Thursday, 26 January 2017

Nature

 Pohon Ara.

Cute flowers

 Bunga kertas

Mashegoom

An ant tried to safe itself.
Half love at waterfall

 Let the sun rise.

Tyres never tired.

salam sayang syadiya.xx

Tuesday, 24 January 2017

Outdoor Activies

Assalamualaikum,
Sabtu itu hari aku ikut mak aku bawak budak budak sekolah dia pergi outdoor activities dekat Kem PLKN Sri Impian.Budak budak bayar RM35.Murah bagi aku sebab banyak gila outdoor activities.Budak budak sekolah rendah.Whyla masa aku sekolah rendah takda outdoor yang seronok macamni *crycry

First activity yang budak budak ni buat adalah Flying Fox of course!Tempat flying fox ni dalam ceruk ceruk hutan.Kena masuk kampung orang dulu,pastu lalu laluan kecil dulu,pastu baru sampai.




Kawasan dekat sekeliling ni memang hutan sangat.Cantik nak menangis gitew sebab gambar lawa lawa.Nanti post lain aku tunjuk gambar nature.Mula mula lelaki dulu naik flying fox,pastu baru prempuan.Eh bukankah ladies first?lol.


 Yang tersepit sorang kecik tu anak cikgu.Tu la dia sorang ja macam kenit.Haha!



Masa naik menara ni punya lah rasa "ya Allah janganla benda ni runtuh,nak hidup lagi" lepastu rasa gayat.Tapi bila dah turun,my feel izzz like zzzzz.

Ni girl pulak.

Lepastu cikgu cikgu pulak.
Masa dekat atas menara sebelum nak berlepas,pelatih PLKN cakap dekat aku "pegang elok elok ye cikgu" tak menahan.Maaf ler saya bukan cikgu.Saya photographer sambilan tak berbayar.Hahaha


Moved to activity kedua yang budak budakni buat :Monkey Bar
Dulu masa aku sekolah agama,selalu main Monkey Bar dekat tepi sekolah agama.

Bukan musim budak PLKN,so anda semua selamat sebab takda air bawah tu.Paling aku lawak kalau budak yang panjat ni jenis badan macam buntat.Jatuh gedebuk.Kesian(dalam hati gelak adala sikittt)

Activity lepastu,Tarzan Swing.

Tarzan Swing ni memerlukan skill.Kalau skill gred E,jatuh wehh gedebuk gedebak.Aku skill gred B+ (perasan) sebab swing tu boleh.Nak berhenti tu terlolong lolong.

Next activity:meniarap bawah dawai(taktahu nama aktiviti be like)


Macam ikan salut tepung dah aku tengok budakni.

Dah selesai dah aktiviti kat ceruk ceruk hutan.Then,semua berjemaah jalan kaki balik kem PLKN.
Habis aktiviti dalam pukul 1 if im not mistaken. Break kejap sampai pukul 2.30.Sempatla merasa duduk katil perempuan dkt PLKN Relau ni walopon aku tak dapat.Yesss *fliphairseratuskali

Berkumpul pukul 2.30,pukul 3 bertolak jungle trekking dekat Bukit Relau (600++meter)



Mula mula aku geram sebab apa benda la jungle trekking lalu tanah merah.Habis kasut jadi tumit tinggi.Pastu tanya pelatih PLKN tu baru tau nak buat jalan pergi Kulim.Terus husnuzon u.u Hahaha.


And suddenlyyyyy!
Lepastu,dan dan bateri kamera aku habis.Cis.Perjalanan jauh lagi masani.

Paling aku support bila budak darjah 2 punya semangat berjaya trekking sampai habis.Hashtag sis sapott.

Salam sayang,syadiya.xx



Thursday, 19 January 2017

2016 Be Like

Assalamualaikum,
Eh glamor nak meninggal nama title u.u 

1)BBQ Time Lepas Habis Exam MidYear Dengan Seisi Kelas
Mengada betul aku tajuk BBQ ni punya ah berjela.We decided to did this BBQ time waktu malam.We kununn.We tu aku dengan zul.Sebab duit semua pada akuu.Tanpa duit apalah hampa! HAHAHA (bendahari ok).Banyak sebenarnya gambar tapi aku mai picit picit je gambar mana mana.Sorry sapa yang muka dia 'ter'huduh.Aku cadang nak buat tema warna biru.Nampak tak 'semua' pakai biru?Sebab ada isu budak class aku merungut sebab buat tema bagai.HELLO! ITS FUN ENOUGH OKEHHH?Pastu main tukar hadiah.Tak sampai 10 orang yang bawak hadiah.Syiann.Hadiah aku dapat dekat deskmate aku;Hawa.Aku pulak dapat hadiah Tini(pakai tudung gold).Dia bagi tabung.

Masa ni jugak Hawa and I got a Malacca's t-shirt from Una and Caca! Thanks gais!Lots love.

2)ASHPAN Raya and Hari Anugerah Ashpan
Harung sekaligus terusla.Gambar paling besar tu gambar form5 yang duduk asrama.Sebab sekolah aku ni ada budak luar jugak.Ashpan raya was so cool.A lot of food! I love food! Majlis Anugerah Ashpan pun cool and exciting. Aku dapat naik pentas(say yay please?) 

By the way,I really miss my bed.Yang cadar maroon tu.Priceless wehh walopon aku punya bear stiap pagi jatuh ke bawah dan walopon kipas aku beli RM10 warna hijau tu tak digunakan,dan walopon jam pink kring kring bunyi kuat tu selalu aku tak dengar.Ended up dengan satu dorm kena marah sebab WHY TAK KEJUT I?Padahal aku yang tutup jam tu.Bengap.

A lot thanks to Caca and Tirah for taught me at hostel.Sayang awak.Bluek.Kalau sekarang kat hostel,Tirah tengah kacau aku.Pastu aku mengadu dekat Caca.Haha!

3)Kem Gemilang Panglima
Kem ni terhad untuk 70 orang dalam batch.Serius seronok kemni.Mana tak seronok kena marah sebab bising?Aku lettewww.Sampai pekerja hotel tu mengadu dekat orang atasan kata ada budak budak bising.Budak budak tu sayalah *wave hand*.Aku pergi kem ni 3 hari 2 malam.Satu bilik ada 4 orang dan ada 3 orang.Katil queen satu ja.Ko rase?Pastu aku meloloskan diri pi bilik kawan aku yang lain.Haha!

That balloon...Sebenarnya kena tukar dengan orang.But ya,i refused.I hate that girl.Budak kelas lain.Cikgu kaunseling cakap bawak balik balloon ni buat kenangan,tapi budak perempuan tu cakap dia nak balik balloon dia.Orang taknak kita,buat apa kita nak kan?Aku pun dengan SEBESAR HATI bagi balik balloon dia.Ingat kisah?lollll.Hahaha.


Seronok sangat kem panglima ni sebab bergaul dengan kelas kelas lain.Lepastu belajar dalam kumpulan.Paling aku bangga bila soalan addmath yang sin kos tan ntah pa benda tu aku dapat jawab dan berjaya terangkan dekat semua.Thanks otak kerana bekerjasama.


4)Cikgu Belanja Makan ShellOut Sebab Result Sejarah Okay
Shell out ni ceritanya macamni,cikgu sejarah aku janji sesapa yang dapat result Mid Year elok,top four dia bawak pergi makan shell out.Ntahla aku tak agak pun aku dapat.Nasib ja ni.So yang dapat Aten,aku,Una,dengan si Iliya.Pelahap nak mampus Una dengan Aten makan.Jilaker aku dengan Iliya dapat sisa sisa hidup ja=') Hahaha.Tapi serius sedap!Pergila tryyy.Hahaha.Shell out tempat kami makan ni sebenarnya cawangan kedua.Yang sebetulnya dekat Kampung Nelayan.

5)Jamuan Kelas 5 Akaun Akhir Tahun Yang Super Letop
We had so much fun masa jamuan kelas ni.Banyak sangat makanan.Aku sponsor laksa mak I jer.Kawan aku kata sedap.Kalau tak sedap aku tak bawak sekarangni sedap tu ah aku bawak.Hehe.Kos kami buat jamuan ni dalam 300++ kot.Aku pun taktau.Lagipun banyak sponsor.Cikgu bm bagi 50.Pastu japgi cikgu sains bagi 50.Tak tau nak buat apa duit duitni.Nak buat mandi kot?Main food jamuan kelas aku : Nasi ayam merah.Pastu ada kek,dadih,nugget.Entah aku tak hengat sebab banyak sangat u.u

Setakat ni,2016 memang seronok sebab mata aku dah berkantung berlebam baca buku.May its worth! 

Salam sayang,syadiya.xx


Monday, 16 January 2017

Fav Things Dulu dan Sekarang.Maybe?

Assalamualaikum,
dalam bilik aku memangla banyak benda tapi aku rasa benda benda ni je yang pernah jadi favourite aku.

1)Pendrive macam kunci rumah (ke kunci hati)


Aku guna pendrive ni kerap sangat.Masa sekolah je la.5 hari pegi sekolah,ada 3 kali aku guna sebab aku budak ICT.Takdak benda ni teriak la sebab segala kerja kursus ICT dalam ni.Kalau hilang pun mintakla tuan ehsan kawan kata nak tiru kerja kursus =P  Pastu pendrive ni pun salah satu kunci kejayaan aku meloloskan diri pergi makmal ICT.Konon bagitau cikgu yang masuk waktu PJ,"saya nak pergi makmal ICT (sambil tunjuk pendrive) kerja kursus tak siap"padahal tuhan ja tau aku buat apa.Haha! 

2)Tabung Kid & Cash


Dah peram tabung ni 5 tahun dah.Wohooo.Aku dapat tabung ni masa pergi pertandingan Kid & Cash peringkat kebangsaan.Ntahla permainan dia tak adil -_- So aku rasa negeri aku tak kalah.Dulu tabung ni pernah penuh but yaa,hostel make it decrease!Duk bawak keluaq nak call orang.Bagi tabung lain pun,aku asek isi tabung ni satu ja.Takdak nak isi tabung lain.Rasa tak da hati la nak isi tabung lain u.u.Zaman bebudak sangat dengan tulis nama besar besar "Syadiya" pastu pelekat gambar tree tu daripada stokin baru beli (maybe masa awal persekolahan?entah dah lupa)Lepastu ada salotape.Salotape masa nak balut buku sekolah.Tumpang dekat tabung.Rindu sekolah la camni T^T

3)Box Muffin Letak Brooch 


Got this dari Mr DIY.Berapa hengget ntah sebab kecik sangat.Paling sadis kalau aku dah kelepek tudung elok elok dah,pastu nak ambik brooch and suddenly,box ni terlupa nak bukak! Kalau aku lepas tudung aku japgi tak lawa dahhh.Last last terpaksa la guna gigi bukak benda ni.Lawaqqq sangat.Box ni besi.Tu susah sikit nak bukak.Tapi sesuai nak bawak gi travel/jenjalan.Kecik je tapi tak sekecik hati saya pada awak.(Dah kenapa?)

4)Kapal terbang Kayu Kayan Buat Sendiri


Ni paling favourite sangat sangat!Dulu kan aku pernah berangan nak jadi pilot,pastu tengok tengok kakak and mak aku belikan aku kayu ni.Buat sendiri.Kena pecahkan,tulis number pastu cantumkan.Mula mula kakak aku la,dia dapat gift kayu macamni tapi bentuk zirafah.Tak lama tu aku teringin sangat,tetengok mak and kakak beli.Dekat pasar karat ipoh.Haritu pergi ada tapi tak berkenan sangat.

Pastu..Haritu sepupu aku kecik lagi umur 7 tahun datang,namanya Adip.Masuk bilik aku terus gapai benda ni.Ah sudahh T^T Adip ni kalau dia pegang satu benda tu,he really mean to have it!Tapi dia bukanlah ngamuk sangat kalau nak.Tapi kan aku sayang benda ni,wajibbul ghunnah la aku takkan bagi! Haippp.Pastu kali kedua dia datang rumah,masuk bilik still dia tengok benda ni.Kesian la pulak.Nanti baru nak bagi dia.Bye aeroplane.Pecah hatiku.

Atas aeroplane ni tetiba dia bawak barang secara pukal pulakk-- Bukan apa,aku mengemas,pastu aeroplane ni jatuh.Pelagi bederai la dia jatuh.Malas cantum balik (tak sebenarnya susah nak cantum) letak jela atas dia.Dia pun perlukan passenger jugak=)  

Ok thats all! salam sayang,syadiya.xx

Thursday, 12 January 2017

Buat Ape Je Habis SPM?

Assalamualaikum,
Lepas SPM ni,hidup aku makin bertambah hambar.I have tried banyak kerja kosong tapi dibalas tuba.Ceit.Aku tak dapat pun kerja mana =( Banyak kot aku try!Aku pun macam dah serupa orang putus asa dan ended up dengan takda rezeki dan i should appreciate my own holiday!

After SPM be like..


So so so exciting nak meninggal lepas SPM.Kemalasan aku berganda ganda dari sebelum SPM.Kakak aku balik asek bebel cakap "kalau aku balik cuti lagi sekali,ada lagi benda ni siap hang!"takut punya pasal,

Pastu aku pun kemasla..

Pastu dah siap semua,aku pun himpunkan balik paper SPM aku 
Tadaaa!So,sesiapa yang nak paper SPM last year punya (2016) PM sis okay.Harga boleh runding =) Takdalah,aku bagi percuma je.Cepat cepat!Grab sekarang.

Salam sayang,syadiya.

Thursday, 5 January 2017

AZAM 2017

Assalamualaikum,
Bila start awal tahun balik ja,mesti tak habis habis nak berazam.Zzzz.Masa aku bersekolah dulu,aku rasa tiap tahun azam aku sama.

Rajin baca buku.Tak pemalas.Result elok.

Benda tu semua makonan awal tahun budak sekolah aku rasa.Tahun ni pulak azam aku dah bertukar sikit je.Tak banyak kot?

First:
SPM kan dah habis,so azam aku yang tak berupaya dihilangkan adalah to get STRAIGHT A'S.Tahun 2016 lah yang ajar aku erti pengorbanan.Serius,i let go a lot of things.Aku tak tengok tv dengan mendalam.Aku tak ada fon.Mak abah aku tak bagi.Kawan lain semua terkinja kinja ada telefon,aku pulak still NOOB.Masa aku form3,aku ada fon.Then mak aku tarik fon tu u.u Dia kata telefon bawak masalah.Aku okay.Lepastu aku fikir,

"Parents burn a lot of money untuk bagi anak anak pergi sekolah,make them happy dan takkan lah anak anak sanggup nak tunjuk kegagalan hidup to the two?" 

Aku let go jugak masa aku tidur.Sehari aku dapat tidur 4/5 jam je weh.Tambah lagi aku duduk hostel masa aku form5.I have to make myself comfortable dengan suasana yang baru.Macammana basuh baju guna tangan.Ye,aku mengeluh.I admitted.Tapi lama lama,biasalah.

Bayangkan,rasa 'heaven' bila setiap hari aku akan teringat result SPM yang bakal aku dapat 3 haribulan 3 ni.Ya tuhan,rasatuu...Sampai kakak dengan sepupu aku kata "Bukan sekarang nak fikir result SPM,better enjoy dulu cutini"

Bila orang tanya :
"apa pendapat kamu tentang kamu punya result SPM"

Dengan sopan bin santun aku jawab :Cemerlang atau kecundang jelah kot?Hehe.

Sampai yang tanya aku tu pun macam 'malas ah nak cakap dengan budak ni"
Haks.

Second:

Melupakan manusia atau segala yang bidaah pada 2016.

Aku ada dua je buat masa sekarang.Post aku dekat blog tahun 2016 sikit gila.Aku rasa macam 2016 ni singkat gila.Alololo cian awakni syadiya.

Salam sayang,syadiya.xx

Tuesday, 3 January 2017

Jerawat?!Macammane Nak Hilangkan Jerawat?! Senang saje,guna saje :

Assalamualaikum,
Jerawat?!Macammane Nak Hilangkan Jerawat?! Senang saje,guna saje :
Bait bait ayat di atas diambil dari iklan fair and lovely.Haks.Masa aku form 1,2,3 muka aku banyak gila doooo jerawat.Banyak sikit harkat dia sebab seriously banyak nak ditanam hidup hidup.Aku pemalas nak guna skincare.Tah kerja aku dulu malaz malaz malaz malaz and malazzzz.Lepastu aku taksuka pergi mana mana jumpak memakcik yang sebok nak tilik muka anak orang.

"eii kenapa muka tu "

"ei teruknye"

Siapa suka hangkat tangan please?Ohmai kenapa ada makcik kepoh macamni kan?Ntah aku rasa dia sepatutnya tak wujud.Menyampah pulak aku.Kadang sepupu aku datang picit jerawat aku sebab geram.Pastu nanti muka jadi macam kena gigit tebuan tapi yang paling minimum punya gigitan sebab dipicit kuat sangat.Ni biasa broh.Biasa.Zaman remaja kan.

Masa form 4,aku guna ni :


Aku pun taktahu nama sabun ni apa,aku panggil Sabun Oren sebab dia warna oren.(hahaha kejap).Lagipun sabun ni sabun Thailand punya.Mek Siam kan memang terkenal dengan kulit licin licin,so aku pun try la.


Gambar before tu tak silap aku tahun 2014 kot?Dan yang after tahun 2016.Bayangkan,gambar before tu aku dah guna effect camera 360 -_- tapi still hodoh noks.

Sabun oren mek siam ni boleh memutihkan muka,hilangkan pimples.Tapi parut take time.Well,parutkan bukan sekelip mata nak hilang.

Mengalami masalah jerawat?Pm me on gmail:syadiyasafiah@gmail.com

Ok bye! Salam sayang,dikya.

DO LIKE