Thursday, 27 August 2015

Kakak & Me

Assalamualaikum,
Kemain tajuk aku entry kalini nak berbahasa inggeris bagai.Hi, im Syadiya Safiah.Syaza Nadhirah is my only one and one and forever and ever sister that i had. Al kisah aku ni anak kedua daripada 4 orang adik beradik.Tapi jarak aku dengan adik aku boleh cakap, jauh la jugak.Bila aku dah menengah tinggi,dia baru tergapai gapai ke alam menengah rendah.Jadinya, aku ni rapat dengan kakak aku je.Sebab sempat merasa nikmat berkasih sayang hidup  berdua selama 3 tahun memandangkan adik bawah aku muda 3 tahun. Masa aku dalam perut mak aku, kakak aku dah 8 bulan, jadinya bila aku lahir jarak kami ni dekat dekat je.Dia lahir bulan 6 dan aku bulan 11 .

Masa kecil, boleh cakap muka kami ni takda beza. Langsung tak ada bila pandang sekilas sampai lah ke 10 kilas k. Hahahaha. Cumanya bila kau pandang kali ke sebelas ada yang tak sama. Iaitu telinga i ni capang tapi dia tak. Tu kekurangan aku lah. Hahaha!tapi kekurangan dia pulak mata dia tak besar macam mata aku *kilaskilasrambut-bangga :p .Boleh cakap,bila dah besar sikit , mesti kawan kawan mak dengan abah akan cakap "mana anak yang kembar dulu?"




Ya,weols selalu pakai baju sama.Masani tak pandai mengamuk marah lagi bila pakai baju sama.Cuba masa ni dah berakal, mesti aku akan mengamuk sebab mak aku bagi pakai baju yang sama dengan kakak aku.Perempuan mana nak semua sama kan.

Sebenarnya,selain rupa yang boleh kata sama, suara aku dengan kakak aku juga sama tau! Bila aku call mak , mesti mak tanya "kakak ka ni?" atau "ni kakak ka adik?".Sebak betul nauu .TAPI,banyak yang berbeza lah antara aku dengan dia.Sebab lain orang lain perangai. Rambut sama hitam,hati lain lain. (rambut aku perang jadi macammana?). Kakak aku ni jenis beradab, lemah lembut pastu takla kuat marah macam iolssss.Hahaha. Aku pulak jenis huhaaa sana sini,kasar pastu kuat marah, atau senang cakap rimau segala rimau.
Part gaduh:
Selalunya, apa yang aku beli atau apa yang kakak aku beli cuma satu.Atau sometimes mak abah beli satu jeler padahal yang sorang kadang terasa.Tak sebenarnya aku sebab kakak aku ni kureng sikit terasanya.Akuni takleh tengok dia lebih siked nau mesti aku nak jugak.Kalau boleh nak nangis sebaldi sebab she's got it but im not! Mulala gaduh apa semua tapi kadang kakak aku ni kuat beralahla.Paling seronok,sebab kakak aku ni ala ala gadis melayu terakhir yang lembut yakmat, dia tak pandai nak memukul aku jadi akulah yang membantainya sepuas hati.Kahkah evillaugh tau. HAHAHA.

Pernah baju jalan jalan  kami  sama, masatu nak pergi lawatan sekolah.Aku sanggup nau sorok baju kakak aku sebab taknak dia pakai baju sama dengan aku.Kahkah buruk gila perangai IM SORRY KAKAK.

Bila dah besar,beli stuff semua sendiri tanpa mak beli, kakak mula nak apa yang aku ada.Dia tak bagitau aku, tapi bagitau mak nak barang adik yang itu yang ini.Ada dalam dua tiga kali aku beralah (alah dua tiga kali je pon kan).Tapi selalunya aku lebih kepada mengamuk gila la sebab macam KO PEHAL NAK BARANG AKU!Hahaha.Aku mengamuk jugak sebab kami jenis beli barang sama tapi ikutlah,design lain ke apake. Tapi dia still want mine! Manaci macamtu.Mak selalunya tak layan la perangai tak berwajib bersunat kami ni.Macam budak budak sangat kot.

Tapi sekarang,we share most of things together .Hang beli ni, aku beli tu so kita share.Boleh gilir gilir pakai.Ha gitew.Kalau tak dulu macam teruk sangat gaduh.


 Muka sama je tak jadi apa weh, sebenarnya banyak benda tak sama okay.Contohnya kakak aku ni otak sains tapi aku ni otak matematik.Boleh cakap aku mengira lagi cepat dari dia semudah abc.Atau pernah gak gaduh sebab dia rasa PLKN tu tak seronok tapi aku tetap menegakkan opinion aku yang PLKN tu seronok.Rasa nak penampar masa gaduh tau =').Boleh cakap segala benda bercelaru sebab asyik nak dengki mendengki tapi sayang tu lagi banyaklah.Sebab bukan selalu jumpak memandangkan kakak aku duduk asrama.

She always call me "adik" walaupun bawah dia ada adik lagi dua.Yang lagi dua tu panggil nama je.Mak dengan abah pun suka panggil aku adik.Sampai orang tertanya tanya biar betul? Ye, aku sorang je adik sampai bila bila dalam family .Ekekeke.Jadi tahun ni kakak kesayangan saya SPM .Harapan saya agar result nanti berkilat kilatlah ya? Semoga dapat belajar luar negara , dapat jadi doc nanti bila sakit boleh rawat family :b

Salam sayang,Syadiya.


3 comments:

DO LIKE