Monday, 28 December 2015

Langkawi II-Pantai Cenang

Assalamualaikum,
Part I masa pergi Langkawi aku dah cerita.Gagah jugak aku nak cerita pasal pergi Langkawi 'je' kot.Bukan apa,kalau boring boring boleh ah baca balik entri lelama.Baca blog sendiri ke ?Eh haruslah.Tidakkah anda mengetahui bahawa blog sendiri adalah blog yang palik seronok?Kikikiki.

Jadinyaaaa,lepas kami semua blah dari Skycab atau bahasa sopannya menuju ke tempat lain,kami telah memilih Pantai Cenang untuk menjadi destinasi seterusnya.Orang cakap Pantai Cenang ni cantik,pasiaq dia gebu cam tepung.Sampai sesat sesat ah nak mencari pantai yang gebu ni last last bertemu jodoh jugak dengan kami semua.Teheee.





Masa sampai ni matahari dah pacak atas kepala dah.Aku pulak berpakaian hitam ala ala hipstur padahal dalam dah merenek renek peluh aku.Hang apa tau?! Ciss.Hahahaha.

Macam macam aktiviti boleh buat dekat sini.Jetski,Banana bot,Bumerang entah hapa benda lagi tapi aktiviti air kat sini memang banyak.

Bawak spek mata hitam datang sini sebab...ya seperti gambar diatas.

Nampaknya tak jadi acah acah pantai aku.



Masa aku tengah tangkap gambar,ada sorang pakcik tanya aku nak naik jetski tak.Pakaian aku menampakkan aku nak terjun laut ka macammana?Aku memang dah plan taknak mandi.Tapi aku tanya gak ah harga berapa.Dia cakap RM90 untuk 30 minit.Last last yang naik jetski adik aku si lelaki tu dengan sepupu aku.

"Jauh pergi,lagi luas pemandangan ye adik adik" kakakaka.Padahal dia tengah guide depa.

Tak sempat nak tangkap gambar dari dekat sebab depa excited nak mampus sampai blah macamtu ja.






Bincang pasal filem instax tak keluar gambar.Sampai 2 keping pulak tu tak keluar.Rugi besar guwee.


Para para jetski dah balik dari mengembara.Ciss.Lepastu kami semua pergi makan laksa,rojak dll dekat tepi pantai.Tapi si berdua ni tak habis mandi jugak lagi malah membayar RM30 lagi untuk berkayak.Jeles betul aku sebab satu apa aku tak naik dah ah baju tak bawak.InshaaAllah tahun tahun lain boleh datang naik jetski sebab kat sini murah.Hehe.

Thats all untuk entri kalini.Siapa yang first time datang Pantai Cenang,pastikan google map digunakan.Sebab japgi sesat macam kami.Takpun tanya lah orang orang Langkawi.

Salam sayang,syadiya.



2 comments:

DO LIKE