Tuesday 30 July 2019

Blogger Challenge 1 : introduction & your recent photo

Assalamualaikum,
Introduction ni maksudnya lebih kurang macam "about me" lah kann. kan kan?
Mari kita start!

Nama aku Syadiya Safiah Khairul Anuar tapi memang saja guna Syadiya Khairul which is nama depan aku dan abah aku. My friends called me Dikya, my family called me Adik or Dikya and strangers called me "hey awak yang manis tu" ok gurau gurau 🙄 Aku amat jarang suruh kawan kawan atau sesiapa yang aku baru kenal supaya panggil aku Dikya sebab aku rasa macam geli-geli gila nak suruh depa panggil aku camtu. So bila orang tanya nama aku, aku suruh panggil Syadiya walaupun panjang tapi aku nak hampa panggil jugak. Hahaha 

I will turn 20 years old on November, sebabtu aku still pakai umur 19 tahun. Acah orang putih sebab orang putih selalu anggap umur 19 tahun selagi tak masuk that birthday. 

Aku asal Perak Utara, and yes, perak utara DO SPEAK in utara macam Kedah & Penang. It make me a little bit annoyed & sometimes hate it bila orang duk kata : "eh orang perak cakap utara ka?!"

Which aku nak sangat depa yang taktau ni pi belajaq sikit yang perak ni ada 3. Perak Utara, Perak Tengah, dan Perak Selatan. Ha, kan dah membebel. Maap semua orang :( 

Aku masih student dekat Uitm Tapah, and ambil kos diploma accounting sebab aku suka gila mengira and aku suka akaun sangat sangat masa zaman sekolah (Sebab cikgu aku syok!) tapi tak berjaya dapat A+ sebab tuhan bagi aku dapat A solid ja. Munasabah bukan sebab aku? Hahaha. Masa zaman sekolah aku adalah student cemerlang dan target stret A tapi aku taksuka jadi budak target sebab perasaan "reality vs expectation" di mana aku takut nanti SPM aku tak nailed it pun. Tapi alhamdulillah aku ambik 10 subjek, aku dapat 2B lain A (sila fahamkan).

Aku cerita dekat atas ni bukan sebab aku riak aku bangga aku pandai ke apa, tapi aku nak semua tahu yang budak budak ambik Diploma bukannya bodoh & diploma bukannya cikai ye. Almost everyone pandang rendah dekat budak diploma and ofcourse la aku sedih :'D Btw kawan kawan aku dekat Uitm yang mana ambik diploma akaun, semuanya masa SPM dapat 6A ke atas okeh!

Konklusi : People do judge.

I came from middle class family sahaja, where both my parents adalah cikgu. Aku ada 4 sibs, and aku anak nomot dua. Kakak aku pun bakal jadi cikgu tapi but not me sebab aku taknak, i want to be different <3

Dulu cita cita nak jadi pilot tapi sebab bodo amet enggak mahu belajar kimia fizik bio, so sekarang cita cita nak jadi Akauntan sebab dah ambil kos akaun. Haks!

Blog ni aku jarang jarang update sebab aku tokleh gileee jadi multitasking plus diploma busy sungguh sungguh sampai aku jerit cakap 

"NAK KAWEN NAK KAWEN NAK KAWEN!!" masa tengah study ahahaha

Aku ada cita cita besar, aku nak belajar luar negara untuk sambung degree akaun tapi English aku so-so (dimana 2B aku masa SPM adalah English & Addmath) TAPI bak kata Dr Sheikh Muszaphar: 

"a dream is a dream, and it can be a reality"

Btw, hujung tahun ni aku nak habis diploma dah, so doakan aku dapat flying colours!

Btw,aku dah ada bf semua orang :P hahaha


Nah, recent photo aku untuk pembaca yang entah baca ke entah tak, tapi tak apa kerana sebenarnya belog ni fungsinya untuk diri sendiri baca balik kebodohan kebodohan apa yang ditaip 💁‍♀️

Salam sayang, syadiya xoxo


Kalau nak main gak blogger challenge boleh tekan SINI for the list! :D

8 comments:

  1. hai semoga urusan awak dipermudahkan. semoga diploma awak ditamatkan dengan jayanya :*

    ReplyDelete
  2. Sama la kita, buat blog untuk diri sendiri je. dah tua2 nanti, baru buka & baca balik apa yang dah buat time muda2.

    ReplyDelete
  3. Umur kita lebih kurang je. Saya 21 tahun tahun ni. Tahun depan akan graduate degree in bioinformatics. Semoga dapat keputusan yang cemerlang.

    ReplyDelete
  4. It's okay. I believe kat mana-mana belajar pun okey je. Tak kisah lah start with diploma ke, stpm ke. Goodluck!!

    ReplyDelete
  5. Nice to meet you, awak yg comel 😉

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan adik manis.. 😂
    Wah.. dekat lah kita.. Tapah tu tak jauh mana dari Behrang.. hehehe..
    Good luck ye.. semoga impian adik manis tercapai.. Aamiin..

    ReplyDelete
  7. hi adik manis.. salam perkenalan dari akak dilah.. semoga berjaya tamatkan diploma awak.. akak follow sadiya ya.. jemput singgah blog akak ya.. www,ceriteraibu.com

    ReplyDelete
  8. hai orang utagha.. hehehe sebaya lah kita, masih 19++++ banyak ++ dah..salam perkenalan :D

    ReplyDelete

DO LIKE