Saturday, 8 August 2015

Tokwan

Rabu . 5 Ogos 2015. Jam 10 45 pagi . Sekolah:
Lepas makan dekat kantin, aku dengan Una macam biasa nak balik kelas, tapi sebelum tu nak singgah tandas . Biasalah perempuan. Tengah jalan, tiba tiba nampak abah luar pejabat sembang dengan cikgu mana ntah . Aku mula mula pandang sekilas. Mungkin abah ada urusan kerja . Bukan urusan pasal aku. TAPI, bila nampak kelibat Syafi dengan Wiwin aku rasa macam tak sedap hati. Terus pergi dekat depa. Wiwin bagitau .
"Yaya, tokwan meninggal." Terus lemah segala sendi. 

__________________________________________________________
Sebulan yang lalu :
Tokwan nampak tak sihat. Tapi sebelum ni, tokwan memang ada sakit dan  berubat dekat pak haji ja. Takmau pergi sepital(hospital) sangat . Tiba tiba pergi rumah atok, tokwan demam demam. Mula mula makcik aku bawak pergi klinik . Aku bab ni ingat ingat lupa. Tapi sebab takboleh tengok tokwan asyik tak larat ja, mak aku decide bawak pergi hospital. Sampai hospital tokwan kena tahan. Tak boleh balik. Doktor detect sakit tibi. Masa tokwan masuk ni bulan puasa. Memang nak sambut raya pun macam tak semangat. Serius langsung tak semangat. Bukak puasa pun kadang hambar ja aku. Sebab mak selalu jenguk tokwan memandangkan rumah dengan sepital dekat ja.

Dah nama pun sakit tibi, bila nak masuk tu satu hal, mestilah kena beradab- ( kena pakai cover muka.) sebab penyakit tibi ni boleh berjangkit. Dalam dua tiga hari tokwan masuk wad, kami yang rapat rapat dengan dia semua kena letak vaksin (taktau nak eja macammana tapi hentam jala ) kalau masih kembong dua tiga hari mean ada tibi. Ada dua kali pergi jumpak doc sebab nak kena xray plus dia soal macam macam. soalan dia agak kbat gak la. Masatu aku selsema. Dia boleh pulak tanya aku selsema ka tidak sebab nak detect hencik tibi tu ada atau tak. Dengan hati yang lara, aku berdusta dan cakap "em saya tak selsema" padahal tahan hingus ok! hahaha.Dengan berat badan aku boleh turun 1kg dalam masa dua hari, lagilah aku cuak gila. Sebab tanda tanda sakit tibi ialah berat badan berkurang.

Ramai cakap, sakit tibi ni duduk hospital lama. Tapi alhamdulillah tokwan tak lama. Dalam 10 hari ja. Mak abah pun seronok. Dpat beraya dengan hati yang tenang setenang tenangnya jugak tau! Mungkin tak lama sebab mak sehari jenguk tokwan 3 kali. Nurse tu faham rasanya yang tokwan ada orang jaga. Tapi selalu pergi check up la tahap kesihatan tokwan . Ikut tarikh yang ditetapkan .

Kadang kadang aku yang temankan mak bawak tokwan pergi hospital. Masa bulan puasa. Memang penat, tapi berbaloi dapat berjasa. Pimpin tokwan masuk dalam tempat tunggu . Tunggu pulak fulamaks punya lah lama. dalam 2 jam setengah . Tak boleh nak bayang letih tokwan macammana sampai mak usap belakang tokwan . Ada dalam dua tiga kali teman mak bawak tokwan sebab bagi aku tokwan tak banyak songeh, ikut cakap dan tak mengeluh langsung.

Seminggu yang lalu:
Sepupu aku volunteer nak bawak tokwan pergi hospital. Dia taktahu kena bawak teman sebab bila dia pergi parking boleh si teman pimpin tokwan check up. Bila dia pergi parking, dia suruh tokwan tunggu jap. Tengok tengok tokwan dah berjalan sorang sorang. Dan tokwan pengsan. Jatuh. Ada luka luka sikit. Tokwan aku ni jenis tak boleh jalan . Kita kena pimpin atau naik kerusi roda. Tapi benda dah jadi. Lepastu, ramailah yang contact nak balik kampung. Takut apa apa jadi dekat tokwan. Tokwan aku paling nak jumpak sekali makteh aku. Sebab makteh aku duduk paling jauh. Dia sanggup balik naik bas bawak anak kecik .

4 Ogos 2015 . 2 pagi:
Tokwan mengadu sakit perut . Mak dengan makcik aku urutkan dekat dia. Tokwan sakit perut sampai pkul 430. Sebab selamani memang tokwan ada sakit selain tibi sebabtu berubat dekat pak haji. Tak lama tu, tokwan tidur balik . (ni daripada cerita aku dengar). Tokwan asyik cakap nak jumpak makteh, nak jumpak makteh. Alhamdulillah subuh makteh dah sampai.

Pukul 6 30 pagi, tokwan bangkit nak solat .
Pukul 7 30 pagi, tokwan mintak dukung nak duduk luar. Ude aku dukungkan. Tapi dia macam tak larat, jadi sandarkan balik dekat katil . Acu aku bagitau,masa ni tokwan memang nampak dah nak pergi. Dia dah start mengucap bila mak dengan makcik makcik aku yang lain ajarkan.

Pukul 9 30 pagi :Tokwan dah memang tak bermaya. Maklang(aku ada 10 makcik dan 10 pakcik) bisik dekat telinga dia , Allah dalam 50x dan tokwan cuba ikut. Perlahan lahan, tokwan tarik nafas lembut dan pergi. Allahu.
__________________________________________________________
Aku balik sekolah , ganti baju kurung terus pergi rumah atok sebab dekat ja. Sempat habis baca 30 juzuk alquran dengan sedara sedara yang lain. Terimakasih air mata, kau menitis sikit sikit sahaja. Kuatnya engkau. Sampailh tokwan nak dikapan, aku menangis. Dalam hati , lepasni takboleh tengok rupa tokwan dah. Tak boleh nak melawak dengan tokwan dah.

Masa kecil :
Tokwan suka panggil kami semua "skaley" sampai sekarang taktahu maksudnya apa. Dan cakap "Kala kale le sukey" okay try sebut laju laju! Sangat menarik! Hahaha. Untuk sepupu sepupu yang kecik pulak, buat lagu "unggak unggak tepung, tepung senaley naley" ni bahasa banjar aku rasa sebab tokwan dengan atok banjar . Bila mak abah aku tak ada dekat rumah, aku call atok suruh tokwan ambil aku. Dia gagahkan ambil aku. Kadang ambil cucu cucu yang lain sampai kena hujan. Pernah jugak dia bawak sepupu aku then eksiden. Tapi dia tak mengeluh. Tak pernah nak membebel . Dia ambil aku balik fardu ain, hantar pun sama. Daripada aku kecil sampai sekarang kalau boleh sanggup tak balik rumah duduk rumah atok dengan tokwan sebab naik main. Seronok tak kena marah. Sampai kulit ni dari kulit korea jadi kulit africa uols. HAHAHA.

Form 1 sampai form3 duduk dengan atok tokwan. Sebab dah terbiasa tak duduk dengan mak abah. Seronok sangat,rasa macam akulah anak emas akulah cucu emas ekekeke. sebab aku sorang ja duduk dengan atok tokwan . Masani pakcik aku tak pindah sini lagi. Start taun ni baru aku pindah tak duduk dengan depa. Life aku masa ni berpelangi pelangi, tokwan beli sebungkus roti besar utk aku bawak setiap hari. Kalau habis beli lagi. (aku menulis sambil lap air mata) .

Suatu hari di bulan 7 ; Kakak, Syafi dengan Wiwin dapat duit daripada tokwan tapi aku tak. Sebab aku dah ada dekat luar nak balik rumah . Biasalh rumah dekat dengan rumah atok. Nak lari pi rumah atok ja. Hahaha. Aku tak kisah pun tak dapat . Tapi, minggu depan bila datang rumah atok sekali lagi, tokwan terus sua rm10 dekat aku. Nk menolak rasa macam kurang wajar , maka aku ambil ja. Dalam hati, sebak sebab tokwan ingat. Terimakasih tokwan.

Aku memang rasa macam tokwan masih ada, duduk minum kopi dekat atas kerusi. Atau baring dalam bilik. Rasa macam benda jadi sepantas kilat atau mungkin lepas cepat daripada kilat ? Kun fayakun. dan Dia berfirman, jadilah . maka jadilah ia. 16 tahun hidup dengan adanya tokwan tapi hari ini, detik ini, masa ini dia dah pergi. Terimakasih sangat sangat tokwan sebab banyak berjasa dekat kami semua. Kami seronok sangat dapat berjasa dekat tokwan balik walaupun tak sebanyak tokwan. Pasangkan kelambu untuk tokwan, pecahkan ubat tokwan sebelum tokwan makan, pimpin tokwan keluar daripada kereta. Cucu cucu tokwan, 35 orang semua mendoakan tokwan. Jangan risau tokwan . Semoga allah temukan kita kita di syurgaNya. Allahu semoga Dia merahmati tokwan. Al fatihah.


Salam sayang , syadiya.

Thursday, 30 July 2015

Kau siapa ?

Bibir aku mati dari senyum--
bila yang mesra,
bila yang menegakkan aku ,
tidak lagi mesra dan menegakkan aku.

Malah--
bibir elusnya kusam,
matanya cerlung,
hatinya mencengkam,
bila melihat aku,
dan--
bila aku menegur.

Seolah olah,
aku ini --
pembunuh dalam senyap setiap orang.
kurang beberapa tahun,
kurang beberapa bulan,
dan juga--
kurang beberapa hari,
semua lenyap.

Sungguh tuhan,
kau yang membolak balikkan rasa.

Salam sayang . Syadiya.

Monday, 20 July 2015

Pilot

Assalamualaikum.
Masa aku darjah 4,5,6 gitu. Aku selalu bercita cita untuk menjadi seorang yang ganas. No i mean; polis, pilot apeke yang ganas ganas la pokoknya. Lol. Hahahaha. Pastu dalam hati terdetik 'pilot ni semua lelaki kan . ada ke perempuan?' Bila menginjak usia ke alam tingkatan 1,2,3 berani la jugak nak tanya mak aku.
"Mak ada tak pilot perempuan?"
mak : "Ada ja."
"Adik nak jadi pilot" 

Mak pun bagitau aku, nak jadi pilot kena ambil fizik. Tapi masalahnya problem aku ni aku tak boleh ngam dengan sains. Otak aku otak math (sebab aku taksuka menghafal. sangat pemalas menghafal ye teman teman) . Tapi banyak gak cobaan cobaan dan kutukan kutukan yang aku hadap bila aku teringin nak jadi pilot. Contohnya kakak aku yang tersayang lagi tercinta mengatakan : "adik hang pandaika baca koordinat koordinat ni ?" langsung ku terdiam seribu bahasa. sedih naks. hahaha. Tapi aku tak pernah nak menagis memoyo la kalau orang kata kan.

Masa ambik result pt3 ,( i batch pertama tau adik adik sekalian) aku dapat cipuut je. Tapi masih adala A nya tu. Boleh kata result aku bercacat cela tapi takda failed. Sebab ko ingat senang ke pt3?! Bila nama kena panggil dengan guru kelas, duduk . dan cikgu tunjuk result. Rasa bersyukur walaupun tak gempak. Tapi sains aku memang out nauzubillah inalillahhiwainnalillahirojiun la nak habaq.
"Bagus takda failed, boleh masuk kelas sains tulen" aku macam nak teriak masa masa tu jugak. Dah kenapa sains result kelaut tapi masuk kelas sains ?! then baru tau, sorang je dapat A sains pt3 sekolah aku T^T MashaAllah. Hahahaha. Aku cakap dekat cikgu, takmau. tak reti. (Sebenarnya aku dah target nak ambik akaun ) kuikui. Bila bincang bincang dengan mak abah, depa cakap bawak dulu sains . Aku akur.

Tapi tak mengapa. Sebab aku masih mengharapkan cahaya cahaya peluang menerobos dari mana mana sudut. ciwah ayat guwa. Ya, memang peluang aku nak jadi pilot TAKKAN ADA DAH. Tapi bila fikir balik, tak guna aku ambik fizik kimia bio kalau nanti result SPM aku semua bakal jenazah (E) . LOL. At least aku boleh gak jadi akauntan nanti. Disebabkan form4 aku tak bersekolah di sekolah yang sama, peluang aku amat tinggi untuk aku memilih kelas kelas yang dicadangkan cikgu sekolah baru. Dan,apa yang aku tulis sebelum ayat ni betul betul berlaku ok! Gembira sangatsss.
Masa bagitau cikgu tu , aku dapat kelas aliran sains dekat sekolah lama. dia pun macam terkejut beruks jebons ke apa aku taktaula sebab memang result sains aku tu tak patut pun aku ambik sains. dia macam ni la "hidung tak mancung pipi terserong serong" (ntah betul ntah tak) hahahaha.

Cikgu tu macam feliks gila kut. Sebab sekolah baru aku ni budak budak dia memang gempak result terbaik. Dia cadangkan aku masuk kelas teknik sebab kemahiran hidup aku okay. Tapi aku tak berteknik. Nak lukis pun macam kayu je. Orang lidi mampula. HAHAHA. Sebenarnya dalam otak nak tunggu cikgu tu cadang kelas Akaun. Tak lama tu, dia cadang kelas Akaun. Aku gembira gila gila gila. Terus setuju. Walaupun peluang nak jadi pilot ni lenyap ditiup angin sepoi sepoi bahasa tapi sekurang kurangnya aku tak mencacatkan future aku nanti.
Kakak aku seorang pelajar yang mengambil aliran sains tulen. Sebab dia minat sains. Lain orang lain citarasa. Jadi apa salah aku ambil akaun kan?Walaupun takda siapa aku boleh tanya pasal akaun , tapi selagi ada usaha InshaaAllah aku berjaya .

 Dah dua exam tahun ni, alhamdulillah result aku cantik bersinar sinar . Glowing gitew. Hihi. Semoga result spm nanti lagi cantik . Aku pun taktahu aku bakal jadi apa. Mungkin akauntan yang bermain dengan duit. Atau ikut jejak langkah mak abah. Jadi cikgu. Or , pilot ? Hallo miracle everywhere tau. Man jadda wajada. Semoga semuanya baik baik belaka.


 

Kapten hafizah i wish ill be like you .
Salam sayang,
syadiya.
 

DO LIKE