Friday, 20 March 2020

REVIEW MOVIE: 93 days & Contagion

Assalamualaikum,
so harini aku nak review dua movie yang cerita pasal virus. Sangat relatable dengan situasi yang kita tengah hadap sekarang 😌

1. 93 DAYS

Movie 93 days ni berdasarkan kisah benar yang jadi dekat Nigeria bila ada sorang lelaki ni dijangkiti virus Ebola. So doktor doktor yang rawat lelaki ni kebanyakkan semua dijangkiti virus Ebola jugak. And the best part aku suka pasal movie ni sebab i love to see how Nigeria handle virus Ebola ni supaya tak merebak dekat rakyat depa yang ada 21 Mil. 
Rating aku: 7/10 sebab boleh educate rakyat Malaysia jangan gatai duk keluaq merata and appreciate frontliner yang berhempas pulas rawat pesakit sampai ada yang infected jugak.



2. CONTAGION
Movie ni tahun 2011 punya, tapi sangatlah relatable dengan apa yang jadi dekat dunia kita sekarangni. Mengisahkan tentang seorang perempuan named Beth yang mati lepas balik dari Hongkong sebab kena satu virus. And virus ni pulak senang gila merebak. Macam covid-19 jugak. Kalau salam pun boleh berjangkit. Kat sini pun macam kebetulan cerita pasal rakyat buat panic buying and kena quarantine. Sampai aku rasa macam... producer movie ni memang tauka covid-19 akan berlaku sebab situasi lebih kurang 😭😭
Rating aku: 7/10 

Thanks for reading!

Stay safe everyone, jangan keluar nanti polis kejaq hampa padanmuka. Kita duk ja rumah diam diam. Plus, tolongla kalau hampa adalah salah satu manusia yang pergi perhimpunan tabligh, tolonglah buat saringan. Bukan doktor tu nak p makan hampa pun. Jangan biarkan virus tu merebak sebab mencegah lebih baik daripada mengubati. Please remember that.

Salam sayang, syadiya. xoxo

p/s: day 3 quarantine, aku banyak kali dah buat coffee tiktok viral HAHAHA

8 comments:

DO LIKE