Sunday 4 October 2020

Buat spec mata baru RM67 only (bukan entri berbayar ok!)

 Assalamualaikum,
aku suka share benda yang baik dan memberi manfaat. Yang tak baik memang taklahhh nak share buat apa kan buat dosa agaknya T^T hahahah. Masa aku habis SPM which is umur aku 18 tahun, aku telah pergi ke hospital untuk buat medical checkup sebelum masuk U. Typical lah kan sebelum masuk U, hang kena buat medical checkup. Pastu typical jugaklah kalau buat kat gov hospital memang makan masa lama sikit tapi biasalah adatlah tu. So waktu buat checkup kat hospital untuk test mata yang baca perkataan dari jauh tu lah aku baru tau aku rabun =') Dahla nurse lelaki tu marah aku dia cakap "awak taktau ka awak rabun" HAMBOIH. Kalau saya tau saya pi buat spek dulu😭

Pastu esok tu cepat cepat aku buat spek which is 3 tahun lalu. Waktu tu power aku 150 kanan and 100 kiri. Aku buat RM250 kot tak silap aku. Mari aku sertakan gambar aku memakai spek lama aku berkenaan.

Nilah spec aku yang pertama dalam hidup aku. Aku memilih untuk tak ambil spec besar kerana tidak mahu menjadi seperti other girls (konon...) Tapi masani aku still takda kesedaran untuk pakai spec secara 'hari hari' which mean, aku hanya akan pakai kalau pergi ke kelas, atau kalau mata aku kena ketumbit seperti di dalam gambar. Ya, gambar ini ditangkap ketika aku terkena ketumbit. Lol. Hahhaha

Lepastu, dalam tahun ni jugak sebelum PKP start, kawan aku pergi kedai spec mata, so aku pun sajalah check power mata aku. Tengok tengok power mata aku naik secara menggila ye. Sebelah kanan dah 250, kiri dah 200. Like i never realise that =') Nak nak pulak, spek aku power dah lari banyak. Punca power mata aku naik mungkin sebab banyak tengok laptop (online class and kdrama and all movies πŸ˜”πŸ‘πŸ») 

Lama kelamaan aku jadi macam tak bolehlahhh tak pakai spek.Rasa nak ngamuk tau sebab tak nampak. So aku startla rasa nak buat spek baru. Pastu kawan aku nama dia Anis(Aku panggil dia Manis) dia ada buat IG story yang dia beli new spec online and cantik ok spec dia. So aku pun tertarik, aku tanya dia beli mana apa semua.

Anis cakap dekat aku boleh check kedaini punya facebook nanti boleh whatsapp depa kalau nak beli spec online. Factory eye wear ni kedai dia banyak gilo around KL. Tapi tulah, aku duduk Perak. So kita beli ja online. Apakan daya. Hahaha. Spec dekat kedai ni banyak jenis and harga .Hampa kena pandai godek godek FB dia. Nanti number whatsapp pun diorang ada letak. 

Nanti lepas dah whatsapp and bagitau design, sesiapa yang nak letak power boleh pergi kedai spec berdekatan rumah hampa and checklah mata macam biasa. Check mata free ye. Kalau kedai spec tu suruh bayar, hang cari kedai lain! Heh. Hahaha


Ni contoh aku whatsapp kedai factory eye wear tu and bagi power aku. Hampa jangan keronyok awal awal kertas check mata tu. Snap dulu bagi kat kedai ni okay! hahaha

Please jangan expect order harini esok sampai tau. Sebab it takes dalam seminggu untuk sampai. Postage depa ke semenanjung RM8 aje. Spec aku RM67 termasuk postage. Harga spec aku RM59. Kalau hampa nak beli spec taknak letak power pun takpa. Harga still sama aje. 

Memang harga RM59 ke?
Jawapan: kalau power hampa atas 500 baru harga lain. So macam aku power 200+, still harga RM59.

Dia sampai dalam bentuk parcel, and bila aku buka ada kotak macamni. I LOVEEE THIS TYPE OF KOTAK sangatlah rasa a gift to myself πŸ˜‚

And bila buka kotak ada lagi spectacles case and siap bagi spec cleanser lagi. So bagi aku sangatlah berbaloi.

Bila buka spec case ni ada dia bagi kain, kain ni normal okay, kalau takdak please mintak! Hahaha im joking. Love the kain sebab design lawa.

AND FINALLY, here it is :) my new specπŸ€“ i choose spec mengikut trend sekarang hahahaha now i realised i'm like the other girls πŸ˜œ

Lastly, my new look with a new spec.  I feel sooo good with a new spec sebab power spec dah match dengan kerabunan aku. And of course aku puas hati beli kat kedai ni. Aku ada baca comment dekat facebook, kebanyakkan customer diorang semua puas hati dengan spec from their shop. Ada sapa sapa pernah beli kedai sama dengan aku tak? Mehla komen. HeheπŸ₯°

Soalan: boleh percaya ke spec murah murahni? 
Jawapan saya: depend on you guys nak percaya or tak, for me aku pakai elok ja and sangat puas hati sebab murah, siap perfect bagi lens cleanser.

Thanks for reading!
salam sayang, syadiya xoxo.

14 comments:

  1. cantik spec tu..saya pon pakai spec besar skrg..hahahaha

    ReplyDelete
  2. cantiknya spek baru. rasa nak juga buat baru hihi

    ReplyDelete
  3. eh, lawanya.. ni yang rasa nak tukar spec baru ni. haha sejak beranak rasa power makin up la. makin tak nampak.. T^T

    ReplyDelete
  4. Yang penting selesa dan anggun dipakai

    ReplyDelete
  5. murah dah cantik, nampak mahal betul.....

    ReplyDelete
  6. muraah dan cantik... sesuai untuk remaja muda mudi

    ReplyDelete
  7. dah lama sangat tak tukar spek ni... bertahun dah rasanya... nak try usha la hihi

    ReplyDelete
  8. hai sis saje jenjalan ke sini..amik udara yang segar hehheheheh..alhamdulillah saya bukan orang yang perlu pakai spek dan saya harap mata tak rabun huhu sbb tahu betapa seksanya kalaupakai spek..lagi satu,saya juga dikelilingi rakan2 yang pakai spek semua cakap "jagalah mata elok elok wey,seksa gila kalau rabun" huhu sayapegang kata-kata kawan saya.

    Satu lagi soalan yg pernah sis tanya pasal google adsense..macammana saya punya boleh approve kan? sejujurnya, punya lah lama nak tunggu diapprove google ni hahahaha..saya banyak bukak blog,search kat blog mane2 cara cara register google adsense ni. Saya pon tak berapa mahir then saya main cuba cuba je. And lame sikit baru la google adsense bgthu dekat email saya yang diorang approve. Saya start mohon buat tahun lepas,start tahun lepas baru start nak berblog hahahahha.n tahun ni bulan 7 baru approve..tu pon saya masih dalam belajar lagi pasal ni..main tanya je blogger blogger lain.

    Banyak jugak saya baca, biasanya google adsense ni akn dapat kalau kita buat content kat blog tu banyak banyak ke,buat content yang ramai orang datang kt blog kite,rajin rajin promote blog dekat chatbox,rajin komen..padahal saya sebenarnya bukanlah rajin seperti tu hahahahaha
    bergantung jugak keadaan tu,kadang ada orang diapprove je google adsense dalam masa yang singkat danada juga lambat. Kalau saya start daripada dulu,saya suka tengok tengok dekat blog Lysasecret.

    ReplyDelete
  9. cantik spek baru tu.. murah pun xpe, yang penting kita selesa dengan kualitinya yang bagus :-)

    ReplyDelete
  10. Cantik betul spek baru sis. Murah tu buat kita kagum. Bertambah kagum tgk dapat cleanser dan kain lawaaa tu.πŸ€—πŸ€—

    Boleh masuk list ni

    ReplyDelete
  11. Comelnya spek tuuu! I pun dah lama nak tukar spek warna soft macam ini hehe 😍

    ReplyDelete
  12. murah dan canti spek tu. selalu kalau nak tukar spek pikir 100 kali sebab tukar spek baru ni kira big investment juga. bingkai dah murah tapi cermin pula yang mahal sebab power tinggi. belum lagi kalau yang untuk rabun silau lagi tu. huhuhu

    ReplyDelete
  13. wah cantik spek tu its worth it

    ReplyDelete

DO LIKE