Thursday, 30 November 2023

My go-to zus drink

Assalamualaikum,

 Mukadimah entri blog ini adalah: ini bukan entri berbayar hahaha. Saja nak share ayaq apa aku selalu duk order kalau beli kat zus sejak semenjak starbuck duk sokong israhell ni

Btw rasa kelakar pulak sebab aku pernah buat entri pasal air tealive and sampai sekarang entri berkenaan ramai duk singgahπŸ˜†

Dulu kalau aku pergi zus selalu jugakla tukar tukar air. Kadang kadang aku ambik velvet creme latte, TAPI TAPI TAPIII sejak semenjak ni memang aku gemar ambik spanish latte. My always go-to drink is forever spanish latte sekarang tak kisahla with or without buttercream. Rasa dia cukup syahdu πŸ˜žπŸ’˜

Aku rasa this one spanish latter with buttercream sebab ada cam putih putih atas tu. Aku ni rajin sangat membeli zus sampai otak aku takleh nak brain itu spanish latte with or without buttercream wahahah


Yang kiri tu buttercream spanish latte mestiler aku punya. Yang kanan kakak aku punya dia saja nak try buttercream strawberry latte. Aku tak suka sangat air yang fruit based, so aku kasi 7/10 je kot. Rasa dia macam dutch lady strawberry? 

Btw kan, aku rasa barista mytown buat air sedap gilaa. Kalau dekat outlet lain sedap jugak, but barista mytown is on top paling bancuh ayaq spanish latte πŸ˜€πŸ‘πŸ‘πŸ‘


And finally aku beli jugak this spanish latte dalam botol sebab terpengaruh tengok intan najuwa minum dekat tiktok HAHAHA this one rm28+ tak silap aku. Boleh minum dalam 6 kali la jugak. Kat zus ni ada dua jenis biji kopi weh. Boleh pilih la kiranya which are boss & lydia. Aku selalu ambik boss aja sebab boss ni dia punya bijik kopi tu lagi pahit and rasa keras which i looooikeeeee. Plus aku also akan order less sugar untuk air aku.

Btw aku ada kisah funny ya dengan mak aku. Beliau tuang air spanish latte dalam botol yang aku belini didalam cawan, lalu beliau minum dan berkata:

"Rasa macam arang"

Nangezzz camtu je aku punya habitat genz suka minum air kopi dihentam oleh makku? πŸ˜”πŸ˜­ Pray for your fallen sister. Hahaha

Terima kasih kerana membaca doakan saya rajin letak entri lagi agar dihari tua dapatku membaca ayat ayat indahku :'D

Salam sayang,
syadiya

Tuesday, 21 November 2023

2022 Recap

Assalamualaikum,

Aku baru perasan even 2022 pun aku langsung takda entri diblogku ini. Marilah recap balik apa yang dah kulalui pada 2022. Aku pun tak berapa nak ingat apa jadi tahun lepas tapi aku cuba jela ek scroll scroll gallery telepon.

Buat IC baru


So on januari, aku buat IC baru sebab the 'latest' IC aku adalah muka sewaktu darjah 6 Pensivelepastu aku ada baca by the time umur 25 baru nak tukar IC nanti kena denda if not mistaken. Jadinya dikala umurku 23 tahun pada tahun 2022, aku pergila mengheret diriku untuk buat IC. Yang ini gambar nak pickup IC ok sebab nanti kena kecemss pulak nape pakai tudung cerah T^T dak, ni nak p pickup, waktu buat IC aku pakai tudung hitam.

Abah's retirement ceremony 


Abah aku pencen 2021 (if im not mistaken??) and majlis dia take place on 2022 pada bulan 2. 

Belajar mengait bahasa inggrisnya crochet


Aku mula mula mengait ni rasa fadeup gila sebab rasa cam.. "i cannot do this shit 
Pensive" tapi aku punya goals pada tahun 2022 dan kehadapan adalah untuk unlock one new skill. Jadinyaaaaa, 
 

Aku telah berjaya unlock skill berkenaan. Wahaha and im so happy. Not only i can make flowers, but i can make bag dan lain lain. Me love who?? Me love me😘

Make over rumah


Mak aku raji nak make over rumah balik, so belilah barang barang baru, bukan itu sahaja, aku and siblings aku also cat whole ruang tamu & ruang makan. 

Masuk u balik after covid


The last time i went to face to face class for my degree adalah sebelum covid which sempat 4 minggu aja, lepastu bertahun tahun class online kat rumah. Then masa dah last semester degree, dapat rezeki balik u jadinya happy nak mampos dapat jumpa rakan rakanku walaupun last semπŸ˜”

Celebrating raya aidilfitri


Went to Perlis for jalan jalan


Dah alang alang rumah kawan aku si teah dekat kedah (teah berada ditengah), terus la kita ke perlis. Ni dekat wang kelian view point cantik amat untuk gadis 20an yang sukakan view tiberhh.

Went to cameron highlands with fam

Kalau tak salah aku masani aku cuti sem, so mak aku ajak pergi cameron highlands 2 hari 1 malam and tak singgah banyak tempat sebab quite jem sebabnya cameron highlands bila ja tak ramai orang sila menangis.

Konvo diploma


Kisahnya aku habis diploma lama dah, tahun 2020 bulan jan, tapi disebabkan korona virus punya pasal, aku konvo pada tahun 2022 ye punyalah lama nak konvo dasar covid. I managed to get ANC (sila clap clap πŸ‘πŸ‘) . Finally a diploma in accounting holder. My tears and sweat are allll worth it.

Last exam for degree


Kisahnya walaupun aku masuk degree kelas face to face sewaktu last semester, examnya tetaplah online ahahah, it's an open book examination for almost every subjects tapi soalan KBAT dia boleh nangis guling guling

Tengok perarakan merdeka


Got a chance to see perarakan merdeka at ipoh. Best gila satgi kalau tua bolehla habaq kat orang yang diri kita pernah p tengok perarakan whahaha tiber sangat😭

Went to port dickson with fam


Aku rasa last aku pergi PD jalan jalan sana adalah masa kecik? Went to PD and tidoq sana 1 malam. Went to the beach, eat nice food. Overall best sebab pantainya cantik dan panjang.

My dear atok passed away


Most of my time dihabiskan dikampung bersama atokku. She passed away on her birthday. Tolong sedekah al-fatihah if you read this. 

Did my internship

Last semester degree aku adalah internship which i did from september 2022. Aku buat intern aku dekat office kilang near my house. All of them dekat office are super nice weh, cumanya part of me are quite regret sebab tak pergi intern dekat big4 hahaha 

Went to KL to jalan jalan 


Kakak aku duduk KL dah setahun masani, so aku and adik aku naiklah ets semata nak jalan KL.

Family day on december


This one is quite a highlight lah untuk 2022 sebab best and kelakar nak mampus family day belah mak akuπŸ˜­πŸ‘πŸ‘

Book i read


Untuk menajamkan minda aku, maka aku membacalah buku. 

Aku macam nak taip lebih banyak tapi seperti mulut yang kadangkala malas nak bercakap, sama jugak seperti nak menaip, malas nak explain tapi aku nak menaip. Hm faham tak? Hahahah. Aku rasa aku dah takdak skill nak menaip gamaknya. 

These are some things that happened to me in 2022 which tahun lepas sebabnya tahun lepas memang aku takda langsung menaip kat sini. I should visit and write here more often :( released la jugak stress secubit dua cubit walaupun blog ni public and anyone can get access to read it tapi ko baca jela. Kalau aku kutuk ko kat sini baru mai saman ok sebab setakatni memang aku bualkan tentang diri aku sahajer tambah tambah pasal gigi aku (read: braces muahahaha)

Thank you for reading,
Love syadiya

DO LIKE