Friday, 20 March 2020

REVIEW MOVIE: 93 days & Contagion

Assalamualaikum,
so harini aku nak review dua movie yang cerita pasal virus. Sangat relatable dengan situasi yang kita tengah hadap sekarang ðŸ˜Œ

1. 93 DAYS

Movie 93 days ni berdasarkan kisah benar yang jadi dekat Nigeria bila ada sorang lelaki ni dijangkiti virus Ebola. So doktor doktor yang rawat lelaki ni kebanyakkan semua dijangkiti virus Ebola jugak. And the best part aku suka pasal movie ni sebab i love to see how Nigeria handle virus Ebola ni supaya tak merebak dekat rakyat depa yang ada 21 Mil. 
Rating aku: 7/10 sebab boleh educate rakyat Malaysia jangan gatai duk keluaq merata and appreciate frontliner yang berhempas pulas rawat pesakit sampai ada yang infected jugak.



2. CONTAGION
Movie ni tahun 2011 punya, tapi sangatlah relatable dengan apa yang jadi dekat dunia kita sekarangni. Mengisahkan tentang seorang perempuan named Beth yang mati lepas balik dari Hongkong sebab kena satu virus. And virus ni pulak senang gila merebak. Macam covid-19 jugak. Kalau salam pun boleh berjangkit. Kat sini pun macam kebetulan cerita pasal rakyat buat panic buying and kena quarantine. Sampai aku rasa macam... producer movie ni memang tauka covid-19 akan berlaku sebab situasi lebih kurang ðŸ˜­ðŸ˜­
Rating aku: 7/10 

Thanks for reading!

Stay safe everyone, jangan keluar nanti polis kejaq hampa padanmuka. Kita duk ja rumah diam diam. Plus, tolongla kalau hampa adalah salah satu manusia yang pergi perhimpunan tabligh, tolonglah buat saringan. Bukan doktor tu nak p makan hampa pun. Jangan biarkan virus tu merebak sebab mencegah lebih baik daripada mengubati. Please remember that.

Salam sayang, syadiya. xoxo

p/s: day 3 quarantine, aku banyak kali dah buat coffee tiktok viral HAHAHA

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI


OM suruh jawab soalan : Apakah  perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?

Jawapan : benda yang menceriakan hari aku sepanjang Januari 2020 adalah aku berjaya settlekan diploma in accounting aku ðŸ˜­❤️

Btw boleh klik gambar kat atas kalau nak join GA by Ombak Bergigi :)


Thursday, 19 March 2020

REVIEW MOVIE: 10 Things I Hate About You (1999)

Assalamualaikum,
dah lama aku tak melakukan apa apa dekat blog aku ni wahahah sebab biasala aku baru masuk degree pastu macam baru nak adapt dengan U yang baru kan, so makan masa sikit lah. Aku dapat sambung dekat UiTM Puncak Alam, and aku minta tukar UiTM Merbok and alhamdulillah aku berjaya tukar. Hoho

Btw please stay safe everyone, duduk ja dekat rumah diam diam. Paling kuat pun kalau bosan hang menangis ja sebab bosan sangat kan taktau nak buat apa. :')

Aku takda modal nak update apa apa dekat blog, tapi disebabkan aku ni kira macammm, suka jugaklah tengok movie, mehla aku review sikit demi sikit movie yang aku pernah tengok.

10 Things I Hate About You ni movie lama, tapi bagi aku dia masih relevan untuk ditonton. 

Genre: romance


Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Cameron yang baru pindah masuk satu sekolah ni, and which dia jatuh cinta dengan sorang perempuan yang kira hot dekat sekolah tu sebab cantik named Bianca. Bianca ni pulak ada kakak satu sekolah dengan depajugak named Kat. Tapi kakak si Bianca ni which is Kat ni pelik sikit perangai dia. Kira macam... tak ramai suka dia kat sekolah sebab ikut kepala sendiri ja.  

Si mamat Cameron ni pulak nak sangat couple dengan Bianca. TAPI TAK BOLEH ye sebab ayah Bianca sangatlah tegas. Bianca ni tak boleh bercinta selagi kakak dia si Kat tak bercinta. So bapak dia sejenis yang:

"Hang tak boleh bercinta kalau kakak hang tak bercinta!"

So kalau Bianca nak bercinta, kakak dia kena ada pakwe. Annoying kan. Apalah nasib jadi adik. Kahkah. So mulalah si Cameron & Bianca rancang nak carikan pakwe untuk kakak dia which depa upah sorang lelaki dekat sekolah depa yang macam weirdo dan bad boy gila named Patrick untuk try bagi Kat jatuh hati dekat si Patrick ni lalu menge-date si Kat supaya Bianca dan Cameron boleh jugak bercinta.

Adakah rancangan Bianca dan Cameron berjaya?
 Tengoklah sendiri =P yang penting cerita ni tak mengecewakan ye kerana Patrick handsome dan si Kat cantik! Hahaha tapi adik dia si Bianca lagi cute la sebab mata bulat.

Rating aku: 9/10 sebab adaptasi dari buku Shakespeare kot takkan tak seronok plus hero handsome hoho.

Lepasni inshaaAllah aku rajin dan aku review lagi movie banyak banyak :D

Salam sayang, syadiya xoxo.

p/s: lets pray that this corona virus akan cepat habis. Amin ya Allah

DO LIKE