Sunday, 4 October 2020

Buat spec mata baru RM67 only (bukan entri berbayar ok!)

 Assalamualaikum,
aku suka share benda yang baik dan memberi manfaat. Yang tak baik memang taklahhh nak share buat apa kan buat dosa agaknya T^T hahahah. Masa aku habis SPM which is umur aku 18 tahun, aku telah pergi ke hospital untuk buat medical checkup sebelum masuk U. Typical lah kan sebelum masuk U, hang kena buat medical checkup. Pastu typical jugaklah kalau buat kat gov hospital memang makan masa lama sikit tapi biasalah adatlah tu. So waktu buat checkup kat hospital untuk test mata yang baca perkataan dari jauh tu lah aku baru tau aku rabun =') Dahla nurse lelaki tu marah aku dia cakap "awak taktau ka awak rabun" HAMBOIH. Kalau saya tau saya pi buat spek dulu😭

Pastu esok tu cepat cepat aku buat spek which is 3 tahun lalu. Waktu tu power aku 150 kanan and 100 kiri. Aku buat RM250 kot tak silap aku. Mari aku sertakan gambar aku memakai spek lama aku berkenaan.

Nilah spec aku yang pertama dalam hidup aku. Aku memilih untuk tak ambil spec besar kerana tidak mahu menjadi seperti other girls (konon...) Tapi masani aku still takda kesedaran untuk pakai spec secara 'hari hari' which mean, aku hanya akan pakai kalau pergi ke kelas, atau kalau mata aku kena ketumbit seperti di dalam gambar. Ya, gambar ini ditangkap ketika aku terkena ketumbit. Lol. Hahhaha

Lepastu, dalam tahun ni jugak sebelum PKP start, kawan aku pergi kedai spec mata, so aku pun sajalah check power mata aku. Tengok tengok power mata aku naik secara menggila ye. Sebelah kanan dah 250, kiri dah 200. Like i never realise that =') Nak nak pulak, spek aku power dah lari banyak. Punca power mata aku naik mungkin sebab banyak tengok laptop (online class and kdrama and all movies πŸ˜”πŸ‘πŸ») 

Lama kelamaan aku jadi macam tak bolehlahhh tak pakai spek.Rasa nak ngamuk tau sebab tak nampak. So aku startla rasa nak buat spek baru. Pastu kawan aku nama dia Anis(Aku panggil dia Manis) dia ada buat IG story yang dia beli new spec online and cantik ok spec dia. So aku pun tertarik, aku tanya dia beli mana apa semua.

Anis cakap dekat aku boleh check kedaini punya facebook nanti boleh whatsapp depa kalau nak beli spec online. Factory eye wear ni kedai dia banyak gilo around KL. Tapi tulah, aku duduk Perak. So kita beli ja online. Apakan daya. Hahaha. Spec dekat kedai ni banyak jenis and harga .Hampa kena pandai godek godek FB dia. Nanti number whatsapp pun diorang ada letak. 

Nanti lepas dah whatsapp and bagitau design, sesiapa yang nak letak power boleh pergi kedai spec berdekatan rumah hampa and checklah mata macam biasa. Check mata free ye. Kalau kedai spec tu suruh bayar, hang cari kedai lain! Heh. Hahaha


Ni contoh aku whatsapp kedai factory eye wear tu and bagi power aku. Hampa jangan keronyok awal awal kertas check mata tu. Snap dulu bagi kat kedai ni okay! hahaha

Please jangan expect order harini esok sampai tau. Sebab it takes dalam seminggu untuk sampai. Postage depa ke semenanjung RM8 aje. Spec aku RM67 termasuk postage. Harga spec aku RM59. Kalau hampa nak beli spec taknak letak power pun takpa. Harga still sama aje. 

Memang harga RM59 ke?
Jawapan: kalau power hampa atas 500 baru harga lain. So macam aku power 200+, still harga RM59.

Dia sampai dalam bentuk parcel, and bila aku buka ada kotak macamni. I LOVEEE THIS TYPE OF KOTAK sangatlah rasa a gift to myself πŸ˜‚

And bila buka kotak ada lagi spectacles case and siap bagi spec cleanser lagi. So bagi aku sangatlah berbaloi.

Bila buka spec case ni ada dia bagi kain, kain ni normal okay, kalau takdak please mintak! Hahaha im joking. Love the kain sebab design lawa.

AND FINALLY, here it is :) my new specπŸ€“ i choose spec mengikut trend sekarang hahahaha now i realised i'm like the other girls πŸ˜œ

Lastly, my new look with a new spec.  I feel sooo good with a new spec sebab power spec dah match dengan kerabunan aku. And of course aku puas hati beli kat kedai ni. Aku ada baca comment dekat facebook, kebanyakkan customer diorang semua puas hati dengan spec from their shop. Ada sapa sapa pernah beli kedai sama dengan aku tak? Mehla komen. HeheπŸ₯°

Soalan: boleh percaya ke spec murah murahni? 
Jawapan saya: depend on you guys nak percaya or tak, for me aku pakai elok ja and sangat puas hati sebab murah, siap perfect bagi lens cleanser.

Thanks for reading!
salam sayang, syadiya xoxo.

Tuesday, 29 September 2020

Result semester 3 degree

 Assalamualaikum,
Aku dah habis diploma dalam tahun ni jugak masa bulan 1 haritu. Pastu aku masuk U balik bulan 2 sambung degree akaun. Bagi yang taktahu, siapa masuk diploma di uitm boleh sambung penerapan degree. Mean: dia cut sem.Macam aku, aku sambung degree akaun terus semester 3. So semester 1 & 2 degree aku cut. Takyah ambik. Begituuulah ceritanya. Sumpah jimat masa. Hahaha

Aku dapat sambung degree akaun dekat uitm palam (read: puncak alam) tapi aku tukar ke kampus uitm merbok kedah sebab.. (adalah sebab sebabnya hehe😝). Unfortunately, masa aku week 4 tetiba dah "corona time" so gegas gegaslah dak dak student ni balik kampung and terus kena online learning je.

Overall online distance learning (odl) ni memenatkan mental. Serius cakap, penat sangat :( Kadang kadang aku kelas pagi masih tarik selimut. Ampunkan saya. Hahaha pastu hang kena juggling between studying & family. If you're a girl, you know you're the family treasure sebab hang kena buat housechores jugak dan bukan semata fokus belajar macam kita buat kalau duduk U. But it's okay, sebab kita kena ajar diri kita to see good things in everything ❤️



And Alhamdulillah i managed to get dean list :') Big thanks to my family, friends and everyone yang tolong aku <3 
Don't worry if your goals tak tercapai because you guys did great too! and kita bersangka baik dengan Allah because he's the real planner ❤️

Salam sayang, syadiya xoxo.

Tuesday, 8 September 2020

Picnic with my cousins (picnic failed)

 Assalamualaikum,

dah 5 bulan aku tak update blog sebab semak kepala dengan online class tapi sebenarnya dah sebulan aku habis final exam tapi tapi tapiii aku malas nak update apa apa rasa takda mood. Hehehe. Sampai dah berubah modenlah susun atur blog sekarang baru aku nak menaip. Terkial kial nak cari button dekat blog sebab dah lainπŸ˜‚Aku ingat nak update pasal braces tapi tak habis habislahh pasal gigi hakuu, baik aku cerita benda lain. Next timelah baru aku cerita pasal braces pulak. So, dalam 2 minggu lepas aku pergi picnic dengan cousins aku. Cadangannya nak acah acah picnic macam gambar orang picnic dekat twitter sebab best je tengok gambar orang picnic dekat twitter kan.

Kami decide nak picnic dekat penang, tapi sekarang kan penang ada kes so tak berapa beranilah nak pergi sana. So ubah plan pergi picnic taman tasik,taiping ja. Sapa orang taiping mesti tau picnic dekat taman tasik ni serius best dia punya scenery memang thumbs up lah.

Dalam pukul 3 kami bertolak naik dua kereta. Kereta cousins aku dengan kereta family aku. 

Aku berusaha convert every video kepada GIF so easy sikit nak masukkan dekat blog instead of video. Hehe. Just us, girls in normal habitat where we did some videos inside the car.πŸ₯°

My yellowish-brown outfit ft my cousin yellowish skirt

Car selfie from me to my blog. Ehekkk

Pastu bad day betullah, tetiba hujan :') you know it's taiping when everyday akan hujan. Memang dah expect pun tapi takpa kejap lagi dia berentilah kata kami semua. Hahaha. Tapi lama jugaklah hujan so we decided nak pergi aeon dulu makan makan sebab kami bawa dua orang cousin kekecik yang bebel cakap lapar. Erghh

Ramai ramai masuk aeon okay :') hahaha pity us sementara nak tunggu hujan berhenti

Duduk foodcourt makan dulu and selfie banyak banyak dulu.😘 Setengah jam lepastu kami decide nak cuba nasib pergi jugak taman tasik and hopefully dah tak hujan :') 

Dan alhamdulillah hujan dah stop and we can picnic lah of course! Btw kalau nampak pokok pokok besar ni you know lah it's Taman Tasik Taiping. The best scenery you will get is totally here. Tapi jangan risau masa kami sampai hujan dah berhenti. Ni masih nampak hujan sebab effect daripada cermin tingkap kereta. Sobs sobs πŸ˜Œ

Kami bawa cermin tau datang picnic. HAHAHA. Ikut trend lah katakan. I see a lot of photo on twitter yang bawa cermin masa picnic. So why don't we give it a try πŸ€ͺ TAPI kan semua cousins aku (termasuk aku) taknak bawa benda alah ni sebab malu lah weh nak jalan sambil bawa cermin. Hahaha tapi alhamdulillah sebab.. (tengok pic bawah ni) 

Cousin saya bernama Amira aka kakcik membawanya. Beautiful soul πŸ₯ΊπŸ•ŠπŸ€

Lepas dah jumpa port yang sesuai untuk picnic, kami start letak kain, air, makanan dan lain lain. TAPI ada sesuatu yang terjadi which is ada monyet besar tengah perhati kami punya makanan. Erghh geram gila weh sumpah geram. Lagi satu, you know it's Taman Tasik bila banyak gila monyet πŸ˜­ Lepastu monyet berkenaan macam cuba nak datang dekat kami tau, lepastu kami cepat cepat lari bawa semua benda yang dah setting sesiap. Haih geram gila penat kami setting hang tau dak monyet T^T

Okay ini port kedua. Dah siap setting tempat picnic tetiba semua lari buat kali kedua siap bunyi cawan kaca berlaga "ting ting" lagi sebab semua kalut lari monyet tu masih addicted dengan makanan kami and lari laju gila kat kami semua. HAHAHA it was a failed guys :') Sampai ada sorang daripada kami yang pijak muffin kami bawa sebab takut sangat pikir nak lari je masatu πŸ˜‚

Last last semua makanan masuk balik dalam kereta and kami decided nak tangkap gambar ja :') it was a failed sangat! HAHAHA

Dah sesiap nak tangkap gambar. Cantikkan taiping punya scenery❤️

Cermin je tak bawa masuk balik dalam kereta HAHAHA

My yelllowish outfit for that dayπŸ’›

From left: my cousin Wani, my kakak Syaza, my cousin Kakti, my cousin Kakcik and Me. We try so hard to do pastel theme for our outfit. I hope it's works for your eyes that see this photo πŸ˜‚

My sisters!
From left: Kakak, Me, and WiwinπŸ’–

Me with Wani and Kakti πŸ’–

Halahh pecah pulaklah gif ni tapi apakan daya aku malas masukkan video. Hahaha 

Terimalah last gif daripada my cousins, sisters, and i yang picnicnya agak failed but we enjoyed it well. Don't worry =') ahahah

Pastu kami balik rumah and acah acah je letak kain and semua makanan yang tak dimakan dekat ruang tamu rumah. Pity usπŸ˜‚πŸ˜‚ Btw pizza tu cousin aku buat. Sumpah sedap gila!

Last photo of this entry is my face of course the owner =P 
Thanks for reading this pitiful storyπŸ˜‚Been a long time since i wrote here sebab serius busy plus aku nak habiskan entri ni pun makan masa 3 hari sebab nak upload gambar pun dah lama =')

Salam sayang, syadiya xoxo.

P/s: tetiba teringat lagi 10 hari result exam keluar :(

DO LIKE