Sunday, 14 May 2017

Nak jadi usahawan muda,lebih tepat perempuan paling kaya waktu muda.

Assalamualaikum,
Kalau budak akaun,mesti dah tahu konsep entiti berasingan.Di mana bila kau ada perniagaan,kau tak boleh sesuka hati tak bayar.Wajib bayar.Sebab sesebuah perniagaan dan kau adalah benda yang berasingan.Jadi kalo aku buat tudung brand aku sendiri pun,aku kena bayar.Waddefishh?!Tapi itulah konsep berniaga.Kalau tak, rugi besar la.

Kisahnya kakak aku dah habis matriks,dia cuti lama.Aku pulak baru nak start study balik (tak decide lagi sama ada aku mahu ke u atau ke matriks).

Pastu paling gawat masalah remaja perempuan termasuk aku pulak ialah hal tudung.I like shawl.But at the same time, i like bawal kanggarooooo more! Beli bawal saudya pun still tercarik carik bawal kanggaroo.Sebab bawal kanggaro ni look nice gila bila pakai.Kemas.Teratur.Nampak ayu.

Bila pergi stall jual tudung,bila tanya ja "ada tak bawal kanggaroo?" hampa jawapan semua takdak.So we decided to make our brand tudung.

Harga bawah rm10.

 Tudung bawal photoshoot gitew. Yang tudung biru tu kakak aku.Yang tudung koko tu cousin aku.

Young entrepreneur (inshaaAllah) yang gigih berphotoshoot di Marina Island.Semata mata photoshoot kot?! Dan rest in peace tujuh kupang padahal masuk dalam Marina ni punya lah sekejap.Cis.

Instagram dah ada, username : by.syas .
Boleh follow dah okay!=)

Salam sayang,syadiya xx.

Thursday, 11 May 2017

Hostel Atau Rumah Sendiri ?

Assalamualaikum,
Masa aku form5,aku duduk asrama dari bulan 3 sampai bulan 11.So kiranya tak sampai setahun pun aku duduk asrama.Dalam 8 bulan lebih ja.Kalau nak tanya samada lebih baik duduk asrama or duduk rumah sendiri jawapan aku senang,dua dua ada baik buruk.

TEMPAT BEST UNTUK BELAJAR?
My Answer:Hostel.
Sebab apa hostel?
Sebab ada waktu prep.Prep ni memang membantu buat yang baloq liat nak study dalam dorm,so hampa boleh luangkan waktu berkasih sayang dengan homework or revision masa prep.

TEMPAT BEST MAKAN SEDAP?
My Answer:Rumah sendirilah!
Takkan lah hostel bagi makan sedap T^T.Kalau nak dapat ais ketul pun memang payah la bila masuk hostel.So bila duduk rumah sendiri ni memang boleh makan apa yang kita mahu.

OVERALL AKU SUKA HOSTEL ATAU RUMAH SENDIRI?
My Answer:Rumah sendiri of course!

KENAPA RUMAH SENDIRI?
My Answer:Sebab tak banyak buang waktu dari segi membasuh baju sebab hostel aku takdak mesin basuh.Guna tangan.Tapi ada setengah hostel ada.Depend lah.
Sebab lain,aku kena bangkit awal nak mampus masa duduk hostel.Around 5 am mesti dah mandi.Kalau aku duduk rumah,6 30 baru aku bangkit.HAHAHA.Sebab rumah aku sebelah sekolah.

Dan lebih penting,bila duduk rumah,kalau kau buat salah pun kau sendiri yang tanggung.Macam duduk hostel,warga asrama akan cari cacat cela aib kau di mana mana.Malah mungkin mereka selak karpet untuk mencari salah kau.

Kenapa duduk hostel kalau rumah sebelah sekolah?
Sebab masa aku form5,parents aku pergi haji.So memang takda sapa boleh jaga makan minum.Lastly duduk hostel.Pastu bila nak keluar,ketua warden dah tak bagi.Hm tak tak ,tak rasa nak mencarut pun ok.Saya ni ikhlas orangnya.

Sebenarnya hostel atau rumah sendiri,dua dua ada pro and contra.Tapi dah aku suka rumah lagi nak buat cenna.*matadiatastangandibahu



Salam sayang,syadiya xx.

RESEPI:Cheesekut Lemak Manis yang tak perlukan oven

Assalamualaikum,
Entahlah sejak semenjak ni cheesekut jadi favourite food seisi rumah la pulak.Dah dua kali repeat buat dan bukan repeat order.Bagi aku,lebih baik buat dari beli sebab jimat.Ahhh,aku memang kedekut.Bukan kedekut,tapi jimat dalam bahasa lembutnya.

Nak guna mixer macam Anna Olson pun boleh,nak guna blender pun boleh,nak pukul guna pemukul telur pun boleh.Dan yang peliknya aku guna manual punya mixer.Tak pernah guna.So try guna.Memang gebu hasilnya.Yay jimat letrik!

BAHAN BAHAN:
1)Nestum original
2)Susu full cream or low fat pun tak mengapa
3)Susu pekat 3/4 tin (kurang lagi bagus)
4)Biskut crackers
5)Keju jenama tatura or jenama lain pun tak mengapa.

CARA CARA :
1)Masukkan kesemua keju tatura dan 3/4 tin susu pekat .

2)Masukkan susu cair 3 sudu dan adunkan.

3)Lepas mix kan,akan jadi macamni tau.Bagi jadi sampai kembang=)Pastu boleh rasa,agak agak kalau rasa tak sedap ditekak,boleh tambah susu pekat or susu cair.

Dan,biar dulu adunan keju lemak maneh ni ketepi sebab kita nak celup celup biskut.

 4)Celup biskut dalam susu cair dutchlady.Jangan lama sangat sebab nanti lembik sangat.

 5)Susun dalam bekas cecantik macamni lepas dah celup.Malangnya bekas aku ni tak ngam ngam.Terpaksa ku kepakmu wahai biskut=(

 6)Lepastu,jadikan adunan krim lemak keju ni sebagai lapisan kedua.Takpayah tebal sangat pun.Tapi ikutlah memasing nak buat macammana.

 7)Lapisan ketiga,tabur nestum.

Dan ulang balik proses celup nestum sampai bekas penuh.

Dah siap sampai layer atas,boleh masuk peti sejuk,tunggu sampai keras dan boleh masuk mulut dengan selamatnya❤️❤️

You can use my photo if you want=)

Salam sayang,syadiya xx.

DO LIKE