Thursday 20 August 2015

Medan,Indonesia (2014) PART 2

Assalamualaikum,
Aku sebenarnya  berkira kira sama ada nak sambung entry pasal Medan atau tak. Tapi disebabkan macam ada sambutan ja (konon gitew) jadi aku decide untuk sambung cerita walaupun ingatan aku ni sedikit sebanyak dah dimakan si anai anai. Ekeke.
Lepas kami ke Danau Toba, kami singgah ke Taman Buaya. Beratus ratus ekor buaya di bela di sini. Aku selalu ber "kalau" . Contoh, kalaulah Medan banjir, kalaulah buaya tu ngap tuan dia. Ya tuhan.Hahaha.Buruk fikiran ni.
Cuba bayangkan masa ni dia teringin nak pelahap kau. Hahahaha.
Ada setengah buaya yang diletakkan dalam sangkar macamni, ada setengah lagi duduk dalam paya/parit. Aku seram gila weh tengok. Semua buaya tu macam kelaparan ja nak makan kami yang tengah tengok depa.


Yang ini buaya yang duduk dalam paya.Paya tu pulak penuh dengan rumpai rumpai kecil tu sebab buaya ni nampak macam kena selimut hajee.Sebab dekat sini ada 'offer' jual itik untuk dibagi makan kepada buaya,sebenarnya itik hidup okay, jadi Kiki berhasrat untuk membelinya dan melempar ke dalam paya. Nak tengok si buaya buaya ni berebut bila makanan sampai. Seekor itik dibeli dengan harga rm15. Dah beli beli, dah baling itik tu ,dan tengah seronok seronok tengok si buaya buaya berebut itik pada waktu ituuuu, TAPI malangnya, itik tu boleh pulak terbang! Dia terbang menyorok dekat tepi paya sebab dekat situ ada pokok. Lebih malang bila itik tu menyorok lama sangat dan buaya tu macam dah kenyang 100 tahun ja so dia biar ja itik tu menyorok dekat situ. Lebih malang kami yang melihat sebab beria ria dah tekan record video tapi si itik lari! Sakitnya tuh
disini betul. Bila lagi nak tengok benda adventure macam ni weh T^T.Lama gakla kami tunggu itik tu menyerah kalah tapi macam tak mahu mengalah ja last last kami semua yang mengalah dan blah dari Taman Buaya. Untuk pengetahuan, masuk ke Taman Buaya ni tak semahal mana :) Bawah rm10 sahaja.

Selepas ke Taman Buaya, tempat seterusnya yang kami kunjungi ialah Istana Maimon. Istana Maimon ni keturunan melayu. Nama pun istana kan.Harga untuk masuk ke istana Maimon dah pun otak aku melupakannya.Harap maaf.Kalau nak tahu tanya lah Mr Google.


 
Sebab nama pun istana, haruslah segalanya bergold! Buat pengetahuan, sultan mereka yang sekarang ini baru berumur bawah 16 . Sebenarnya aku tak ingat umur berapa , tapi yang pasti muda banyak daripada aku. Nama sultannya panjang sangat cuma yang aku ingat nama sultan tu Sultan Jiji.


Bila pandang pandang ja muka Sultan Jiji ni terus cakap macam muka Ezzrin Loy.Sebijik sangat ok! Selain gambar gambar dan perhiasan serta barang barang sultan dan permaisuri , dalam istana ni jugak ada jual macam macam souvenirs untuk dibawa pulang ke Malaysia.Tapi yang paling unik, anda boleh berpura pura menjadi sultan dan permaisuri dengan menyewa baju sutera! Amat rugi untuk aku sebab aku tak mencuba. Aku bila pergi bercuti mood aku memang ke laut.Tu gambar pun cipuut je. Jadi yang hanya memakai baju ala ala sultan dan permaisuri yang memerintah rakyat dengan adil dan saksama adalah mak dengan abah aku.Ekeke. Untuk pengetahuan,sewa baju ni murah aje, kalau dalam ringgit malaysia, rm15 ke bawah untuk seorang.




Masa dalam istana, kebanyakannya aku beli magnet sebab orang orang rumah gemar bercuti dan membeli magnet peti ais.Buat himpunan momen momen indah la katekan dan juga membeli dompet kain batik 5 pieces dengan harga rm10 tak silap aku sebab masa ni haruslah bijak untuk  tawar menawar. Apabila anda dah sampai ke Istana Maimon, jangan expect yang ianya seperti Istana di Malaysia kerana jauh beza.Istana di Malaysia kebanyakan semua besar besar.Lepas dah puas menjelajah tengok atas kiri bawah kanan di dalam istana, kami ke luar untuk mendengar dan menonton dendangan seorang pakcik dan anak anaknya bermain alat muzik (aku taktahu nama alat muzik tu apa) tapi yang pasti semuanya lagu Melayu yang membuatkan aku si  bangsa melayu bangga.




Anak pakcik ni dua dua handsome tapi sorang macam fokus sangat dan sorang tu pulak tak reti nak senyum.Ekekeke. Ada sorang pelancong menyanyi.Rasanya dari Malaysia sebab dia reti nyanyi lagu Melayu. Ada dalam 40 minit duduk tengok depa. Lepastu sesi tangkap gambar di luar Istana Maimon pun bermula.

Sebenarnya gambar di luar Istana Maimon ni banyak,tapi disebabkan aku jenis yang memilih gambar sebelum letak agar tak malu pada masa hadapan, maka satu ni jala yang aku sertakan. Eekeke.Di luar Istana Maimon ni bagi aku cantik sebab ada air pancut dan taman mini yang cantik.
Okay, entry kalini cukuplah sampai Istana Maimon, entry seterusnya iaitu hari ke 3 di Medan, nanti aku akan cerita pasal kesibukan Medan dan juga seronoknya Berastagi.
Toodles! ;)

Salam sayang,Syadiya.

1 comment:

  1. terkejut bukak2 blog nampak buaya.. Hahahaha :D Pengalaman yang best la dapat masuk Istana Maimon tuhh.. Serius Maimon?? Hihi

    ReplyDelete

DO LIKE