Saturday, 12 January 2019

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com


Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Street Art,Penang

Assalamualaikum,
Awal bulan 11 masa aku cuti midsem family aku ajak pergi Penang naik komuter ke Butterworth pastu ambil shuttle bas yang memang free nak ke jeti untuk naik feri. Masa kami pergi tu macam dah petang. So memang tak sempat nak pergi macam macam tempat.

Dua tempat je kami pergi. Kapitan & Street Art. Kami pergi Kapitan sebab kakak aku cakap makanan situ sedap gilos! Pastu pergi makan situ memang sedap weh. Tunggu pun tak lama. Nanti aku share gambar makan situ hoho tapi kalini aku nak share gambar dekat Street Art. 

Dari jeti tu, kau pakai google maps,klik option walking and search Street Art. Kalau jalan kaki around 12 minutes je sumpah dekat dari pakai Uber mungkin RM10. Lol












Tak dapat nak snap banyak sebab kejar masa nak gi jeti and naik komuter .Lepastu art art semua ni memang kena pandai pandai cari sebab dekat ceruk ceruk. Memang kena jalan lebih sikitla. Huhuw

Salam sayang,syadiya xx

P/s: all photos using Iphone 5 only

Saturday, 5 January 2019

Me,Myself,and I as One of Zalora Contributing Writer

Assalamualaikum,
Aku suka pepatah

"tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tak siapa tahu"

Kerana ianya sangatlah relatable dengan aku sekarang.As i love writing in this kusam blog which YES aku kena panggil blog ni kusam sebab gila ka apa dan apa yang aku buat sampai entri tahun 2018 aku hanyalah 20?!!!Sehubungan dengan itu,aku nak wish selamat tahun baru 2019 to everyone who is reading or not reading this entri.Jadinya azam aku tahun 2019 adalah untuk memperbanyakkan entri di blog aku walaupun entri berkenaan akan nampak pelik & bodoh but who's care as it's yours kot?!

Ok berbalik tuah ayam nampak kat kaki tuah manusia tak sapa tau tu,aku rasa tak semua tau yang aku pernah review pasal kasut aldo dekat entri INI <---(klik ok klik klik) and actually review pasal kasut aldo tulah yang membuatkan aku berasa "tuah ayam kat kaki,tuah manusia tak sapa tau tu". Review pasal kasut aldo tu daripada Aini Shah from Zalora. Dia hantar emel asking for the review.Pastu aku macam excited gila so aku accept :D And lepastu Aini Shah invited aku lagi untuk jadi Contributing Writer untuk THREAD by Zalora. Bagi aku,THREAD by Zalora ni kiranya macam e-magazine.Jiwa remaja aku telah menerima pelawaan tersebut tau! yay!

Disebabkan aku ni kira macam...jiwa remaja yang pemalas jugaklah kan,so aku jarang buat article dekat THREAD by Zalora. Pernah ada dua article je.Sorry Aini :') 

And one fine day which is on 28/9/2018 (ya guys,i refer back the email Aini sent me for this date s000 don't judge tau!) Aini sent me email saying that 

"ZALORA THREAD MAGAZINE REVAMPING PROCESS"

Dimana in this revamping process,akan ada sesi photoshoot untuk selaraskan gambar profile contributing writer and also article yang aku buat dahulu yang tidak dibayar sekarangnya akan dibayar atau bahasa mudah "you will get paid"

Aku tahu,tiada mana mana mata yang tidak bersinar apabila melihat "you will get paid"berkenaan termasuklah mata aku.Haruslah mata aku bersinar melihat ayat itu.Huwhuw.Aku macam taknak accept sebenarnya sebab kena buat photoshoot sebab aku tak pernah weh.I cried.

TAPI,my family is so supportive sehinggakan aku dah berjaya jadi one of contributing writer for THREAD by Zalora.

So,here are the image of me in that photoshoot:




Aku harap aku tak nampak kekok dekat gambar ni walaupun ya aku SANGATLAH kekok ye kerana ini adalah first time dan bakal menjadi sejarah hidup yang sangat manis=)

Gambar ni bukanlah model photoshoot ye,sebab ni sebenarnya profile photoshoot for contributing writer.Jauh lagi agaknya aku nak jadi model.Lawa pun tidak weh.Omaigod sangat kan nanti.


Aku harap pembaca dekat sini boleh klik link atas ni sebab link atas ni actually contributing writer profile yang merujuk kepada aku.Nak tau serba sedikit dan tengoklah betapa acahnya aku,ha bolehla klik link atasni.Jangan lupa tekan button heart dekat bawah sekali <3

Thanks for reading,salam sayang syadiya xx.

P/s: banyak lagi idea untuk entri lepasni sebab aku baru balik dari Danok,Thailand dan tak lupa juga percutian aku ke Pahang tahun lepas tak habis cerita lagi.Jangan main main kerana aku sejenis gagah.Luls!

DO LIKE