Friday, 1 February 2019

BRACES PART 7 : Warna warna getah

Assalamualaikum,
sebagai mukadimah entri braces ni,aku berbaik hati nak letak terus gambar warna warna getah braces seperti diatas tersebut.Mimpi apa pun taktau.Sebab selalunya aku bebel banyak banyak dulu baru aku letak gambar.Hehe. So,aku ada satu perangai bila aku appoinment braces,iaitu aku gemar bertanya dekat siblings aku:

me: kakak,warna apa eh yang lawa?

kakak: cuba warna merah weh!

me: eee nanti nampak macam kulit cabai(cili) melekat ja

kakak: kalo camtu cuba try warna kuning?

me: eeee nanti nampak macam taik gigi banyak :( :(

pastu ending dia,kakak aku mengamuk dekat aku cakap 

"BAIK TAKPAYAH TANYA PENDAPAT" 

Hoho. 

So kalini aku nak share tips or share warna apa yang sesuai and seronok nak bertahan sampai sebulan sebelum next appoinment tukar warna getah lain DAN JUGA aku tunjuk la sikit warna apa yang worse gila untuk pakai so hampa boleh aware.Dalam lebih 10 appoinment braces aku pergi dan untuk tahun pertama, aku paling suka warna biru. Aku taktahu kenapa.Tapi biru memang fav aku. Kalau next appoinment pun,aku still nak ambik biru.

Okay kalau hampa tanya aku, adakah aku highly recommended warna biru?

Jawapan aku: 50-50 sahaja.

Kenapa 50-50 sahaja untuk warna biru?
 Okay as we know, biru ni banyak jenis,ada yang biru lembut & biru terang. Untuk warna biru lembut, aku tak recommended langsung weh.Sebab nanti bila hang makan kari,dia jadi warna macam kuning kuning. Penipulah kita melayu tak makan kari or masakan yang warna dia oren/kuning. TAPI,untuk warna biru terang,yappp aku setuju kalau hampa nak pakai getah warna biru terang sebab warna terang ni susah sikit nak berubah jadi warna tak sedap mata memandang (iaitu warna seakan akan ikan berwarna biru tak mandi 10 tahun ya)

Dan disebabkan muak dan mungkin rasa loya sebab selalu pakai biru,aku start pakai warna getah lain dan second warna getah aku selalu pakai pulak ialah pink
Aku langgggsung tak recommended getah pink sebab nanti turns out jadi warna oren or to be worst,jadi kuning plus masatulah hang nak first date dengan bf kan lagi lah haru weh. Hahaha. Resultnya,wajiblah hang akan nampak buruk gila .At first memang la memuji gila sebab "pink cantik pink cantik pink cantik" kononnya. Tapi takpa,hampa tunggu natijahnya seminggu selepas itu ya!

Then,aku selalu pakai warna hitam dan dark purple

Untuk warna hitam & dark purple : sumpah aku recommended gila weh! Sebab ala biasala bila warna hitam & dark purple kan kegelapan dia sangatlah tinggi so hang makanlah apapun,warna dia still tak berubah tau!

Tak lupa juga,aku pakai warna KELABU

Warna kelabu ni kawan aku yang suggestkan. Dia kata lawa sebab sama dengan warna besi kita. Aku suka gila pakai warna kelabu. Tapi warna kelabu ni ada bad sides jugak weh T^T . Sebab apa? Sebab warna kelabu ni pun akan tukar jadi warna kuning or hijau. Geli sikitla bila tengok rasa yucks: "adakah ini getah braces atau jagung melekat?!"

Dan sekarang,warna aku pakai adalah transparent. This is my first time try pakai getah transparent.
Bagi aku,pakai getah transparent ni sama je warna macam getah kelabu.Exactly the same.Contoh kalau hang tengok cermin,mesti hang jadi keliru sama ada hang pakai getah transparent or kelabu.Jadi aku tak berapa impress sangat untuk getah transparent

Setakat ni,ini jelah yang boleh aku recommended and yang aku tak recommended. But feel free to wear whatever warna getah yang hampa suka ok!

Pastu kan weh,aku sering tertanya tanya:

apa eh nama getah braces in english?

answer: ligature ties 

Tapi nak senang,panggil jelah getah braces. Panjang berbelit sikit nama dia in english. Lol.

Thankyou for reading!

salam sayang,syadiya xoxo.

Read more about braces:


Monday, 14 January 2019

Baik pulih blog

Assalamualaikum,
Aku rasa dah lama gila aku nak perbaik aku punya blog ni.Aku takda menu navigation,aku punya  background title tetiba hilang & aku rasa header aku sebelumni sangatlah buruk sebab itu zaman masa aku sekolah dulu ='Dv (explain emoji:sengeh sambil nangis buat peace)

OLD LOOK

Okay ini wajah blog aku yang lama. Sangatlah EWWWW T.T . Aku taktau apa yang berada di minda budak tingkatan 4 masani with that header! Hahaha so aku tanya pendapat kakak aku tentang header ni pastu dia cakap...


"semak"

HAHAHAHA . Pastu cuba tengok background title aku takda kan? It supposed to be THERE.But unluckily or to be tell unfortunately, link background yang aku guna tu,gambarnya dah takda kot. So background title aku pun takdalah ceritanya. Tapi aku biar background tu kosong boleh tahan lama gaklah.Sebab aku takda masa nak revamping process-kan blog aku due to some reasons but one of it busy study and i can't do multitasking (studying & blogging)

Okay pastu aku rasa perihal OWNER dekat sidebar left tu macam kelakar sikit sebab umur aku 19 tahun sebab 2019 ni actually aku 20 tahun.No more teen. Im a woman.Call me woman everybody =D

Okay jum tengok NEW LOOK! <3

Taraaa!
Sebenarnya kakak aku tolong sekali design header tu sebab dikatanya aku lack of skill. Elleh sumpah acah gila. Aku rasa all of things yang ada dekat header tu really represent aku kot?
 What all that stickers actually represent at the header?

1)Envelope love: aku menulis blog ni macam aku tulis surat dekat orang. Relatable kan weh?

2)Location punya simbol: Blog ni banyak jugak tempat tempat aku pergi.Tak kira dalam Malaysia atau luar Malaysia.

 3)Laptop: Most of the time aku taip segala entri ni pakai laptop.Laptop is so bae.Pernah sekali je aku taip guna phone tu pun aku rasa macam sempit gila tak bernyawa.Try hard betul aku guna phone.Nyampah.

4)Pensel dekat hujung: I LOVEEE WRITING!

5)Buku: I love learning.ye ye je aku ni kan=') tapi serius,i love learning,i love studying.Even mak aku pun cakap aku suka study.Eheeee

6)Kamera: kadang kadang (but not really often pun) aku ada buat entri gambar pakai dslr dan aku rasa pergi trip mana mana pun aku pakai dslr sebab bagi aku selagi tak guna dslr, gambar takkan lawa. Entri Street Art,Penang pun  aku guna ip5 which is quite pecah pecah.

7)Tembikai: Cerita dia masa pick pick sticker untuk header aku ni, kakak aku macam cakap "jangan letak tembikai" 

but yeah =)
 i put it happily!
Sebenarnya aku tak suka pun makan tembikai, tapi aku jenis SUKA SANGAT barang barang berbentuk tembikai. Aku ada spec case design tembikai, gosok kuku gambar tembikai, dompet comel tembikai, wallpaper tembikai, casing phone tembikai siap dua lagi,lipbalm perisa tembikai. Sebab bagi aku design tembikai sangatlah comel O.O

And i welcome youuuuuu my new menu navigation bagi memudahkan aku dan orang lain yang masuk blog ni. It was a fourth design yang kakak aku tolong designkan.Sebab mula mula aku buat design yang lain.. then dia cakap buruk.Meh aku tunjuk design yang kakak aku cakap buruk tu

Yang aku design sebelumni yang kakak aku cakap buruk tu
Yang aku design sekali with kakak 

Pastu after design yang bawahni,aku macam "wooo cantiknya" pastu kakak aku cakap:

"ha tulah hang,tak reti hish"

:'D im okay guys

And yes, background title aku pun dah ada. Aku pakai design sendiri punya.Overall aku puas hati.

Aku rasa satu ayat mendefinisikan blog aku sekarang ni ialah

"simple yet minimalist" 

TAPI,ada la kurang sikit sebab kalau angpa perasan aku punya header tu macam blur sikit but i really can't fix it sebab dia kembang.

Aku design pakai picmonkey.com and memang kena bayar tapi aku secara haramnya telah PrtSc sahaja screen berkenaan tu and as a result sebab printscreen kan, header tu jadilah blur.HAHAHA.Ampun.

As this is my first time buat menu navigation,aku quite impress dengan diri aku tau! Hanya dengan sekali percubaan it works good!

Thankyou tutorial daripada Lyssa Faizureen! It's really help me a lot.

Oh ya,aku juga buat Favicon baru.

Ini favicon yang lama.Siapa taktahu apa itu favicon, ha yang oren kecik ni la favicon.Aku usually memang tak kisah langsung pon favicon blog biasa ni tapi aku kan bosan sebab cuti sem tak buat apa , so aku rasa favicon ni quite cool and really represent diri hang.

Hai inilah favicon saya yang baru iaitu watermelon! Nanti kalau aku rajin aku buat tutorial pasal favicon tapi seriusly memang senang sebab aku godek blog sendiri je nak buat benda ni.

Jadi,apa yang hampa rasa tentang pembaharuan blog aku ini? Adakah buruk jugak =') =')

Salam sayang,syadiya.

Sunday, 13 January 2019

Pahang : Taman Negara Pahang ( Jungle Trekking & Canopy Walk)

Assalamualaikum,
Sebenarnya pergi Pahang ni dah lama tapi ahhhhh lantaklah aku nak cerita jugak sebab baca blog sendiri adalah sangat awesome dan attractive apabila tengah baring di atas katil nak tidur. HAHAHA annoying gila

Aku ada cerita pasal pergi Pahang dekat sini. First day pergi tengok gajah,second day pergi Taman Negara Pahang and family aku buat dalam 4 aktiviti. Sebenarnya banyak gila aktiviti and banyak gila duit hang nak kena pakai. Tapi ada je yang free.Contohnya macam Jungle Trekking ni memang free. Tapi Canopy Walk RM1 kot tak ingat ke RM2 camtu camtu je harganya.

So lepas balik dari naik bot ke Santuari Ikan Kelah(aku ada cerita dekat entri lepas boleh klik dekat perkataan "sini" kat atas itu ya semua orang), kami pergi pulak Jungle Trekking nak ke Canopy Walk.

Ada dua cara nak ke Canopy Walk. Satu,jalan guna kaki sendiri lalu kat hutan which is Jungle Trekking lah of course.Yang kedua,naik bot lalu sungai. Tapi naik bot ni kena bayar which is quite expensive lah sebab 2km je.Tapi kalau yang bawak family ada anak kecil bolehla naik bot. Tak silap aku rm20 kot ke mahal lagi emmmtah.

Okay,so startlah perjalanan ke Jungle Trekking dalam 2km. Sebenarnya aku mempunyai stamina yang tak mantap. Aku jenis renyah gila jalan jauh sebab selalu sakit kaki. PADAHAL MASATU AKU BARU 19 TAHUN WEH.

 Lepas naik bot,kami suruh diorang hantar terus dekat sini. Kena panjat sikit nak berjungle trekking ni.

Inilah yang aku maksudkan weh ='D Lepas naik tangga ni,akan ada resort atas ni.Hujung sikit ada anak panah tunjukkan jalan jungle trekking.Jangan risau.FREE sahaja.

Weh aku taktau aku terdelete atau apa tapi gambar trek jungle trekking takda langsung padahal aku yakin aku dah snap. Tapi trek dia sangat selesa. 

Aku pinjam ehsan google jela gambar ni.Inilah trek yang selesa yang aku sebutkan dekat atas tu =D

Jungle trekking ni 2 km so agak agakla berapa minit tapi penatla.Aku banyak kali suruh family aku berenti sebab tak larat.Hahaha tapi jangan risau, taman negara banyak sediakan kerusi tau untuk laluan jungle trekking ni.


Masih berfikir kenapa aku snap gambar ni dalam dslr....

Aku tak snap banyak la masa jungle trekking.(Tapi sumpah,aku rasa banyak gila aku snap).Entah la mungkin nama gambar sama,so gambar tu jadi hilang.Ah,apa aku bebel ni.

Lepastu,dah penat penat jungle trekking,hasilnya sangatlah berbaloi iaitu dapat hadiahnya ke CANOPY WALK! Tetiber dah sampai canopy walk tau.

Apa itu canopy walk? Okay,canopy walk ni dipanggil jugak as canopy walkways,treetop walks or treetop walkways. Or senang cakap canopy walk ni pejalan kaki hutan lah.

Untuk orang yang takut tinggi/gayat,hampa toksah naik ah satgi nangeh weh. Mak aku kan takut tinggi,so memang mak aku taknak naik.Tinggalah kami berlima without our beloved mom naik canopy walk ni.

Sebelum sampai atas ni,nak pesan awal awal lah yang hang kena panjat sikit nak sampai atas ni.Tahap dia macam naik tingkat 5. Tak tipu tak tipu T^T (tetiba nak nangis teringat semput tu sangatlah wow). Waktu ni musim cuti sekolah,so memang ramai orang. Jangan lupa beli tiket! And nanti pekerja situ akan panggil nama.Sebab canopy walk ni tak boleh ramai ramai jalan.Patah riuk papan tu satgi.

Boleh tengok masa canopy walk ni tutup & buka.

 Nanti kalau ramai yang dah lepas canopy walk ni, pekerja situ akan panggil nama family hampa. Macam aku "Keluarga Khairul Anuar" <-- ye ye je aku ni dia panggil camni. HAHAHA. Yangni masa dah naik atas.Kena naik tangga pulak untuk jalan dekat canopy walk ni.

 Tolonglah sapa seram patah je balik sebab canopy walk ni bukan satu ni je . Sebab ada dalam 10-11 canopy walk and dia punya ketinggian tu tinggi sangat yang pasti tak setinggi iman hampa yang makin menipis tu. Okay tak contoh aku ni.

 Abah jalan dulu. Aku membebel pasal siapa yang takut gayat jangan teruskan tu sebab dah jadi dekat aku.Makcik belakang aku baru jalan separuh dah patah balik.Tepuk dahi guwe.

 Dari hadapan: wiwin,kakak,and syafi

A serabai me: snap by kakak. Masani aku emo sebab gambar aku semua buruk termasuklah yangni tapi aku nak letak jugak muka buruk aku kat entri so ada buktila aku jalan dekat canopy walk yang gayat ni! Kah!

 Pernah ka wiwin tak annoying kat belakang tu?
Pesanan: kalau pakai selipar untuk jungle trekking & canopy walk ni pun okay.Masih sesuai jangan risau.

Comei sokmo weh anak mat saleh ni.Diorang jalan belakang kami tau.Pastu adik aku yang bongsu ni suka gila budak budak.So masa kami dekat dengan budak saleh ni,adik aku pergi pegang pipi dia weh.ASFDGDHAKLHS. Pastu budak saleh ni macam.. "hish" HAHAHA

You will love the nature more if you come here.I swear.

Jadi,untuk jungle trekking and canopy walk ni pun aku highly recommended untuk yang suka nature. Basically,tempat yang aku pergi dengan family aku semua nature punya tempat.Sebab mak aku suka nature and kami suka pun suka nature walaupun aku lembik sikit ah kaki malas berjalan (^^v)

Lupa nak habaq sebenarnya aku pergi Pahang ni awal tahun 2018.Sekarang dah 2019 weh.Tapi tulah,kegagahan aku menjadi kunci utama dalam menyiapkan entri ni sebab macam aku cakap di awal entri,blog sendiri paling menarik untuk dibuat baca ketika mahu tidur.

Thanks for reading,tamatlah entri Pahang 2018 aku.

Salam sayang,syadiya xoxo

P/s: sekarang aku tengah seronok layan running man sebab dah start cuti sem.Aku ada satu tahun lebih lagi nak habiskan diploma inshaaAllah.




DO LIKE