Sunday 22 November 2015

How Girls Build Their Confident.

Assalamualaikum,
Aku suka baca kontroversi kontroversi yang selalu melanda twitter.Hei bukan kontroversi retis tau tapi ni kontroversi pengguna pengguna twitter yang timbul di TL twitter aku.Haritu aku baca ramai girls yang mengamuk sebab sorang user twitter ni tweet yang perempuan yang selalu makeup adalah perempuan yang fake.

Bagi aku,tak pun.Aku tak menyokong langsung statement user berkenaan.Make up is the way for girls to build their confident sebenarnya.Masa aku tak matang doluu doluuuu kan,aku selalu menggunakan effect yang akan menutup acne dan scar aku yang berlambak lambak.Apakan tidak,aku adalah golongan remaja yang mempunyai muka yang tidak licin.Haha!

Dekat luar dia buruk weh,dalam gambar kemain dia cantik!

Bukan tak pernah,tapi pernah je aku kena kutuk dengan secebis dua budak sekolah aku macam statement di atas kerana aku mempunyai liker yang banyak padahal gambar aku tu adalah gambar FAKE katanyeee.Masa ni zaman facebook adalah sangat meletup seperti popcorn meletop.Kekeke.Fake bukan apa,fake sebab tutup acne dengan scar ni ha.Terus aku tertanya tanya pada diri aku :

Habistu,takkan aku nak upload gambar yang hodoh,penuh acne dan scar serta menampakkan aku seperti hantu?

Sapa je nak upload gambar yang tak cantik?Yang air liur tengah tumpah tumpah? 

Kadang kadang,gambar 100 keping pun belum mampu melekat di hati aku  ok.Heheheee.Kau same kannn.Nak nak lagi gambar kelas,mahu 1 ribu keping baru boleh puaskan hati semua orang.Haha!

Aku golongan manusia yang tak adalah pergi merata hala konfiden aku tinggi melangit.Aku sekarang pun masih ada gak acne dengan scar.Acne bukan senang weh nak hilang.Tambah lagi scar.Makan masa berbulan bulan.Bila tengok kawan kawan cantik dan muka depa ploles gila bak ang ,aku pun taktau masani aku jadi macammana.Cuma berharap "i wish i get her skin!"  

Perempuan mana yang tak nak nampak cantik.Semua nak hoih.Foundation,bedak,gincu,eyelinear,blusher,lipbalm,bulu mata pelesu,pengepit bulu mata dan segala tok nenek is the method untuk nampak cantik.Zahirnya,manusia suka tengok yang lawa lawa,dan suka nak nampak lawa.Sapa je suka tengok benda buruk buruk kecuali setan.Hahaha!

Cuba bayangkan kalau pergi kenduri kahwin,si pengantin perempuan nampak pucat sebab tak mengenakan sebarang make up.Ada ke orang nak puji?Tah beratus orang pulang balik apa?Haaa.Sebabtu bagi aku,makeup ni tak salah di mana mana pun.Malah,menambahkan konfiden perempuan.Wah sembang kencang macam mak mak aku ni.Kahkah.



Salam sayang,syadiya.



12 comments:

  1. Setuju sangat. Mekap membantu untuk membina keyakinan. (hanya perempuan yang faham) Tapi kalau 'terlebih keyakinan' dalam bermekap pun tak jadi juga. Better mekap tapi still nampak natural beauty. Simple & sweet. ^_^

    P/s : Hanya bagi pandangan. :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, lawa mata akak. :)

    ReplyDelete
  3. hahaha sama la syifa pun skrg baru nak berjinak dengan make up sebenarnya xD

    ReplyDelete
  4. betul.. acne susah nak hilng, apa lagi scar.. make up jelah yang mampu kasi cover

    ReplyDelete
  5. Selalunya mekap mmg membantu tmbh keyakinan hihi..
    jgn lupa jemput sngh blog sya http://otie86.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. betul! tapi biasanya kalau keluar saya pakai lipbalm dgn bedak aje sbb tak pandai lagi nak makeup2 ni XD

    ReplyDelete
  7. memang selalu jugak practise make up kat rumah, tapi tak rasa yakin lagi nak keluar dengan wajah conteng2 ni. haha
    btw, isu kat twitter semuanya menarik belaka.kadang rasa terhibur jugak layan kerenah depa :P

    ReplyDelete

DO LIKE