dapat bukak braces, gigi dah cantik :)

    ReplyDelete

DO LIKE