Friday 17 March 2017

SPM results

Assalamualaikum,
Pertama sekali,aku nak ucap terimakasih dekat semua yang dah doakan aku cemerlang SPM.Kenapa aku tak henti suruh doa?Sebab:Ustaz aku pernah kata, jangan jemu berdoa,mana tahu salah seorang yang berdoa tu,doa dia diangkat ke langit tanpa hijab?Haaa.Abaikan jelah bila orang akan kata "bajet ah nak suruh doa bagai" .Benda baik kot doa tu hang kenapa?-.- Hahaha

Alhamdulillah.Rezeki.Usaha,dapat 8A2B.Reaksi aku adalah menangis semahu mahunya.Malu noks naik pentas cikgu tangkap gambaq berambu aiq mata oi!Jangan tiru aksi aku.Hahaha.Aku sekolah dekat sekolah yang Syatilla Melvin sekolah.Parit buntaq yall.Bajet sangat.Hahaha.Slip pun dah terkeronyok bagai tiada henti sebab pegang,peluk,cium,nangis dekat orang sambil pegang slip.

Orang dengki sibuk tanya,"berapa?" dan bila dah cakap,macam nak siniskan kita.EH KO TU PANDAI SANGAT KE?!
Bukan nak buat cerita tapi nilah lemahnya melayu kita,asyik nak perli dan kutuk tanpa tahu usaha yang dah aku buat.Meh aku nak cerita:

Aku tak jangka inilah result yang aku dapat.Sebab i didnt expect anything.Bagi aku,ada rezeki ada.Takda rezeki,hari lain mungkin Allah bagi.Tahu aku buat apa untuk sampai ditahap ini?Aku tak main fon.Aku budak asrama,dan fon adalah musuh nombor satu.Semat ketat dalam otak FON MUSUH NOMBOR SATU.Lepastu,aku kena hadap norms asrama dimana bila kau masa hostel,kau kena jadikan kebisingan itu satu lumrah.Perempuan oi.Kalau dua orang pun berterabur cerita depa sembang.Inikan pulak 18 orang dalam dorm.Adik dorm kesayangan saya,if you're reading this:maafkan salah silap saya jika dah memaki hamun hampa suruh diam.Tahukah anda stress spm adalah stress ditahap lutut bergegar?Hahaha.Aku masuk hostel form5,niat aku nak keluar lepas mak abah aku balik haji,tapi tak kesampaian.Masa aku gedik nak keluar,serious talk aku cakap,aku tak pernah rasa aman duduk hostel sebab ya, I WANTED TO ESCAPE! Tapi lepas dah tak boleh keluar,kehidupan aku di asrama start as a sincere girl.Ikhlas untuk buat semua benda.

Aku taksuka bila duduk asrama,mandi pakai cebok,baju basuh guna tangan.Bagi aku renyeh la!Tapi lepas aku ikhlas,everything went good.Yang penting kita ikhlas.Aku korbankan masa aku tidur.Aku budak akaun.Ambik 10 matapelajaran.Nak balik awal memang tak ah(tapi kalau cikgu meeting or something else,dapatlah chance balik awal).Balik everyday 2.15 kecuali hari jumaat ah kan.Lepastu 3.30 prep.Pandai pandaila curi masa dari 2.15 sampai 3.30 untuk makan,mandi.Selalunya aku tak mandi,aku makan ja.Aku curi masa 30 minit tidur sebab aku tau takkan ada masa untuk tidur dah.Ini bukan keluhan,tapi inilah yang awak kena buat untuk hadapi kejayaan,iaitu pengorbanan.

Lepas prep petang baru mandi.Pastu aku gigih taknak tidur.Tapi adakalanyaaa aku kecundang.Kahkah.

Dan wajarkah aku dikira sebagai tak layak untuk result di atas?Aku expect aku dapat straight sebab yalah penat sangat apa yang aku dah buat.Hahahaha tapi 8A pun dah rezeki sangat.

Terimakasih yang tak terhingga,Allah SWT yang izinkan aku dapat result cantik macam dekat atas.
Terimakasih mak abah sebab selalu faham adik.Gigih hantar makanan and others masa adik duduk hostel.Tak pernah kedekut bila nak beli buku rujukan.Tak pernah jemu datang ambik untuk kelas tambahan.Semoga makin dilimpahi rezeki.Boleh share dengan anakmu .Ahaks
Terimakasih cikgu bm saya(Cikgu Jamiah).Cikgu bm aku suka bagi karangan,and as usually everyone never love it! Hahaha.Tapi dia ugut cakap kalau tak buat,jaga.And aku gigih siapkan dalam 2 waktu dia.Walopon karangan aku macam asdfghjkl .Asal siap.Ni prinsip amanah watonah aku.Haha.Pernah sekali cikgu hadiahkan aku pen sebab selalu siap karangan.Lebiu cikgu.
Terimakasih cikgu bi saya (Tc Naz).She's so spoting tersangat sangat! Maafkan saya dapat B+.Selalu exam A.Alasan aku:perut saya krem masa buat essay.Zzzz.
Terimakasih ustazah agama saya (Ustazah Maspinah).Aku suka terlena kelas agama.Bukan apa,syaitan laknatullah biasala suka mai kacau time time topik agama.Pernah tak tahan sangat,bantai jala tidur.Pastu ustazah kata "takpa dia tidoq,saya tau telinga dia masih dengar apa saya kata" Hahahahaha!
Terimakasih cikgu sejarah saya (Cikgu Jamil).Ya Allahhhh,betapa aku bersyukur untuk memiliki A- T^T.Aku dahla banyak hentam.Paper 3 pulak tulisan macam ayam berak kapur bagai tiada hari esok.Hahahaha.
Terimakasih cikgu matematik saya(Cikgu Shaharatun).Kadang taktahan aku tidur jugak masa math,aku bila bila pun mengantok.Tambah masa peak hours iaitu pukul 11-12.Meja keras memanggil manggil sentiasa untuk tidur.
Terimakasih cikgu sains saya (Cikgu Zurina).Masuk Lab ja ,asyik main main.Kalau ada eksperimen ja,seronok duk kacau orang.Tampar punggung orang then blah.Kahkah.Kalau main main dalam lab ja,mesti cikgu kata "Syadiya!jangan bersembang.saya potong markah kamu nanti!" K.K.K.Hahaha.Paling syahdu bila cikgu sains aku tulis dekat buku sains aku "kerja yang kemas,saya doakan kamu cemerlang":')Dan doa cikgu dah makbul.
Terimakasih cikgu addmath saya(Cikgu Azma).Saya bersyukur dapat B.Sebab masa exam dulu,asyik D dan C.Saya mengharapkan A-,Tapi A ada kaki dua,dia lari laju susah nak kejaq.Punchline apakah.
Terimakasih cikgu akaun saya (Cikgu Hazlan).Taktau cammana cikgu aku boleh ada banyak masa untuk potostatkan latihan untuk kami semua.Macam satu keajaiban u.u .Suka sangat akaun,sebab minat!
Terimakasih cikgu ekonomi asas saya (Cikgu Basirah).Cikgu yang ceria sangat dan selalu manjakan sebab asyik bagi nota! Hihi.
Terimakasih cikgu ICT saya(Cikgu Razak).Rajin buat kelas tambahan,dan aku tak jangka dapat A- sebab rasanya teruk sangat aku buat  dann soalan susah.Tapi kerja kursus is really a good helper.

Dan yang tak terhingga,kakak kakak saya.Syaza and Amira.Tua setahun tapi rapat gila duhh.Hahaha.Depa banyak bagi tips kat aku,buat ini buat itu and its work.Bangga saya kerana dapat cikgu umoq 19 tahun.Haha

Forgive my smile.Buruk nya tak reti dah senyum lepas pakai braces.Dem.Hahaha.Ni kawan boek saya,nama dia Nur Syaza.Nama sama dengan kakak aku.Jangan confuse.Hahaha.Terimakasih selalu dengaq aku ajar hang math walaupun hang tak berapa nak faham or hang memang faham?Sebab aku cakap macam machine gun tiada pengakhiran.Hahahahaha and Tahniah Jaja! Ilapyouuuu.
Banyak betoi dawai berselirat dalam gambaq ni.Ni kawan boek kita juga,nama dia Anis Atira.Tahniah anis dapat naik pentas jugak!
Berjemaah campur campur with classmate,cikgu,mak mak ,bapak bapak.Aku datang dengan abah aku.Tah masani dia tengah chitchat dengan cikgu lain.

Panjang sangat ah post kalini,tips how to study nanti aku bagitau lain eh?Tapi kalau nak baca entry 10 Tips Bila Kau Exam ni pun boleh=)

Salam sayang,syadiya.xx

15 comments:

  1. Alhamdulillah! Tahniah awak. Kalau dah berusaha InshaAllah kita akan tersenyum dengan hasil yang kita dapat. Tahniah lagi sekali, satu pengorbanan yang sangat bermakna tu.

    ReplyDelete
  2. Congrats for your amazing result..! Rasa puas kan bila usaha kita buahkan hasil.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasihh=) ha ah puas sangat walaupun ada je yang tak puas hati.

      Delete
  3. Tahniahhh syadiyaaa! results i pun alhamdulillah okay je mihmih haha goodluck fr your future :)

    ReplyDelete
  4. berbaloi result dengan usaha awak . tahniah dik :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum! tahniah di atas result yg sangat memuaskan. Semoga usaha kamu ini berkekalan untuk di universiti kelak. InshaAllah

    ReplyDelete

DO LIKE