Assalamualaikum,
Entri kalini formal sikit.Semua orang pernah rasa agaknya.
Kita semua ada hati,yang diberi yang 'kadang' dihargai yang kadang dicerca,dirobek,tak cukup dirobek,dipijak sampai hancur.Sedih bukan?
Apa yang hati kita selalu buat adalah yakin bahawa seseorang amat perlukan kita.Contohnya "dia bestfriend aku betulni"padahal baru mengenali dua tiga bulan.Eh betulke?Eh yakin sangat ke? Apa yang aku nak pesan disini,kita jangan seratus peratus yakin bahawa dialah orangnya!Yang aku cari selama ini.NO! WE WILL NEVER KNOW siapa yang akan setia sampai kita hembus nafas akhir,yang setia jadi kawan baik kita,teman rapat kita sampai kita hilang.
Aku jugak menanggung benda yang sama,terlampau percaya,terlampau yakin bahawa bila menganggap bahawa dia bestfriend,makanya dia akan yakin dan anggap yang kita juga bestfriend dia.But,who knows hidup ni bukannya selalu adil.Yang adil hanya si Dia. Kita main agak agak yang dia pun anggap kita "bestfriend" padahal dalam hati dia memanggil kita "hei bajingan!" "hei lahanat!" siapa tahu bukan?
Lepastu esok esok lusa dah macam tak rapat.Tiba tiba dia keluar dengan manusia yang lagi baik daripada kita.Bestfriend baru.Apa yang bakal kita rasa ? Sedih.Rupanya apa yang kita yakin selamani hanya dianggap sampah di tepi jalan yang disepak manusia.Haha! Apa yang kita rasa bukanlah pada seluruh anggota fizikal tubuh badannya, tapi apa yang kita rasa adalah RASA PERCAYA yang sama sama kita yakin walhal yakin itu hanya terletak pada diri kita.
Allahu.Pengajarannya,DONT TRUST ANYONE. Ajar hati berdikari.Manusia akan pergi dan kembali.
Salam sayang,syadiya.
Betul tu dik kerana itu hukum alam.....apa yang kite miliki sekarang adalah pinjaman semata2, berlajarlah untuk melepaskan ;-)
ReplyDelete