Sunday, 18 December 2016

Lepas SPM nak..

Assalamualaikum,
Masa aku tak lepas SPM dulu,setiap hari aku ulang ayat yang sama dekat kawan kawan aku,mak aku,abah aku,adik aku ntah sapa lagi ntah yang berbunyi :
"lepas SPM nak menjahit"

"lepas SPM nak belajar memasak bagi pandai meletop dabomb umph"

"lepas SPM taknak kerja,nak online shop ja"(pikiaq senang?)

"lepas SPM nak qada'tidur aku yang dulu masa tak cukup tido masa nak exam dulu ni"

"lepas SPM nak kemas bilik balik,ha gambar tertanggal tanggal"


and the good news is:
I .Still.At.Home.Bermalas.Malasan without doing anything.
Ada ah sekali dua aku terpaksa masak cedok resepi kat internet sebab mak aku tinggal aku pergi kerja dengan sengaja tak memasak.I should learn to cooking right?Alone right?Ntahla.Aku letak garam,gula macam "wat izikkk" "apa aku buat ni " "manis ah" "masin sgt" "letak benda ni ah,nampak ok" haa macamtu.Hahahahahaha.

Pastu,dah aku lek lek acah taknak kerja nak duduk rumah nak bukak online shop,aku mula terpikir "Aku terpaksa menanggung risiko untuk menjadi usahawan".Aku budak akaun  dan the most important:budak Ekonomii!Mestila aku tahu dengan jelas dan terperinci yang usahawan ni kena tanggung rugi woo.Aku tak mauSerius aku masih muda untuk menanggung risiko walaupun sebelum SPM aku kencang duhh nak bukak Online Shop.Huh?

Pastu aku mula terfikir ,i have a better plan :

"I should find a job".Pastu aku bagitau mak abah aku,depa setuju.Tapi aku yang pemalas nak cari kerja.Aku rasa nak kerja dari rumah...Tapi pikir senang?! 
Sampai aku yang daippp sangat ni memain dekat whatsapp tulis sesiapa yang nak ambil aku kerja bibik (beserta nombor telefon) sila inform.Desperate sangat tak?=)
Mak,Abah,Makcik,Dan segala manusia yang dekat dekat dengan aku banyak bg idea dekat aku nak kerja mana.Sampai aku pernah terfikir dan bgtau mak aku:"Mak kalau ada kawan mak yang ada anak kecik bgtau la.nak jadi baby sitter".Tapi ni memang kena bantah nauzubillah mashaallah subhanallah ah dengan mak aku.Katanya tak berbaloi.Pegi cari kerja yang lagi bagus dari memenatkan diri sendiri.Hang ingat senang? (ayat bagi drama nak mampus sikit)

Jadi,muktamadnya aku memang harus mencari kerja sebab kalau aku tak kerja aku takda duit dan aku akan menjadi pompuan yang lifeless in this planet yang ekonominya tengah meleset.

Baik i kawen je lar you.

Salam sayang,syadiya.xx



Wednesday, 14 December 2016

END - NEW YEAR GIVEAWAY BY IZZATI ATHIRAH

Jemput join giveaway from Izzati Athirah.Untuk lebih lanjut klik je gambar kat atas ni=)

Saya letak gambar ini :
Throwback;I went to Kem Gemilang by my sekolah before SPM.Kem yang banyak diberi nasihat,motivasi dan tak lupa juga,all of us studying at there(Hotel SSL Traders,Taiping).Salah satu motivasi,pasal belon.Tukar dengan kawan.But i refuse! Hahaha.Sebab aku taksuka budak tu.Jahat gila omg.Aku mintak balik belon aku.Cikgu suruh jaga belon ni.Aku jaga sampailah balik kem.Bayangkan dahla usung beg balik kampung.Dengan belonnya.Susah ya amot.And aku berjaya bawa balik belon ni sampai masuk hostel(budak hostel).Aku conteng conteng.Then one day,aku seronok conteng,belon ni pecah.Aku conteng apa?Aku conteng benda yang berbaur nasihat dekat aku.Contohnya : Kalau tak tahan lelahnya belajar,maka tanggunglah peritnya kebodohan(Imam Shafie).


Tuesday, 13 December 2016

Universal Studios Singapore

Assalamualaikum,
7hb itu hari aku pergi USS.Pergi balik hari ja.Tak mampu nak stay dekat hotel sana harga mahal nak mampusss.1 dolar singapore bersamaan dengan RM3.10.Baru search google tadi.Ahahaha.Aku masuk USS harga sebenar 74 dolar.Tapi ada uncle cina dreba bas tolong belikan dapat 70 dolar.Masuk memang takyah beratur sebab awal sangat perginya.
Pakai travel agensi mana?
Abah decide to not using mana mana travel agensi sebab lagi mahal rasanya harga?Konsep;main redah.Sepanjang 3 negara aku pegi,pegi Singapore ni ah first time main redah kot.Aku macam was was.Tapi dalam hati 'asalkan sampai sudah'.
Mula mula nak naik bas yang katanya rm5 je dah boleh sampai USS.Tapi bas tu lambat.Sejam sekali baru sampai.Makanyaaa,redah dekat bus stop Johor Bahru.Tanya satu uncle cina yang tengah baca sotkabar "mana bas nak pergi uss?" pastu dia tunjuk dekat satu bas yang nak jalan dah.Naik situ.Itu bas untuk pekerja singapore yang duduk dekat JB sebenarnya.Uncle cina sot kabar ni cakap RM8 ja.Tapi naik naik,uncle cina yang bawak bas ni cakap "RM 10" ah ok latu.Double.Dasar penipuu tadi memula cakap RM5-.- Hahaha.

Pastu sampai Woodlands,cop pasport.Aku taksuka pegawai imigresen singapore.I thought depa bisu.Dahla muka masam-_- Omg scary macam em malas ah nak ingat.Then,gegas pergi dekat bas balik.Aku tak menikmati pemandangan.Aku qada' tidur aku yang dulu bekas aku bersengkang mata study masa SPM.hahaha.Tapi lama gak ah sampai USS.Tahla lama ke tidak atau mata aku ni yang ckp lama?Sampai sampai dalam pukul 11 .30.Masuk masuk rasa heavennya!

Abah cakap jangan buang masa.Sebab takut tak habis main.SOOO,benda first yang kami masuk adalah :
1)World's First Sesame Street Spaghetti Space Chase
Ni dekat luar.Sesame Street ni pasal Elmo.Elmo yang comelll.Serius comel.Dekat dalam Sesame Street ni banyak pasal galaxy.Kalau masuk dalamni,fefeeling dekat galaxy,nampak elmo makan spagethi.Aku banyak tak snap dalam Sesame Street ni sebab susah sikit nak snap dan tak nampak sangat pon keadaan dia macammana.

2)World's Tallest Dueling Roller Coasters
Bagi gelap sikit agar menampakkan effect yang takut dekat belakang tu.Kahkah.Ini paling seram aku rasa dan tak dapat ditandingi oleh mana mana benda lagi dah.Dia punya menjunam tu!Menangis weh menangis!Tak sebenarnya tak sempat nak nangis pun sebab dia laju sangat.Mata aku ni jadi hangat hangat sebab laju sangat udara masuk mata sampai berair.Like seriously?! Mohon pergi dan try.Sekali seumur hidup je yols.

3)World's First Transformers Ride
Transformer ni 3D punya.Ini pun memang tak allowed nak bawak camera,fon untuk rakam ke apa.Bahaya sebab transformer ni bergoyang sana sini.Tapi ni paling aku suka plus buat aku sakit badan tahap gila punya sebab lama dan menakutkan.Go try.Seronok dan seram.

4)Revenge of the Mummy
Mumia ni pun sejenis yang seram weh.Serius seram.Segala gambar yang aku letak ni semua dekat kawasan kawasan tempat tu ja.Sebab kat dalam dia takleh bawak camera pa semua.So segala binatang tu aku tinggal dkt mak aku.Mak aku tak naik.Mumia tu macam ride gak ah.Tapi ekstrem.Macam transformer jugak cuma mumia ni sat sangat.Ah tak puas! Go try.Ni seronok.Tah semua benda aku cakap seronok.Ahahaha.

5)Shrek 4-D Adventure

Ini dalam far far away punya kawasan.Belakang tu istana Shrek dengan Fiona.Dalam ada panggung wayang untuk tonton kisah Shrek 4D.Ini memang 4D melampau.Bayangkan keldai si Shrek tu bersin sampai terpercik air dia dekat aku.Geli nak mampus walaupun air biasa je dia pancut kat aku.Aku dah "eiuu" Hahahaha.Dalam pun tak tangkap gambar.Banyak outdoor je.Indoor bagi aku untuk menikmati game jer.Hahaha.Ha,semua dan segala tok nenek yang ada dalam ni FREE kecuali lah pergi makan dengan ole ole punya kedai tu.

Tak silap aku,lepas Shrek 4-D ni kami pergi makan jap.Bawak roti sorang sebungkus ja kot.Tu pun kebulur lagi.Hahahah.So peringatan:bawak roti 5 bungkus.Lagi murah dari makan dekat sini.Asal kenyang perut.Tak pun bawak ah makanan sendiri.Nasi lemak ke.Pekerja sini takdanya nak check.Kami makan dekat kedai dalam USS ni.Aku tak ingat nama kedai dia apa.Tapi mahal lah bagi orang Msia.Sebab total kami makan 32 dolar kot.Kalau convert ke RM jadi lahh RM99=') Padahal yang kami makan hanyalah Fish and Chips dua set,air coke 3.

6)World's First Puss In Boots Roller Coaster
Ha,yangni memang jelas nampak roller dia.Masa first aku naik roller aku macam dah penat.Seriously banyak gila kot roller coaster T^T Kalau aku tak naik nanti adik beradik aku cakap apa pulak.Layankan jalah.Lagipun sekali seumur hidup.Tapi aku rasa nak datang lagi pasni.Tunggu kaya gila gila baru aku datang balik k?Hahaha.Puss In Boot punya roller coaster ni pun mencabar jiwa aku jugak.Adrenaline merembes dengan teruk aku rasa masani.

7)Jurassic Park Rapids Adventure

Jurassic Park ni fav aku gak.Sebab aku basah lencun gaklah! Dahla tak bawak baju salin!Kat luar lepas dah lencun ni ada tempat bagi dry.Tapi of kos ler bebayar.Aku mana kaya sangat nak dry dry bagai ni.So aku biar ja.Start dari jurassic park ni la aku dah jadi sememeh like wad izikkk.
(Sumber google)
Ni aku cedok google ja.Pelampung macamni kami naik.Tapi serius seronok!Go try please go and tryy u.u Hahaha.Peringatan:Bawaklah baju lebih siap siap.Sebab ada setengah orang yang tak basah.Macam aku memang basah jugaklah.

8)Jurassic Park Roller Coaster
(sumber:google)
Ntahla berapa banyak roller coaster dah aku naik weh.Tapi serius semua menakutkan.Takdak lagi roller coaster yang tak menyeramkan aku.Sumber google sebab tak sempat nak snap.Masa aku terhad.Tapi seronok roller coaster jurasic park ni sebab boleh tengok kawasan dekat USS.

9)World's First Madagascar Ride
Waktu ni dah pukul 4 10.Nak kena pergi dekat uncle china bas tu balik pukul 4 30.Memang takut tak sempat.So aku ada gambar ni ja.Kahkah.Bosan madagascar ride ni.Kalau ada dak dak kecik mungkin seronok.Sebab dalam air dan tengok lion,zebra and lain lain joget joget and banyak kartun jelah.Ni sempatla kalau nak rest jap.Not bad.Hahaha.

Semuanya ada 10.Aku sempat 9.Satu lagi tak sempat.Water World Jurasic Park.Nanti kalau aku banyak duit lagi,aku akan pergi Water World Jurasic Park first sekali sebab benda ni ja yang tak sempat.Doakan saya jadi kaya ya gais?Hahahaha.

Mesti ada yang pelik sebab aku tak bergambar dengan patung patung elmo or firaun bagai macam Kak Paten kan?Tahla nak oi.Segala benda tu takda pon masa aku datang u.u Elmo adalah dua tiga.Tapi beratur panjang gila dan yang beratur semua dak dak kecik.Bagi peluang lah ko dah tua syadiya u.u 

Oklah,sesiapa yang nak pergi USS.Bolehla ambik peringatan dekat atas atas ni yang aku dah bold.Aku tak sempat pergi Merlion.Tak cukup masa.Thanks for reading!=) Salam sayang,dikya.



DO LIKE