Tuesday 23 July 2019

REVIEW MOVIE: Dilan 1991

Assalamualaikum,
hai semua orangggg! Aku dah habis final exam seminggu yang lepas tapi disebabkan aku ni pemalas so aku abaikanlah blog aku ni ibarat seorang stranger. 

Masa aku tengah sibuk sibuk final exam, kawan kawan aku plan ajak keluar pergi tengok wayang + makan steamboat. Depa cadang nak tengok cerita Dilan 1991 sebab geng aku ni memang semua minat dengan Dilan.

Sebelum meneruskan bacaan hampa, aku nak bagitau yang Dilan 1991 ni sambungan movie sebelumni which is Dilan 1990. Filem Dilan ni adaptasi daripada Novel from Pidi Baiq. Pidi Baiq ni pulak hasilkan novel ni sebab seorang perempuan (named Milea) yang cerita dekat dia. 

Btw, Dilan 1991 ni cerita Indonesia tau. Yang penting, cerita ni takda lupa lupa ingatan macam Sinetron TV3 okeh!  

Jumla aku start:
Disebabkan aku dah tengok filem pertama iaitu Dilan 1990, aku taktau la apa rasanya kalau terus main terjah Dilan 1991. Better tengok dulu kot filem yang first? (Banyak kat telegram. Sila download dan tonton) 

Okay sapa Dilan ni ? Adakah Dilan ni jenama keropok? Oh tidaklahhhh.
Dilan ni seorang lelaki umur lingkungan 16 tahun. Dia bagus gila dalam mengorat perempuan. I mean, ayat ayat dia bagi dekat perempuan tu sumpah punchline padu! Dan perempuan yang bertuah tu, namanya Milea. So movie previous ni(Dilan 1990), cerita pasal Dilan & Milea dah declared bercinta.

 And dalam Dilan 1991 ni pulak, banyak cerita pasal Dilan & Milea gaduh. Sebab perangai Milea tu sendiri. Milea ni bagi aku, jenis mengongkong. Dilan nak lepak dengan geng geng motor pun dia tak bagi. Tapi Milea ni ada sebab dia tersendiri, which is dia takut apa apa jadi dekat Dilan sebab kawan Dilan sebelumni (named Akew) meninggal sebab kena belasah dengan budak budak motor padahal tu rumors and Milea percaya.

Milea marah gila dekat Dilan sampai mintak putus.

So, adakah Dilan and Milea putus? JENG JENG JENG SILA TENGOK MOVIE INI! hahahaha

Don't worries guys, sebab dalam Dilan 1991 still ada romantik momen dan ke-cringe-an tersebut ye.

Scene yang aku paling suka dalam Dilan 1991 masa Milea bonceng motor dengan Dilan sebab this one conversation

Dilan: Lia, cita cita kamu apa?

Milea: Pilot. Kamu?

Dilan: cita cita aku menikah denganmu!


Ya, it's somehow cringe bagi aku tapi aku suka xD hahaha


Rating aku : 9.5/10 sebab ending dia.. :(

Siapa yang belum tengoktu bawak bawakla tengok. Tapi amaran keras pada yang taksuka cringey-things supaya elakkan tengok movie ini sebab nanti hampa balik ayaq kat screen tv. 

Salam sayang, syadiya xoxo.



6 comments:

  1. hahahaha ayat dilan semua cringe tapi sengih jugak bila baca like every single time okay!

    ReplyDelete
  2. Nampak intriguing to watch. Nanti nak cari lah tapi kena tengok sorang2 sebab movie romantic2 ni takleh tengok ramai2, nanti awkward hahaha

    ReplyDelete
  3. Sukaaaaaaaa jugakkkk citer dilan niiii. Sis mmg bukan jenis tgk wayangg so tunggu jelah movie dia keluar onlineee huhuhu T.T

    ReplyDelete
  4. i already can imagine ke cringe-an dia hihi

    ReplyDelete
  5. Ada tertengok iklan filem ini.. memanv part yang Syadiya share tu cringe habis.. hahahaha..

    ReplyDelete

DO LIKE