Friday, 11 September 2015

Aktiviti Menanam Pokok

Assalamualaikum,
di petang hari yang hening selalunya aku buat taik mata sebab hidup aku ni kan cam hectic jarang nak beriadah jengah keluar hirup udara segar belakang rumah kepe.Jadi tadi tak ku sangka dan tak ku duga,mak aku memborong banyak gila pasu pasu bunga.Dia cakap nak menanam pokok cabai (cili).Aku pun macam endah tak endah sebab aku tahu pokok pokok dengan pasu pasu tu semua takda kena mengena dengan aku.Ayat bangga macam memang takkan jadi mangsa anak buah mak nak menanam pokok.Sobs.
Jadi tadi,aku pun nak melelapkan lah mata buat kali kedua setelah selesai membasuh dan menyidai baju pada pukul 4 30.Tiba tiba,aku dikejutkan dengan suara seorang ibu yang sayup sayup mengetuk pintu mengatakan:
Adik,jum tolong mak tanam pokok.
I was like OMG!Tertimbus niat suci murni nak tidur,tapi disebabkan aku seorang anak yang taat lagi menghormati ibu,maka aku pun terus menyalin baju,pakai tudung lelawa sikit sebab nak tolong mak aku menanam pokok.Mesti si pembaca menyoal perlu ke lawa lawa?Haruslah,baru lah pokok tu tumbuh! Hiks (takda kena mengena) padahal aku dah target nanti nak masukkan gambar gambar dalam blog buat tatapan pembaca pembaca sekalian =)
Pokok yang akan ditanam adalah pokok cili dan juga pokok anthurium.Nama kemain gah ye kau pokok.Tapi sebenarnya penanaman lebih kepada pokok cililah.Pokok cili ni dah lama mak aku beria nak tanam sebab makcik aku tanam pokok cili berbuah lebat gila so takpayah nak pergi beli dah.
Mak aku ni jenis semua benda kalau boleh nak tanam.Haritu pokok pelam,pastu kangkung,pastu halia.Bukan apa sekarang ni jimat kalau tanam.Cuba tengok bunga kantan sekarang satu dah rm2.Mahal tau! Lebih baik menanam dapatlah 2,3 buat laksa free bunga kantan.Ni tidak,mahal nak teriak aku.

 Jadi,pokok yang ditanam adalah anak anak pokok cili yang comel dan menawan.Ada setengah dah layu sebab kesibukan hidup membuatkan anak anak pokok cili ni terbiar seketika oleh mak aku.Sorry pokok cili.Harap awak tabah.Hahahaha.Nama pun nak menanam,maka haruslah yang wajib ialah pasu.Nampak tak pasunya banyak mana?Sayalah yang mengangkutnya turun dari kereta.Semua pasu baru beli dari kedai pasu india.Ekekeke. Aktiviti petang ini bertiga sahaja.Aku,mak dan si kecil adik aku,Wiwin.

Sebelum meletakkan tanah ke dalam pasu,perlulah beringat untuk menutup lubang lubang pasu tersebut.Japgi kalau tak tutup tetiba tanah terkeluar dari bawah jangan nak kerek cakap pokok tu berak pulak.Hahaha! Tugas aku tolong mak aku 'senang' je.Angkut tanah yang ala ala dah dibakar belakang rumah.Tupun mengah nak mencangkul sebab peralatan untuk menanam pokok ni semua dekat rumah lama.Jadi segala peralatan yang ada harus bijak digunakan.




Lepas dah angkut tanah bakar tadi,masukkan setengah dalam pasu.Lepastu,masukkan pulak tanah lain.Aku taktahu tanah apa tapi yang pastinya tanah tu dalam guni besar tu.Makcik aku bagi dekat mak aku.Lepas dah masukkan dua dua,gaul sebati.Macam main masak masak pulakkan =) Lepastu buat lubang sikit,masukkan anak pokok cili tadi dan timbus guna tanah.Masani aku kena complain dengan mak.I said to her:
Mak,perlu ka guna tanganni?Gelinya.
Mak:Lepastu macammana nak tanam asdgfghjkl .
   Sendu gila tau mak cakap macamni.Hahahaha!Pastu mulalah aku teringat,dulu mak pernah cakap dekat aku : Budak sekarang ni nak tanam pokok pun tak reti.Semuanya menanam dekat facebook.(farmville)
 

Jadi,lepas dah tanam cecantik,bagilah anak anak cili ni minum sikit supaya cepat besar jadi cepatlah tuanmu boleh makan cilisss bebanyak.Pokok cili sudah selesai! Makanya,pokok kedua seperti yang aku sebutkan juga ditanam iaitu pokok anthurium! Pokok anthurium ni tanam anak anak dia jugak.Mak aku beli rm14.Dekat pasu tu tepi tepi melekat anak anak anthurium.Dapatlah dalam 6 anak pokok bila diasing asingkan.Pokok anthurium tu acana yaa? 
Inilah pokok anthurium ya anak anak.Pokok anthurium ni sekali tengok macam tak percaya je betul atau plastik.Pastu tadi mak aku hias letak tepi rumah.Then abah cakap "ni plastik ka betulni?" Hahahaah! 
Anak anak anthurium yang boleh ditanam yang warna hijau kecik kecik bawahtu =) gambar tak disertakan sebab masani aku dah letih menolong.Baru sekali weh.Belum banyak kali lagi mengadap tanaman tanaman hijau ni.Paling seronok badan memang sihat sebab peluh merenek renek keluar.Karangan bm lepasni haruslah menulis tentang faedah berkebun ataupun menanam pokok.Kuikui.

Jadi,setakat ini sahajalah my first experience menolong mak menanam pokok.InshaaAllah ada rezki tanam anggur lak saya akan kongsikan ya.kekeke.

Ohya sebelum terlupa,kamera yang aku guna ialah nikon d3100 yang berabad punya dah.Kamera ni dibeli sebenarnya kepunyaan mak aku turun dekat aku sebab aku je macam reti guna.Harga?Masa beli 4 tahun lalu rm1300+ gitu lah.Sekarangni mungkin dah murah sebab dah 4 tahun berlalu.Okay tuje.

Salam sayang,syadiya.
 

Tuesday, 8 September 2015

Hambar.

Assamualaikum,
Hujung bulan 8 haritu,aku dengan family aku ada pergi Pinang.Kami pergi Pinang tak bawa kereta senang cakap saja nak rajinkan kaki naik feri pastu ambil bas rapid bila dah sampai Pinang.
Weols decide nak pergi stadium sebab dekat dekat situ selalunya ada pekan jual barang barang antik atau unik yang jarang jarang dapat.Senang cakap pekan serba serbi.Tengah seronok jalan jalan, ada 3 orang lelaki jual satu benda.Sebenarnya,menarik perhatian perempuan je sebab lelaki tengok mesti cau termasuklah abah dengan adik aku,nak nak lagi masatu pulakla nak hujan! Tapi disebabkan kesian dekat aku yang macam teringin sangat je nak beli benda tu,mereka pun menunggu puteri segala puteri ni cakap "nak beli nak beli"
And,lastly i bought it.Hahaha! Sebenarnya ni ala ala getah rambut tapi perempuan yang berambut panjang jela mampu menggulungkannya.Kalau jenis rambut pendek memang keinginan nak guna benda ni sipi sipi.Aku start teringin benda ni bila si penjual tu test benda ni dekat rambut palsu patung diorang.Maka,aku pun meminta lah sedikit empati dan simpati mak aku.Dapatlah 3.Satu harganya rm5.

Sebenarnya benda ni tak pernah aku nampak jual lagi dekat tempat aku,sebab tu aku cam excited gila beli =')

Lepastu balik balik,start lah mencuba tapi malangnya rambut ni tetap terburai senang cakap gulungan tu tak menjadi.Aku punyalah excited terlebih lebih tengok tengok hasilnya zero.Jadi,mintaklah empati dan simpati suruh mak try buatkan kat rambut aku.Last last jadi. Bila masanya nak jadi? Bila orang lain tolong buatkan.Tu yang HAMBAR sangat tu.

Benda ni sekarang jadi hiasan je kat bilik.Buat buat tenung, buat buat awak pandang saye,saye pandang awak je weh =') Jadi,sesiapa yang berminat nak beli second hand saya punya twist bun tu pm lah ya.Hahaha!

salah satu cara nak pakai.
Salam sayang,Syadiya.

Saturday, 29 August 2015

Kening.

 Assalamualaikum,
Zaman remaja adalah zaman yang bad-sad-pathetic gila.Ini yang selalu aku dengar, bad-sad-pathetic tu bukan sebab apa,tapi cuma satu.Sebab muka naik pimples!Zaman sekarang nilah,dari form one sampai sekarang try macam macam produk.Paling sobs masa aku tahun lepas (form3) muka aku teruk sangat =') Aku ni jenis manusia malas nak pakai pencuci muka.Tambah lagi bila malam.Rasa macam nak tidur terus malas berus gigi dengan cuci muka.Terus bum! Memang teruk sangat astagfirullah ler bila ingat balik.Selalunya pimples ni akan menjadi mangsa untuk dipicit.TAPI sayang,pimples ni suka bawak geng geng dia mai serang satu muka.

Atok aku pun jenis rajin gak beli pencuci muka dekat mek siam.Dia saja beli.Tapi bila cucu dia tengok mulalah mintak satu.Muahahaha nak try okay bukan sesaja sebab rasa muka teruk gila T^T . Muka aku sangat lah hirang(hitam) sebab tak guna pencuci muka tapi sebenarnya aku ni jenis warna kulit biasa.Bila compare dengan tangan aku macam langsat dengan daun kering.Masa ni tak fikir apa dah sebab kemalasan aku lagi banyak daripada kerajinan aku nak sucikan muka aku.Last last aku try produk atok aku yang aku mintak ni.Bukanlah produk yang diiktiraf macam Dynas atau Qu Puteh bagai, tapi asal pakai pimples hilang pun aku dah okay.

Aku try pakai dari bulan 12 sampai tahun ni,semua orang tanya "pakai apa nampak cerah?" "pakai apa jerawat kurang?" rasa macam KO NI NAK PERLI KE KO CAKAP SERIUS KAN T^T hahahaha.Last last memang betul la banyak beza muka aku dulu dengan sekarang.Start tahun ni dah matang sikit tahu guna pencuci muka banyak kali sehari.

TAPINYA,
Aku macam terperasan,something wrong somewhere bila kening aku macam dah tak lebat.Tak, maksud aku bukan tak ada kening, tapi nampak macam kening aku ni nipis sebab aku memang manusia yang kening tebal.Orang cakap kening tebal cantik *kejip kejip mata.Sebenarnya aku pun cakap gitew.Muahahaha.Aku lupa pulak nak bgitau yang muka kakak aku ni sama,cuma yang berbeza juga adalah kening aku lagi tebal.
Kening dulu
Jadi,suatu hari,kakak aku tanya "adik kenapa kening macam dah takda?" maybe masani dia rasa kening dia lagi tebal.Wah biadab.Hahahaha. Jadi startlah tanya orang tu orangni termasuklah the whole family!

"Mak perasan tak kening adik dah nipis?"


"Abah perasan tak kening adik macam dah takda?"

"Weh syafi,tengok kening aku.Macam takda kan?"

Sampailah tadi, pergi rumah Maklong aku sembang dengan anak dia,dia ni suka decorate muka orang(makeup),lepastu dia cakap nak make up kan aku sebab kening aku halus.Then i ghase nak nangis sebab biar betul kalau dah sepupu aku pun boleh perasan?!Balik rumah atok,terus tanya lagi mak buat keberapa puluh ratus kali plus makcik makcik lain pun tengok gak kening aku yang daif ni =')

Sebelum ni pun aku macam gelisah tak menentu kotla pencuci muka yang aku pakai telah menghakis segala bulu yang ada di muka aku atau kening aku jadi halus sebab aku ni ada terkutuk sesapa *tersedak .Jadi,aku pun startla search google "cara melebatkan bulu kening" comel betul ayat aku untuk mencari.Hahahaha.

Kening sekarang

Buat masa sekarang,aku boleh percaya bila letak lendir aloevera aje.Yang lain aku takboleh nak buat sebab susah nak cari bahan.Tapi senang cerita sebenarnya hitamkan jela guna alat alat make up yang canggih sekarangni kan. Banyak kali gak berkira pasal guna makeup,tapi aku bukan jenis yang suka bermakeup.So,aku tolak tepi dulu guna segala benda alah tu.Sekarangni,start guna aloevera je =').Sedih ngat. Atok,kalau pokok lidah buaya atok nanti macam dah takda tu fefaham jala cucu atok ni nak lawa.

Salam sayang,Syadiya.

DO LIKE