Assalamualaikum,
Sejak aku berpindah ke rumah yang baru (padahal dalam satu daerah yang sama),aku telah mencari bermacam macam info untuk mencantikkan bilik.Sebab dekat rumah lama pun aku jenis yang nak bilik cecantik.Bayangkan,katil dulu palang biru,tapi aku mahu menampakkan ianya berwarna putih,maka aku telah melilitnya dengan kain perca baju mak aku yang berwarna ala ala putih, agar ianya nampak lebih feminin.Gila bukan perempuan ini?
Mak aku adalah seorang mak yang sangat memahami jiwa anak perempuannya.Dia akan tanya bilik nak cat warna apa,langsir macammana,cadar nak yang macammana.Rak rak takpayah la nak sebut.Sebab as usually,semua tu biasanya haruslah berwarna koko ya.Takda masa nak pergi jelajah ini Perak semata mata mahu mencari rak yang berwarna sama.Huh!
Langsir tu kakak aku yang pilih.Material kain adalah cotton.Aku pilih banyak kombinasi warna pastel yang ala ala baby giteww warnanya.Langsir ni jarang tak jarang.Sebab kalau bangkit,boleh agakla aku bangkit pukul berapa.
Gambar daun yang ada 3 tu pulak sebenarnya mengandungi ayat ayat alquran.Aku taktau aku rembat mana hoi tapi aku rasa dekat rumah aku yang lama.
Orang orang kemboja dok renovate rumah sampai berhabuk tau satu rumah.Over sangat depa ni .Sedih aku.Jadi aku pun merodok lah mana mana benda yang cantik.Lagipun selamani gambar tu tak diguna di mana mana pun.Gambar daun ni aku guna bluetack je.Hukhuk.
Rama rama yang ala ala beterbangan di langit biru tu i got from kedai EKO RM2 iaitu kedai penjimatan untuk orang kedekut cam aku.Tapi,harganya bukanlah RM2,tetapi RM4.Hahaha!
Bukan sahaja MR DIY yang harus anda pergi,tetapi kedai EKO RM2 juga anda wajib pergi ya!Banyak gak benda cecantik.Suka sangattt=)
Dinding pulak sebelum ni adalah berwarna putih,tetapi disebabkan bagi aku putih ialah satu warna yang agak bosan dan sunyi,maka haruslah cat baru disamakan dengan warna langsir.
Waktu aku mengecat:warna cat tak sekata,buruk serta sememeh.Tetapi esoknya its turn good! Thanks cat! Cat apa pun aku tak ingat jenama.Haha! Sebenarnya dinding belakang katil ini sahaja yang bercat baby blue,yang depan,kiri,kanan adalah bercat hijau.Nak bagi nampak menarik katekan.
Catch your eyes je tau bila masuk bilik aku.Kekeke.
Katil pulak memang dah ada so sekali lagi penjimatan sebab aku orangnya adalah kedekut.Katil alhamdulillah queen.Bolehla aku bergolek ke sana ke mari.
Cadar katil pulak sama je dengan warna warna langsir iaitu baby blue dan bunga bunga berwarna baby pink dan putih.Aku tak masukkan sebab keadaan yang tak mengizinkan.Guess it!Hahaha.
Cadar katil pulak pilihlah yang jenis tak gerak .Takla bila bangkit nanti kena perbetul tepi kanan atas bawah.Penat ang tau dak.
Ya,jenis cadar katil macamni aku guna.Harga:RM100+.Tapi sekarang dah murah.Pergi pasar kemboja pun ramai makcik makcik jual.Haritu aku pergi survey,paling murah sekarang RM90.
(Sumber:meaningfull2.rssing.com)
Dah sampai ke tahap cadar,lupa pulak aku nak bagitau,disebabkan nak menampakkan langsir lebih meletop,maka kain langsir yang jarang telah dibeli.Kalini langsir jarang aku letak warna baby pink.Baby baby sangat.Tumbuk sekali.
Penjimatan kali ketiga ialah, langsir ni mak aku yang buat.Kalau tempah orang harganya akan jadi berganda ganda.Kita haruslah buat sesuatu secara bijak ya teman teman.Hiks.
Gambar langsir jarang tak nampak pulak dalam gambar berkenaan tapi sebenarnya ada belakang langsir utama.Maaf ya.Pandai pandai la anda meneka ianya berbentuk bagaimana.Ala,bayangkan kain jarang warna baby pink je.Over angat ite ni.
Sudut tepi:
Aku amat gemar melihat deco deco di twitter mahupun majalah.Tapi majalah ni kurang sikit la sebab banyak yang terlampau mak mak.Diharapkan majalah deco deco bilik untuk remaja prempuan akan diterbitkan.Eheee.
Jadi,antara carian aku di twitter ialah Amazing Bedroom,kadang kadang Amazing House takpun nak lebih melampau aku search Dream House buat angan angan di siang hari.
Contoh yang buat aku telah melakukan perkara ini di rumah lama mahupun di rumah baru.
(sumber:google)
Nah,ini adalah apa yang aku dah lakukan.Walaupun agak berserabut bersimpang siur tetapi ianya akan membuatkan maknusia maknusia yang masuk ke bilik aku berkata WOW.Aku si owner pun tak adalah sebegitu.Kahkah.
Gambar gambar aku lekat guna bluetack.Takla rosak dinding.Lekat macamtu sahaja.Kalau lebih rajin,silalah liminit.
Yang macam pinggan dekat hujung tu adalah cermin DIY.Aku hanya guna cermin tu.Tahu tak puas tapi puas bagi aku.Kekekeke.Asalnya cermin tu kosong,lepastu aku tertengok DIY cermin dekat twitter,maka aku try lah.
Keliling tu kertas A4 berwarna sahaja.Sadis bukan u.u
Sebenarnya DIY cermin tu aku tengok dia guna sudu plastik.Tapi sebab macam renyeh ja guwa tengok maka guwa pun guna alternatif lain.Benda benda camni otak otak kena berfungsi.Atas rak buku pulak,aku letakkan frame gambar family.Saja buat kelainan. Kos ?Takda kos buat semuani.Haha!
Tepi cermin pulak ialah surah.Surah masuk exam,elok jugak lepas tengok cermin pakai bedak,sikat rambut boleh baca kejap kan=) Siap letak sallotape cecomel lagi bagi rajin nak baca.Hahaha!
Tepi surah pulak ialah gambar ala ala polaroid.Gambar ni sebenarnya dicuci cara biasa.Pergi kedai kodak lepastu mintak nak cuci macam polaroid.4 keping hanya RM3.Nampak tak penjimatan kali ke berapa yang aku telah sebut?Tapi haruslah anda beringat bahawa tak semua kedai gambar boleh mencuci sedemikian.Sobs.
Ada sekeping je memang kertas gambar polaroid betul.Tupun atas ihsan dan impati kakak aku yang menyuruh kawannya mempolaroidkan gambar berkenaan.
Thats all yang aku mampu share.Semoga memberi manfaat buat yang membaca.Thanks for reading!
Salam sayang,syadiya.