Sunday, 20 December 2015

Tips:Penjagaan Instax

Assalamualaikum,
Instax kalau sekali orang tengok boleh cakap harga ribu ribu ah,padahal harga tak sampai pun ribu ribu.Jaga instax ni  jangan duk halai balai ja sebab ianya adalah sejenis benda yang agak sensetif.

Warna instax yang baru telah muncul! Ada dua warna iaitu raspberry dengan ungu.Tapi masa aku nak beli tu ada warna ungu je so aku decide beli ungu.Kalau nak raspberry kena tempah.Malas ah nak tunggu tunggu ni.Baik aku ambil je ungu ni.

Tips yang aku nak kongsikan ni memang sangat sangat berguna untuk maknusia maknusia yang baru beli instax.Jangan mengkhinzir buta menggunakannya hokayyy.Japgi baru sehari pakai dah inalillah ini kamera.Kekekeke.

1)Cabut bateri bila tidak digunakan.
Kalau tak bukak bateri bila tak guna,japgi ang punya instax tu akan berair air dan rosak.Nak ke?

2)Ubah mode mengikut keadaan.
Ada 4 jenis mode.Kalau gambar rumah mean maksudnya gunakan mode tu masa dalam rumah.Mode awan lak aku pernah guna,tapi apa yang terjadi adalah yang keluar hanyalah filem yang kosong!Penat mak temah kibah tau uols.Senang senang masa outdoor,guna mode sun.Memang akan okay.Jangan tersilap sebab...
Nah,ambik ang.Ini yang telah terjadi kepada aku.Bayangkan,sekeping filem dah rm2.50.Aku dah mencacatkan 4 filem bersamaan rm10.Jadi,berhati hati.Jangan jadi macam aku.

3)Letak filem instax dengan berhati hati.
Bila filem instax dah habis,mesti lah kita nak isi filem yang baru kan.Ushar ushar sikit dekat filem tu sebab ada satu spot yang sensetif.Mean kalau kau pegang,satu filem tu dah tak boleh guna.Bayangkan,satu filem ada 10 keping bersamaan rm25.

4)Beli beg/case instax.
Aku beli jenis leather.Banyak warna tapi yang ini yang nampak macam gah.Muahahaha.Harga rm55.Kalau beli dekat onlineshop mungkin akan dapat harga lebih murah.
Belakang beg ni ada tempat simpan filem.Takla dia berterabur merata hala.

5)Jangan tarik filem.Biar filem keluar sendiri.
Maksud aku disini,bila dah lepas tangkap gambar mesti tangan tu gatal gatal nak filem tu keluar cepat sebab tak sabar nak tengok gambar rupa camana.Lebih baik anda elakkan! Nanti merosakkan lagi.

Thats all yang aku boleh share.Semoga memberi manfaat buat pengguna pengguna instax =)

Salam sayang,syadiya.







Thursday, 19 November 2015

Result PAT.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,result PAT turns good.


Ini bukan untuk riak dan takaburrrr,cuma berkongsi kegembiraan yang diluar jangkaan.Terimakasih mak abah,cikgu cikgu,kawan kawan yang banyak tolong. daripada aku kosong sampailah dah berotak penuh.
Asek no dua je aku ni sebab i cant beat the first!Hahaha.Tapi inshaaAllah boleh.Cuma apa yang aku boleh cakap,UPSR and PT3 is not the end of your world.Positif kan diri kita sendiri walaupun aku rasa aku ni adala gak malang malang dia.Kekekeke.
Tak lupa juga,terimakasih yang tak berpenghujung untuk dak dak classmate 4 Akaun for the sweet and damn memories in this year! Taun depan dah SPM.Rasa macam budak budak yang layak lagi main gelongsor,papan jongket dan buaian.Haha!


Salam sayang,syadiya.


Tentang si Manusia Melayan si Manusia dengan Tidak Adil.

Assalamualaikum,
Entri kalini formal sikit.Semua orang pernah rasa agaknya.

Kita semua ada hati,yang diberi yang 'kadang' dihargai yang kadang dicerca,dirobek,tak cukup dirobek,dipijak sampai hancur.Sedih bukan? 
Apa yang hati kita selalu buat adalah yakin bahawa seseorang amat perlukan kita.Contohnya "dia bestfriend aku betulni"padahal baru mengenali dua tiga bulan.Eh betulke?Eh yakin sangat ke? Apa yang aku nak pesan disini,kita jangan seratus peratus yakin bahawa dialah orangnya!Yang aku cari selama ini.NO! WE WILL NEVER KNOW siapa yang akan setia sampai kita hembus nafas akhir,yang setia jadi kawan baik kita,teman rapat kita sampai kita hilang.

Aku jugak menanggung benda yang sama,terlampau percaya,terlampau yakin bahawa bila menganggap bahawa dia bestfriend,makanya dia akan yakin dan anggap yang kita juga bestfriend dia.But,who knows hidup ni bukannya selalu adil.Yang adil hanya si Dia. Kita main agak agak yang dia pun anggap kita "bestfriend" padahal dalam hati dia memanggil kita "hei bajingan!" "hei lahanat!" siapa tahu bukan?

Lepastu esok esok lusa dah macam tak rapat.Tiba tiba dia keluar dengan manusia yang lagi baik daripada kita.Bestfriend baru.Apa yang bakal kita rasa ? Sedih.Rupanya apa yang kita yakin selamani hanya dianggap sampah di tepi jalan yang disepak manusia.Haha! Apa yang kita rasa bukanlah pada seluruh anggota fizikal tubuh badannya, tapi apa yang kita  rasa adalah RASA PERCAYA yang sama sama kita yakin walhal yakin itu hanya terletak pada diri kita.


Allahu.Pengajarannya,DONT TRUST ANYONE. Ajar hati berdikari.Manusia akan pergi dan kembali. 

Salam sayang,syadiya.

DO LIKE