Saturday, 24 October 2015

Dah Berbuah!

Assalamualaikum,
Ada haritu aku cerita pasal aku tolong mak aku menanam anak anak pokok cabai dan pokok anthurium.Kalau nak baca boleh rujuk post ini 
Kenapa DIY? Haruslah kerana aku ada selitkan cara cara menanam.Okay ini agak poyo gila tapi kenyataan yang harus anda terima adalah sekarang dan detik ini pokok cabai aku (bila dah tumbuh pandai pulak kau cakap pokok tu pokok kau ya syadiya.ihik) telah berbuah! Omomo saya amatlah teruja okay teman teman =')
Dekat entri yang aku buat,komen sangat menggalakkan apatah lagi aku masih muda dan mempunyai semangat yang tinggi nak menanam.Kekeke kemain tau puji diri sendiri aku ni.Padahal pada mulanya aku telah dipaksa dengan kejam oleh mak aku.Takdalah kejam mana,saja je buat ayat cam mak aku paksa kalau boleh kejam tu nak tipu sampai mak aku paksa rotan aku.Haha!
Ada seorang blogger nama "adaa" komen cakap rajin rajinlah cakap dengan pokok.Pastu abah aku pun cakap macamtu.Aku pun macam ek betulke ekkk japgi orang cakap aku gila tapi blogger tu dah warning jangan bagi orang nampak.Kekeke.Tapi pokok cabai ni berbuah dengan lebatnya adakah sebab ada sesiapa yang bercakap dengan dia?
Takkan mak kut?Takkan adik aku?Syafi ? Atau wiwin? Atau lebih pasti Abah?Sebab pokok ni mak aku rajin tanam je.Yang rajin untuk menyiramnya adalah abah aku.Nampak tak co-operate disitu?Sweet angat family ite ni.
Macammana la aku tak teruja tengok cabai ni berbuah.Rasa macam akulah remaja perempuan yang power daripada remaja perempuan lain yang suka tidur.(padahal petang petang sebenarnya aku tidur gak.Kruhhh)
Rasa cepat sangat pokok cabai ni berbuah.Masa tanam haritu 11 September, sekarang dah 24 Oktober.Ambil masa dalam sebulan la dia tumbuh.Kalau ko cakap "ek eleh,lambat aaa tu",ko gila.Nak tau kenapa?Sebab ko pun tak pernah tanam nak cakap lambat.Emo pulak kan =')

Aku ni duk meng agak sekarang pokok cabai ni tumbuh cepat sebab tanah belakang rumah yang digunakan.Kutla kat situ sebelum guna ada kambing mana datang menyahtinjah disitu dulu.Tak pun burung burung merpati kat sini yang banyak dah melabur aset disitu jugak?Takpalah cabai,kami sekeluarga makan engkau seadanya.Kekeke.

Kun fayakun.dan Dia berfirman:Jadilah,maka jadilah ia.

Salam sayang,syadiya.


Friday, 16 October 2015

Saya ni longkang sikit.

Assalamualaikum,
Semua orang dalam hidup ni terang terang akan ada kawan kawan.Kalau takda kawan kawan pun mesti ada "kawan" jugak.Samada sorang,banyak,terlebih banyak atau memang kau ketua sampai ada balaci balaci banyak belakang kau yang akan back up kau.Dulu masa aku sekolah rendah gilew owkeyyy kalau boleh nak kawan banyak lebih dari group lain.Taktau la masa ni tamak haloba sampai kawan pun nak banyak dah kenapa.Lepastu masuk menengah rendah pun masih gedik gedik nak banyak jugak kawan! Satu persatu langkah tahun ikut tahun,makin lama kawan makin sikit.Kalau boleh sekarang ni nak hindar kawan banyak banyak. Nak tahu kenapa?

Orang orang sekarang ramai tak jujur.

Cakap hat yang jenis berlapik lapik tu semua takleh percaya sangat.Pastu cakap awak bestfriend titew whatsoever padahal belakang cakap: ko lahanat.Ergh.Sebabtu kalau nak cari bestfriend,cari yang betul betul boleh ngam,boleh kau carut,boleh kau cakap amenda benda bongok bongok semua.Sebab bestfriend ni takkan or senang cakap jarang jarang seluas bukaan tingkap 360 darjah tau nak terasa. 

Disebabkan aku "baru" masuk sekolah baru padahal awal tahun yang lalu,nak cakap baru jugak ='),maka pada mulanya haruslah aku menjadi seorang rakan baru yang beradab, berbudi bahasa,serta tampak baik gila ya amot.Pada awal je ok,pastu setelah aku bersekolah selamani 9 bulan ni,classmate aku panggil aku "mulut longkang".


Sebenarnya aku ni jujur ok sebab aku berlongkang.Kalau aku jenis tak berlongkang tu maksudnya aku tak jujur.Aku jenis cakap jarang berlapik.Malas nak fikir perasaan orang sebab orang zaman sekarang pun terlebih maju sampai  tak fikir perasaan kita jadi apa salahnya =P.Aku cuba menjadi seorang yang berlapik but im too hypocrites gila okay.Saya cuba tapi tak bolehh U.U ahahaha.Selamani kalau nak cakap aku takda kawan bila mulut aku longkang tak pun,sebab masih ada yang sudi menghulur sedikit cebisan rongga rongga serta tetesan kasih sayang untuk menjadi rakan mereka.Kekeke.Jadi,bagi aku jadi diri sendiri.Malas dah nak praktis bersopan santun.Contohnya:

Kita ada spesies classmate yang bila kita bising dia suruh diam, tapi dalam 10 minit macamtu dia bising pulak boleh.
I will be "hoi tadi orang bising hang suruh diam.lani hang bising diam boleh dak!"

and i never said
"wahai kawan yang disayangi,tolong diam boleh"

Kalau aku bersopan macamtu mesti classmate aku gelak berdekah dekah berguling guling sampai karpet pun depa guling aku rasa -.- Hahahaha!

Moral : Biar longkang tapi jujur , jangan budi bahasa tapi belakang engko wah kemain mengata. 

Lanje gambar Pepe the frog (sumber:google)

Salam sayang,syadiya.

Tuesday, 13 October 2015

DIY:Flower Crown

Assamualaikum,
Rasa lama pulak aku menghilangkan diri akibat daripada didusta oleh sekolah yang mengatakan exam akan berlangsung pada 19hb.Sadis bukan?Saya sebenarnya sedang mencuba untuk mengarang ayat yang puitis untuk matapelajaran Bahasa Melayu.Kekekeke .Takda maknanya! Hahaha.Dengar dengar cerita exam 26hb.Main tukar tukar pulak kalini =') .Jadi,aku bolehla makan kopok goyang kaki lagi padahal dah siap sedia beli nescafe nak baca buku sampai 2,3 pagi.Gelojoh gila ang tau tak.Tapi sebab exam pun lambat lagi,entry dekat blog pulak macam bila baca asyik benda sama je,so aku decide buat entry baru.

Macam yang kita tahu,anak anak remaja sampailah yang kecik cinonet baru 9 bulan pun mak bapak luar sana sibuk sangat excited terlebih nak bagi anak pakai flower crown.Tak pun headband kan!Termasuklah aku.kekeke.Paling tak boleh belah,haritu aku pergi Pasar Kemboja(Parit Buntar) dengan kakak aku,lepastu ada sorang perempuan dalam umur 18+ camtu aaa,boleh pulak berjalan di sekitar pasaq kemboja memakai flowercrown.Orang tengok pun macam misteri gakla pompuan ni kan sebab nak tayang kat mat mat kemboja yang jual atau bagaimana?

Selalunya flower crown ni gilrs out there pakai masa pergi event je aku rasa.Hari Perempuan Sedunia ke,majlis kawen ke nak selfie ke...(aku sangat).Sebenarnya nak buat flower crown ni modalnya tak banyak mana pun.Senang cakap reasonable and affordable kalau buat sendiri. Jadi,harini aku nak tunjuk cara cara buat flower crown do it yourself! Atau omputih singkatkan jadi DIY kan.

Bahan bahan:

Ya serius,hanya menggunakan 4 perkakasan sahaja kita boleh menyangkut bunga bunga yang indah di atas kepala.Kemaihhh gilaa.Hiks.
#1 Dawai lembut.Gunakan 6 sahaja ya.Kalau nak lagi keras boleh tambah 8 atau 10.Atau boleh jugak guna dawai jenis sama yang lagi keras sikit.(Sebab tu aku paint merah dekat dawai tu ) .Dua pun dah cukup kalau keras ni.Tapi macam biasa,susah gila bak ang nak lentoqkan.So aku sarankan guna yang lembut.Warna dawai kalau silver pun boleh. 

#2 Bunga plastik.Beli mengikut kesesuaian.Kalau nak buat flower crown penuh bunga beli lah banyak sikit.Kalau rasa nak guna kejap,pastu duduk pulak dekat Cameron,guna jeler bunga betul yang fresh.Tapi kalau esok tu layu padan muka engko ler.Kakakaka.

 #3 Sellotape. Guna yang jenis ala-ala untuk gulung bunga telur tu.Warna ikut citarasa sebab selalunya kedai bunga jual warna putih dengan hijau.

#4 Gunting.Ni perkara wajib sebab nanti kalau takda gunting macammana nak buat semua benda termasuklah mengerat bunga plastik.Kalau rasa gunting takda aku decide engko guna sahaja gigi.ekekek.

Cara cara:

1)Gunakan tiga dawai lembut tadi.

2)Buat ikatan macam dendan atau kalau malas sangat ko simpul simpul je.Sama je.Tapi kalau nak nampak lebih kemas buat dendan =) sehingga habis.

3)Lepas dah buat satu dendanan,buat lagi satu.Sama macam sebelum ni.Jadi,dendadan nanti ada dua.

4)Sambungkan dua dendanan tadi hujung hujung sekali.Dua dua belah tau.

5)And lastly,dapatlah macamni .Keadaan "gelung" flower crown ni lembut tau. .Jadi kalau nak keras gunakan dawai keras tadi.

Asas flower crown dah siap! Lets turn to cara letakkan bunga dekat "gelung" flower crown tadi =)

6)Potongkan bunga tadi.Jangan main petik ala-ala strwaberi pulak.Gunting ya.Bukan petik.Gunting ikut kesesuaian. Masa nilah gunting berfungsi.Cuba bayang kalau guna gigi...

7)Lepas dah gunting,dapatlah bunga bunga dan daun daun seperti ini.Kalau taknak guna daun ala ala rumpai macam aku guna ni takpayah guna.Ikut citarasa.Ubah mana patut ya.

8)Gunakan sellotape tadi .Potong sikit ikut kesesuaian.Dan belitkan pada bunga.Make sure bunga tu dah rapi rapi dekat "gelung" flower crown.Belit sehingga ketat dan memuaskan diri sendiri.Step seterusnya,sambung sahaja sampai lengkap ko punya flower crown. Macam aku cakap,nak penuh atau tak penuh flower crown tu ikut diri sendiri.

9)Hasilnyaaa!Maaf separuh je sebab malas ok masani.Haha!

Kalau yang malas nak buat,boleh pm aku untuk flower crown ikut citarasa masing masing(syadiyasafiah@gmail.com).Ni je yang aku dapat kongsikan sepanjang menjadi seorang remaja pompuan yang masih muda =') sobs.

Salam sayang,syadiya.








DO LIKE