Saturday, 2 November 2019

Try request sample libress and berjaya dapat. (serius ini bukan entri berbayar ok!)

Assalamualaikum,
aku selalu ja jenguk blog aku ni tapi takda modal nak update apa apa. Sekarang aku tengah habiskan sisa sisa midterm break aku :') esok aku dah balik U balik dah. Aku rasa since start midterm break sampai sekarang, aku tak pernah la rehat chill chill sebab almost everyday aku akan buat assignments and segala yang berkaitan dengan U. Aku cuba husnuzon bahawa ini last sem aku so marilah fighting! Hahaha btw Isnin ni aku ada presentation entreprenuer. Doakan aku and group aku tau!

Sebelum hampa  meneruskan bacaan, aku nak tekankan bahawa entri ni memang bukan entri berbayar dan bukan iklan okay! Ni memang entri yang aku sendiri nak share😊Also, entri ini lebih sesuai dibaca oleh perempuan😊 

Mehla aku cerita, aku ni kan suka jimat dan suka benda free. Btw siapa ja taksuka benda free cuba bagitau? Hehe. So aku gigihla cari sample macam macam produk dekat google. Aku gigih mencari sebelum aku masuk semester baru.

Aku request sample libress.Pulaktu tamak request sampai 2 samples 😂😂
Request saja saja je sebab aku tak pernah try mana mana sample. So aku tak berharap pun aku dapat sample libress ni.

Dalam 20 hari lepastu, parents aku bagitau ada barang aku sampai.

Cuba teka apa?

Haruslah sample libress 💁🏻‍♀️
Ampunkan customer macam aku ye libress sebab request sampai dua samples! Hahaha sebab aku tak sangka la aku akan dapat. Terharu siot aku:').  Aku tak ingat aku request jenis pad yang macammana sebab aku suka hati tekan mana mana jenis yang aku suka. HAHAHA. Lagipun aku kalau beli pad, akulah sejenis manusia yang ambil je mana mana. Sapa macam aku? Ha boleh ah geng😌 Tapi ini serius aku nak puji libress sebab packaging yang aku dapat ni cute!

Dalam packaging ni ada 4 pad. Weh benda free kot sample kot so aku sangat amaze sebab dapat 4 pad!!

And ada 2 panty liner. Lagi sekali, siapa nak bagi free banyak banyak camni. Thanks libress!

So total dalam satu packet ada 4 pad + 2 pantyliner

dan juga....

DAPAT VOUCHER WEHHH! Dahlah aku yang request sample, pastu libress siap sertakan voucher lagi. So kalau beli pad harga RM6, hampa dapat RM4.50 ja sebab dah ada voucher ni. Again, thanks libress 😭❤️

Overall, i love how libress marketkan depa punya produk, siap bagi voucher dalam sample!

Sesiapa yang nak try sample depa pandai pandaila taip dekat google "sample libress" hehe.

Thanks for reading, salam sayang syadiya xoxo.


3 comments:

  1. Ok, done Google, done submit request for sample :D

    ReplyDelete
  2. menariknya, bagus betul... memang dia punya bekas tu nampak cute n simple

    ReplyDelete
  3. wow, lepasni boleh try request sample juga :p

    ReplyDelete