Friday, 21 August 2015

Medan,Indonesia (2014) PART 3

Assalamualaikum,
Blogger yang kunjung ke belog aku semuanya kebanyakan daripada Indonesia lepastu yang lain tulis dekat shoutbox pasal buaya. Maaf maaf T^T aku cuma nak bercerita tentang Travelog aku untuk tatapan semua tapi tak sangka buaya tu meletop letops. Hahahaha. Jadi, entry kalini mestilah entry  hari ke3 di Indonesia setelah hari pertama dan kedua disana dah pun aku ceritakan.

Lepas ke Istana Maimon, kami semua bertolak ke Bandaraya besar iaitu Medan.Serius weh besar gila aku agak macam KL lah.Cuma yang lebih powernya sebab pagi pagi buta lagi depa dah berhon sana sini . Di Indon, hon adalah perkara biasa untuk menegur pemandu/penunggang supaya ketepi.Tapi kalau dekat Malaysia, bunyi sikit hon orang dah mula nak bertikam lidah ataupun bergusti di tepi jalan.

Kami tidur di hotel (tak ingat nama) yang berada di tengah tengah bandaraya Medan.Rasanya tengahari jugak kami sampai ke medan, jadi petang tu kami semua decide nak naik entah kenderaan apa aku tak ingat namanya tapi ala ala tuk tuk di Thailand. Atau lebih senang aku cakap macam beca cumanya depa guna motor.





Bapak yang bawak kami ni sangat baik okay.Untuk pengetahuan, satu kenderaan ni boleh naik maximum 3 orang sahaja. Harga ikut sampai mana nak pergi.Masa ni kami tengah cari kawasan yang jual banyak kain baju sebab selalunya orang Malaysia datang sini nak cari kain baju yang lawa lawa dengan harga murah.Lepastu balik Msia kau bolehla jual dengan 2 kali ganda harga yang kau beli.Memang berbaloi okay! Hahaha. Tapi malangnya tak jumpak pun tempatnya. Lupa nak tanya Kiki (tourist guide).

Di tepi tepi jalan juga kami dapat lihat banyak wishes untuk orang kahwin macam gambar yang aku tunjuk dekat atas.Yang kreatifnya sebab semuanya menggunakan bunga termasuklah tulisan tulisan =)

Lepas dah berenti di tempat yang salah,makanya terpaksalah kami jalan kaki mencari tempat yang betul.Ni namanya usaha walaupun memang tak jumpak even pergi tanya dekat pondok pertanyaan pelancong =') sedih weh.Jadi, kami semua pun balik ke Hotel sebab dah maghrib.

Esoknya,kami ke Berastagi!Berastagi adalah part yang paling aku suka sebab suhu dia pun macam Cameron plus strawberinya tak masam dan juga pemandangan yang memang sedap mata memandang.Perjalanan ke Berastagi juga memakan masa yang lama.Dalam 5 jam lebih. Bila tempat yang dituju semakin hampir, kami singgah ke satu kedai ala ala 7E membeli segala jenis makanan dan disebabkan aku ni jugak jenis yang suka air lemon tea jadi aku pun belilah air tea botol.Malangnya tehnya sangatlah wangi sampai tak tergamak aku nak minum.Memang teh depa dekat sana jenis macamtu.



Tikar yang kami duduk ni bukan bawak ok! Tetapi haruslah dibayar dengan harga rm7 ke bawah aku dah lupa tapi tawar menawar masani haruslah dibuat . Alah nak lapik punggung je kot.Hahahaha. Berdepan dengan kami ialah Gunung Sinabung yang sedang meletus.Tapi waktuni taklah teruk sangat gunung Sinabung meletus.Start 2015 baru teruk rasanya sampai masuk berita.Selain itu,kami juga turut membeli strawberi sebab rasanya memang berbeza kalau nak dibandingkan dekat Cameron .Strawberi berastagi ni memang manis.Aku tak tipu okay!Jadi kami decide bawak balik sepaket untuk dibagi rasa kepada pakcik aku walaupun strawberi tu pun dah pun mengecut.Ekekeke.













Lepas dah seronok menikmati suasana yang aman dan menghirup udara yang nyaman, kami bersiar siar di sekitar kawasan ini menaiki kereta kuda.Sebenarnya yang naik kereta kuda ni cuma aku dan adik adik aku yang dua orang sahaja.Yang menunggang kuda hanyalah Abah dan Kakak aku.Aku sebenarnya kurang berani.Bukan penakut.Kuikui. Kawasan di sekitar Berastagi memang cantik senang cakap cantik sangat sangat! Lepasni kalau ke Medan bolehlah pergi ke Berastagi lagi sebab aku bagi 5 bintang okay! Harga menunggang dan menaiki kereta kuda ni aku tak ingat.Otak aku ni kuat lupa harga sikit.Harap maaf.Tapi yang pasti taklah sampai mencecah puluhan ringgit.Kuikui.Kawasan yang kami pusing ni memang cantik,boleh nampak kawasan kawasan Berastagi dan juga kebanyakan nya penduduk Berastagi ni gemar bercucuk tanam.Yalah,dah boleh agak dengan cuaca yang sejuk macam Cameron ni kan takkan kau taknak bercucuk tanam.


Selepas itu,kami buatlah sikit sikit sesi tangkap gambar berjemaah yang berlatarkan Gunung Sinabung.Di sini juga,ada tersedia photographer yang bersedia untuk menangkap gambar anda berlatarkan gunung Sinabung,siap boleh buat frame lagi.Tapi disebabkan weols pun dah ada kamera gedabak buat apa nak suruh photographer tu kan. Kedai kedai menjual pakaian juga ada disini okay.




harap maaf muka saya ditutup kerana zaman kecomelan tak sampai lagi pada waktu ini.ekekeke
Dah puas bersantai di sekitar kawasan ini, kami ke kawasan lain( juga di Berastagi) untuk membeli souvenirs dan buah buahan untuk dimakan.Masani aku beli beg je =( sebab macam aku cakap,ingatkan Medan banyak berjual macam macam rupanya tidak.Sedih sangat tau.Tips:di Berastagi,bila sudah menawar harga barang tersebut tetapi tak mahu beli dikira biadap.So,jangan tanya kalau takmahu beli. Sebab aku dah pernah kena marah.ekekeke.

Dah beli buah buahan dan souvenirs yang cipuut, kami meneruskan perjalanan balik ke Medan.Masani kami singgah di satu kedai untuk minum dan makan jagung bakar.Tapi part aku taktahan bila monyet monyet sibuk jugak nak makan.Dahla berlambak monyetnya.Paling penting,monyet monyet ni asyik nak pelahap jagung orang ja.




Kami memilih untuk minum air panas sebabnya kawasan kat sini masih sejuk.Tengoklah kabusnya!kopi luwak juga boleh diorder, tapi disebabkan ianya adalah kopi taik musang dimana Islam takboleh minum (najis okay) jadi kami semua minum nescafe dengan kopi sahaja.Jagung bakar disini berlainan dengan di Malaysia kerana kalau dekat Msia salut dengan majerin, tapi di sini depa salut dengan pedas.Memang pedas mulut aku.Dahla bibir pecah pecah.Sila bayangkan.Hahaha.Disebabkan monyet monyet pun sibuk nak pelahap jagung kami, kami decide makan dalam kereta dan meneruskan perjalanan pulang ke Medan =)

Entry kalini aku rasa cukuplah sampai sini, entry esok aku akan sambung pasal Medan iaitu  mencari segala kain baju .Thanks for reading! Toodles ;)

Salam sayang,syadiya.


2 comments:

DO LIKE